Sunday, February 15, 2015

Jawatan Guru Besar menjadi semakin prestej

Sebelum syarat baru pelantikan guru besar yang mewajibkan pengalaman pentadbiran selama tiga tahun dan mesti memiliki NPQEL ramai pihak yang berpotensi memandang sepi sahaja kepada jawatan ini. Tidak kurang pula yang menolak tawaran dengan alasan jauh keluar daerah dan seribu satu macam alasan lagi. Melihat teman-teman guru besar yang pening mengurus sekolah dengan pelbagai "e" lagilah minat menurun. Jauh sekali ingin mengikuti kursus NPQEL kerana zaman rakan yang kursus NPQH tahun sembilan puluhan hanya boleh digunakan tiket untuk sambung belajar. Jawatan guru besar masih memakai bakul atau zoning senioriti.

Hari ini dengan syarat baru banyak negeri tidak cukup calon dan menerima calon import dari negeri lain. Tawaran mengikuti kursus NPQEL macam goreng pisang walaupun dalam beberapa perkara seperti permohonan, makluman temuduga masih dipersoalkan. Namun setidak-tidaknya jawatan guru besar nampak semakin prestej kerana tidak semua orang layak.

Seingat saya sejak tahun 2009 lagi melalui blog ini saya menulis tentang persediaan calon untuk menjadi guru besar.  Tiket utama ke arah menjadi guru besar ialah menjadi guru penolong kanan dahulu. Nah lihat sekarang seseorang calon guru besar mesti memiliki tiga tahun pengalaman pentadbiran dan lulus NPQEL untuk menjadi guru besar. Pengalaman pentadbiran tiga tahun sebagai penolong kanan atau penyelia di PPD atau JPN.

Kita dapati ada guru-guru biasa yang telah lulus NPQEL. Mahu bawa ke mana NPQEL kalau tidak menjadi GPK ataupun pegawai di PPD dan JPN sekurang-kurangnya tiga tahun. Mereka tidak akan ada pengalaman pentadbiran walaupun ada NPQEL. Jika mereka telah DG34/DG38/DG41/DG42/DG44 ada NPQEL dan dapatkan pengalaman tiga tahun sebagai Guru Penolong Kanan selepas tiga tahun mereka memenuhi syarat untuk dilantik sebagai guru besar.

Pemilihan GPK berasaskan purata 80% prestasi dan 20% markah kemahiran,pengalaman,sumbangan dan juga anugerah. Calon ada NPQEL mempunyai kelebihan dua markah. Calon yang memperolehi kelulusan akademik tambahan semasa dalam perkhidmatan akan memperolehi dua markah. Ini bermakna jika calon itu ada NPQEL dan ada ijazah mereka senang-senang mempunyai empat markah. Mungkin orang kata tidak adil bagi calon DG34 (KUP) dan DG38(KUP). Namun itulah hakikatnya kita melepaskan peluang tidak berminat memohon GPK masa melalui DG32 dan juga tidak menyambung belajar. Bahkan perubahan sistem ini juga disumbang oleh guru lepasan diploma yang tidak berminat menjadi GPK. Apapun rezeki itu luas mungkin bahagian lain mereka ada kelebihan.

Pada saya inilah peluang . Peluang ini tidak luas mana. Kekosongan GPK unuk 2015 sekitar enam puluh orang sahaja. Pertandingan tentu sengit maka kita dapat pilih yang terbaik. Yang terbaik GPK inilah calon-calon Guru Besar masa hadapan. Guru Besar yang hebat ini lah mampu memimpin sekolah sebagaimana hasrat terkandung dalam PPPM 2013 - 2025.




