Monday, April 30, 2012

Pertukaran Penyelia dan Guru Besar kuatkuasa 1 Mei

Selamat Hari Pekerja , Selamat Bersara dan Selamat Bertugas di tempat baru kepada beberapa orang Guru Besar mulai 2 Mei 2012. Pergerakan awal Mei ini hanya pergerakan setara bagi memenuhi ruangan kekosongan akibat persaraan namun hakikat kekosongan sebenar masih belum dapat diisi justru masih ketiadaan calon. Insyaalah urusan pemangkuan ke DGA34 sedang diuruskan dan kita berharap Lembaga Naik Pangkat KPM dapat menyegerakan proses ini nanti supaya lebih kurang 39 perjawatan hakiki DGA34 yang kosong untuk seluruh negeri dapat kita isi tahun ini juga.

Pada pertukaran kali ini tiada seorangpun GPK terlibat kerana tiada kekosongan dan tiada cadangan pertukaran daripada PPD. Calon-calon GPK kita tiada masalah kerana kita mempunyai calon mencukupi bagi mengisinya.

Selamat Bertugas kepada rakan penyelia dan Guru Besar. Semoga kehadiran anda akan lebih membawa kebaikan dan melonjakkan kecemerlangan sekolah berkenaan. Ingatlah jika anda mahu sekolah maju anda mesti "memerintah" sekolah dengan kuasa dan kebijaksanaan yang ada jika tidak sekolah akan mudur dan huru-hara jika ramai yang ingin jadi pemerintah di sekolah anda.
 
Senarai lengkap KLIK


Kajian Pemutihan Perjawatan KPM 2012

Semua Pengetua dan Guru Besar
Negeri Terengganu.

Tujuan kajian ini adalah untuk melengkapkan data guru dan bukan guru yang berada di sekolah bagi tujuan penyediaan waran perjawatan 2013 justru dalam kajian yang dibuat sebelum ini banyak maklumat perjawatan yang kurang lengkap dan sempurna. Sehubungan itu semua sekolah diwajibkan melengkapkan 12 item berikut dalam sistem e-Operasi :
  1. Opsyen Bersara;
  2. Gred Jawatan Hakiki;
  3. Gred Jawatan Semasa / Penyandang;
  4. Kod Pengisian Penyandang;
  5. Laluan Kenaikan Pangkat;
  6. Guru Cemerlang;
  7. Bidang Guru Cemerlang;
  8. Tarikh lantikan pertama;
  9. Tarikh kenaikan pangkat semasa;
  10. Kod taraf perkhidmatan;
  11. Tarikh khidmat sekolah semasa; dan
  12. Tarikh khidmat daerah semasa
Pengisian maklumat berkenaan perlu dibuat melalui laman web e-Operasi di bawah http://apps.moe.gov.my/eoperasi/ "menu kemaskini pemutihan perjawatan" bermula 25 April 2012 hingga 10 Mei 2012 .Guru Besar dan Pengetua Sekolah sebagai Pengesah bertanggungjawab sepenuhnya bagi memastikan semua maklumat betul dan tepat.


Tindak bersegera daripada Pengurusan Sekolah sangat dihargai.


Maklumat lanjut KLIK


Sunday, April 29, 2012

Ceritera Anak Dunia

Cerita 1

Cheng Yixing (56) ialah seorang bapa beranak 3. Setelah kematian isteri beliau membesarkan3 orang anaknya dengan bekerja sebagai petani. Hasil usaha kerasnya salah seorang anak beliau Cheng Jilai (24) berjaya memasuki sebuah universiti. Bagi menanggung perbelanjaan pelajaran ananya Chen Yixing bekerja keras. Beliau tidak membenarkan anak beliau bekerja terlalu keras dan lebih suka jika Chen Jilai belajar. Malang bagi Cheng Yixing, beliau disahkan mengidap kanser rektum dan prognosisnya adalah buruk. Beliau mengambil masa terlalu lama untuk berjumpa doktor dan nyawa beliau tidak dapat diselamatkan

Sebagai permitaan terakhir, Yixing mahu anak beliau Jilai menjaga beliau dihari-hari akhir sementara menanti sakaratul maut. Jilai tidak lupa jasa bapanya dan mengangguhkan pelajaran beliau di Xi’an Aeronautical University. Dua orang kakak beliau sudah berkahwin dan tidak mampu menjaga anak mereka. Nasib orang miskin di China memang sadis!

