Saturday, February 1, 2014

Sembang Sabtu : Menjaga maruah dan integriti guru sebagai penjawat awam

 gambar hiasan

Hari ini sudah tiga puluh dua hari kita melangkah ke tahun baru. Terasa pantasnya masa berlalu. Mungkin perasaan itu timbul sama ada kerana kita terlalu banyak kerja atau berbagai program yang dirancang tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu kita terasa akan hambatan sedemikian. Apapun sepanjang itu terdapat pelbagai peristiwa dan tragedi yang menodai maruah dan integriti kita kaum guru.

Menjelang akhir tahun lepas kita digemparkan dengan seorang Guru Penolong Kanan perempuan di Melaka telah merakam video lucah dengan pendatang asing. Kemudiaan pada Januari lalu kita dipaparkan dengan seorang Guru Besar dan seorang guru perempuannya berusia dua puluhan di Pasir Mas, Kelantan didakwa kerana melakukan kesalahan mukadimah zina. Kita juga ditunjukan oleh blog berita seorang guru perempuan  berusia tiga puluhan juga di Kelantan didakwa atas kesalahan yang sama dengan seorang pengimpal. Kemudian kita digemparkan dengan seorang guru SJKC di Perak mendenda pelajarnya dengan menggantung loceng lembu dan diarah makan rumput. Bahkan banyak lagi "tingkah laku dan tatatkelakuan guru selaku pegawai awam" menjatuhkan maruah dan integriti pegawai awam yang tidak tertulis berlaku diinstitusi pekerjaan kita.

Bila isu seperti ini berlaku ada yang berkata " biasalah gurupun manusia juga" atau "kerana guru ramai maka nampaklah kesalahannya , kakitangan lainpun teruk juga". Sebenarnya tidak kira siapa dia selagi masih berkhidmat dengan kerajaan maka dia adalah kakitangan awam. "Baju" kakitangan awam yang ada padanya terpakai dua puluh empat jam sehari ataupun selagi belum bersara. Kakitangan awam juga orang awam tetapi orang awam tidak sekali-kali dalam masa sama menjadi kakitangan awam. Ini bermakna segala Peraturan dan Tatakelakuan Pegawai Awam 1993 terpakai sepanjang masa  bagi menjaga maruah dan integriti pegawai awam.

Jangan sesekali kita merasa segala beban dan tanggungjawab pegawai awam akan terlepas apabila kita tidak lagi berada dalam waktu bertugas. Kita merasa seolah-olah kita boleh berbuat apa sahaja apalagi yang salah yang orang lain buat. Orang lain langgar api merah kita langgar api merah. Orang lain buat dating kita juga buat dating. Orang lain buat kerja luar kita buat kerja luar tanpa kebenaran. Orang lain aktif dalam politik kita juga aktif dalam politik tanpa kebenaran. Jangan kita pakai pukul "loncong" kerana kita kakitangan awam serupa tapi berbeza dengan orang  awam. Justru itu apa sahaja kesalahan yang kita buat walaupun di luar waktu pejabat akan terpalit sama nama baik perkhidmatan awam. Sebab itu mana-mana kakitangan awam yang mencemar nama baik perkhidmatan awam boleh dikenakan hukuman sebagaimana perutukan Tatakelakuan Pegawai Awam 1993.

Namun yang lebih malang jika kesalahan mereka disabitkan dengan hukuman penjara sehari atau denda melebihi satu emolumen (satu bulan gaji) mereka akan kehilangan semua hak dan keistimewaan sebagai kakitangan awam. Jika akan bersara sebulan sahaja lagi tetapi dikenakan hukuman sedemikian maka pencen, graduiti dan segala faedah akan hilang sekelip mata. Kita kadang terpesona dengan  percikan neon seperti kelkatu tetapi keseronokan sementara itu "membunuh" kehidupan kita hingga ke liang kubur.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan rakan-rakan sejawat khususnya kaum guru supaya sama-sama kita menjaga maruah dan integriti perkhidmatan kita dan menggunakan "anugerah" ini sebaik mungkin bagi memberi perkhidmatan kepada rakyat. Saya menyatakan perkhidmatan kita ini sebagai anugerah besar Allah kepada kita kerana dari pada puluhan juta penduduk negara, kita menjadi salah seorang kakitangan awamnya. Sewajarnya kita menjaga amanah, maruah dan integriti jawatan kita dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki.

Kita berharap peristiwa dan catatan peringatan ringkas ini menjadi renungan dan iktibar untuk kita memahami status kita sebagai penjawat awam dan berusaha menjaganya biarpun dalam situasi tertentu kita menjadi orang awam. Buatlah sesuatu yang betul dengan betul dan jangan biasakan yang salah sebagai betul.



3 comments:

  1. "biasalah gurupun manusia juga" tapi guru bukan manusia biasa. Peraturan, Pekeliling dan Arahan dari atas umpama guru itu seorang dewa. Guru dianggap boleh melakukan apa saja dan mesti melakukan sumuanya kerana itu satu arahan. Ini bukan god play di mana yang berpangkat adalah tuhan dan yang tiada pangkat itu adalah hamba.

    Saya hairan kenapa ramai yang lupa untuk bertanya kenapa ramai guru malakukan salah laku kebelakangan ini. Adakah sesuatu telah diubah dalam senarai tugas seorang guru itu...

    ReplyDelete
  2. Apabila dapat gelaran penjawat awam lebih lbih lg gelaran guru..bermakna kita membawa lambang yg murni..bermaruah dan berintegriti walau di mana..kerja atau pencen..jagalah amanah tu

    ReplyDelete
  3. kalu nak tanya susah jadi nelayan, gi kelaut lah dulu, atau jadi nelayan, kalau nak tau susahnya tanam padi , tanya lah pesawah.. jangan pakai rasa jer , cikgu lerning dop sama ngan cikgu dulu,... try tanya cikgu baru tahu cikgu lerning keje guana

    ReplyDelete