Friday, February 13, 2015

Urusan Penempatan Dan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG34(KUP),DG38(KUP),DG41/DG42 dan DG44(KUP) bagi Penguisian Jawatan GPK gred DG34 dan DG32 Tahun 2015

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Guru yang bertugas di sekolah rendah Terengganu dari Gred DG34(KUP), DG38(KUP), DG41/DG42 (ex-PPLD/Lantikan Pertama) dan Gred DG44 (ex-PPLD/Lantikan Pertama) dipelawa bagi mengisi jawatan  Guru Penolong  Kanan di Sekolah Rendah (SK dan SJKC) di Terengganu. Mereka yang berkelayakan dan bersesuaian adalah sebagaimana berikut;

  1. telah disahkan dalam perkhidmatan (bagi PPP Gred DG41)
  2. Mencapai prestasi 85% berdasarkan Laporan Nilaian Prestasi tiga tahun, tahun 2011,2012 dan 2013
  3. telah berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di sekolah rendah (bagi PPP Gred DG41 lantikan pertama)
  4. tidak berada di laluan cemerlang (Guru Cemerlang)
  5. bebas tindakan tatatertib
  6. telah mengisytiharkan harta
  7. bebas daripada senarai peminjam tegar pendidikan
  8. diperakukan oleh Ketua Jabatan
Semua permohonan hendaklah menggunakan borang khas. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD masing-masing sebelum atau pada 1 Mac 2015 

Sebarang pertanyaan berhubung urusan ini boleh diajukan pertanyaan kepada En. Zakaria bin Muda, Ketua Unit Sekolah Rendah (09-6213111), En. Mat Lin bin Mohd Noor, Penolong Pengarah (09-6213327) dan En. Mat Lazim Noor, Penyelia Kanan Unit Rendah (09-6213109)

Borang muatturun di SINI
Surat Siaran muat turun di SINI




Tuesday, February 10, 2015

Peluang DG34(KUP),DG38(KUP), DG41/DG42 dan DG44 (KUP) menjawat GPK

Semalam kami baru menerima siaran sah sebagai sumber untuk diperakukan mengikut kelayakan dan kesesuaian sebagai Guru Penolong Kanan DG32 dan DG34 di sekolah dari calon DG34(KUP), DG38(KUP), DG41/DG42 dan DG44 (KUP). Sementara jika ada DG32 (KUP) yang ditawarkan menjadi GPK urusan adalah seperti biasa.

Sememangnya kita telah menanti lama detik ini apabila sukarnya mengisi jawatan GPK dari kalangan DG29 dan DG32(KUP) terutama bila wujudnya DG34(KUP) TBBK. Kadar permohonan untuk menjadi GPK merudum teruk dan kita kehabisan stok calon. Namun begitulah kehidupan, dasar akan berubah mengikut keperluan. Siapa yang melepaskan peluang sebelum ini akan merasalah detik sukarnya.

Apabila peluang telah dibuka kepada DG41/DG42 dan DG44 tentunya ia memberi cabaran kepada DG32, DG34 dan DG38. Apa tah lagi guru "fresh" yang telah lima tahun berkhidmat DG41 ataupun dah perolehi DG44 (KUP) di sekolah rendah dengan prestasi yang baik juga layak dipertimbangkan jawatan GPK . Untuk lebih mudah memahami dirumuskan calon yang layak memohon seperti di bawah:-

  1. Calon Siswazah SR - DG41, DG44 (KUP) 
  2. Calon x PPLD - DG42 dan DG44 (KUP)
  3. Calon PPLD   - DG34 (KUP), DG38 (KUP)
Kita akan keluarkan iklan, insyaallah esok dan pemohon boleh memohon menggunakan borang khas dan panjangkan melalui PPD pada atau sebelum 1 Mac 2015. Calon yang berminat hendaklah memastikan tarikh istihar harta belum luput dan prestasi 2011,2012 dan 2013 adalah baik dan purata tiga tahun itu tidak kurang dari 85% selain pengalaman dan kemahiran yang ada. Calon-calon terpilih akan menghadapi Panel PPD sebelum dibawa ke Panel JPN dan diperakukan oleh Pengarah Pendidikan Negeri untuk dipanjangkan
ke Lembaga Naik Pangkat KPM sebelum ditempatkan di mana-mana sekolah.

Kita mencadangkan hanya mereka benar-benar berminat sahaja memohon kerana program ini bukan bersifat tawaran tetapi arahan penempatan. Tunggu iklannya esok.


