Hidroterapi rawatan istimewa
PASIR
PUTEH 30 Mei - Hidroterapi atau terapi air merupakan kaedah rawatan untuk
melegakan sengal-sengal badan dan meningkatkan kesihatan fizikal serta minda.
Sejarah
hidroterapi bermula dari zaman kuno dan dikatakan terbukti berkesan dalam
merawat pelbagai penyakit.
Rawatan
hidroterapi dikatakan boleh melegakan sakit-sakit otot dan sendi sengal dan
bengkak, memulihkan lengan dan kaki yang cedera, mengurangkan demam, melegakan
pening kepala, merawat kulit terbakar, mengurangkan sakit bersalin dan
membersihkan kulit bermasalah.
Dalam
rawatan itu, suhu memainkan peranan untuk memberi kesan terapeutik, justeru air
panas digunakan bagi merehatkan pesakit, manakala air suam untuk mengurangkan
tekanan.
Sumber : Utusan online
No comments:
Post a Comment