Wednesday, February 4, 2015

Selamat Datang Timbalan Pengarah Pendidikan Terengganu yang baru

Tahniah dan Selamat Datang

Yang Berusaha Tuan Haji Shafruddin bin Ali Husain
Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu


Sunday, February 1, 2015

Bila lagi jawatan GPK boleh diisi oleh DG34/DG38/DG41/DG42/DG44

Seminggu lepas letih kita di JPN dan pegawai kita di PPD  hendak menjawab pertanyaan guru-guru apabila beredar satu iklan dalam aplikasi whatsapp jawatan Guru Penolong Kanan dari sebuah negeri sudah boleh diisi oleh pemegang KUP DG34/DG38/DG41/DG42/DG44. Surat berkenaan siap menyatakan bersumber surat kuasa tarikh 2.07.2010.

Bukan sedikit yang menyalahkan JPN negeri kita kerana lambat bertindak. Seakan-akan kami ketinggalan sedangkan surat kuasa dilaksanakan sejak 2010 lagi. Bermakna surat ini lebih tua dari pelaksanaan flexi jawatan Guru Besar. Mengapa baru tahun 2015 baru hendak dilaksana ?

Surat yang dirujuk sebagai sumber kuasa bertarikh 2.07.2010 bukan untuk urusan flexi GPK atau membolehkan GPK dilantik dari DG34/DG38/DG41/DG42/DG44 tetapi urusan penghakikian mereka yang berada pada gred DG32(KUP) ke DG32 hakiki melalui pengisian jawatan GPK atau Penyelia di JPN dan di PPD.

Kita tidak tahu bagaimana negeri berkenaan melaksanakan urusan ini. Semua negeri menghadapi masalah mengisi jawatan GPK kerana bilangan DG32(KUP) semakin kurang dan tiada lagi untuk urusan pemangkuan DG29 ke DG32 kerana calon DG29 sudah semakin kurang. Mana yang ada mungkin tidak berminat kerana DG34(KUP) TBBK lebih baik. Kita juga tahu ada ura-ura pelaksanaan flexi tetapi tiada arahan hitam-putih tahi cicak untuk melaksanakan arahan ini. Mungkin negeri berkaitan mendapat lampu hijau atau  arahan lisan kut. Jika ini berlaku ia sangat tidak wajar kerana isu ini isu melibatkan semua negeri bukan negeri tertentu sahaja.

Sukacita ingin kita maklumkan kepada guru-guru di luar sana setakat rencana ini ditulis jabatan belum menerima apa-apa arahan bertulis dari Urusetia Naik Pangkat iaitu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia mengenai flexi naik pangkat GPK kepada DG34/DG38/DG41/DG42/DG44. Jika berlaku keraguan sila rujuk Pegawai di Unit Pangkat jabatan masing-masing. Sementara kepada mereka yang berminat sila buat persediaan dari segi perkara asas urusan naik pangkat seperti prestasi, pengistiharan harta dan sebagainya.

Kami juga akan update di blog ini sebarang iklan atau perkembangan berkaitan dengan urusan ini bagi membantu guru-guru agar mengambil peluang ini. Diharapkan melalui penjelasan ini tidak akan ada lagi salah faham dan kekeliruan bila Guru Penolong KUP DG34/DG38/DG41/DG42/ DFG44 boleh memohon dan dilantik menjadi GPK. Mungkin mesyuarat pegawai-pegawai JPN dengan BPSM pertengahan bulan ini ada jawapannya.


Status Pengisian Annex

Tahniah dan syabas kepada semua Sekolah Band 1 yang telah mengisi Annex 2.0 di portal NKRA.
Warna Kuning menunjukkan pengisian telah dibuat tapi belum lengkap pada jam 11.30 dan kita harap disempurnakan selepas ditutup. Sementara hijau pengisian telah disempurnakan dengan lengkap.Tahniah dan terima kasih. Hanya sekolah yang melepasi"exceed target" akan diverifikasi.