Jilai menggunakan duit yang dikumpul beliau untuk belajar di Universiti untuk ubat tahan sakit, membeli keranda, duit neraka, dan kesemua peralatan pengkebumian. Apa yang dikehendaki bapanya dituruti. Jilai tidak tahu apa akan dilakukannya selepas bapanya meninggal. Hendak sambung belajar duit sudah digunakan untuk "perjalanan akhir" bapanya ke liang lahad.

Cheng Yixing kembali menemui ialah ilahi 27 Mac lepas. Diharapkan Cheng Jilai, seorang anak yang berhati mulia ini dapat meneruskan pelajaran beliau. Agak sadis jika beliau kandas kerana menggunakan wang simpanan untuk menguruskan bapanya yang sakit


Cerita 2

Kita lihat gadis 12 tahun pula yang menjaga ayah beliau yang mengalami brain damage di hospital seorang diri. Huang Puli (12) dari Guanling, Provinsi Guizhou gigih menjaga ayah beliau yang mengalami kecederaan otak yang kronik setelah jatuh daripada pokok Disember lalu. Huang Puli menjaga ayah beliau kerana ibunya sudah 3 tahun melarikan diri dari mereka berdua. Gadis cilik dan tabah ini kini menjaga ayahnya sehingga terpaksa berhenti sekolah. Makan. minum, mandi dan pakai ayah beliau diuruskannya. Bagus budak ini. Harapnya dikurniakan syurga oleh Tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasih. She is a role model to us all.
 
USR Blogger Team: Semoga dua cerita ini menginsafkan kita untuk mendidik nilai ehsan dan kasih sayang yang tinggi kepada anak-anak kita agar apabila kita diuji oleh Allah nilai kasih sayang itu menjadi benteng kesabaran dan kesetiaan untuk mereka berbakti kepada kita. 


Sumber

Guru Penyayang Murid Berkualiti

KUALA TERENGGANU - Slogan baru Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu " Guru Penyayang Murid Berkualiti " telah dilancarkan dengan rasminya oleh En. Zakaria bin Hussin, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu sempena Majlis Pengarah Bersama-sama Kepimpinan Sekolah Terengganu di Terengganu Equestrian Resort (TER) pada pagi ini.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh semua Ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah, Wakil IPGM, BTPN, Pegetua, Guru Besar dan juga pegawai-pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sebelum itu semua kepimpinan sekolah telah diberi taklimat khas oleh En. Ismail bin Ibrahim dari Bahagian Sukan KPM berkaitan "1Murid 1Sukan"

Pengarah Pelajaran Negeri dalam ucaptama bertemakan " Hasrat dan hala tuju Pembangunan Pendidikan Negeri Terengganu" telah menjelaskan kejayaan pendidikan Terengganu dalam pelbagai bidang seperti akademik, kokurikulum dan Program Tranformasi Pendidikan Negera (NKRA) berasaskan kekuatan-kekuatan yang ada seperti sokongan kerajaan negeri, kekuatan kepimpinan sekolah, sokongan ibubapa dan masyarakat, pegawai JPNT dan PPD  yang kominted serta perancangan pendidikan yang mantap.

Beliau berharap melalui slogan baru " Guru Penyayang Murid Berkualiti " ianya mampu menjadi fokus dan teras pelaksanaan perancangan dan pelaksanaan program melalui pendekatan menghidupkan sifat serta watak " Guru Penyayang " yang sebenar-benarnya agar dengannya mampu melahirkan " Murid Berkualiti" secara holistik

Huraian lengkap "Guru Penyayang Murid Berkualiti " KLIK





Saturday, April 28, 2012

Terkini : Pencalonan SBT 2012

Kedudukan terkini status Pencalonan SBT Tahun 2012 bagi negeri Terengganu.

BIL KOD SEKOLAH
10 APR
AUDIT
26 APR
1
TBA 0002
SK AMER (096958743)
KUNING

<40
2
SK TOK DOR (096920978)
KUNING

<40
3
SK KAMPUNG BARU TOK DOR (096921615)
KUNING

<40
4
SK TENGKU MAHMUD 2 (096957795)
OK

OK
5
SK PADANG LANDAK (TIADA)
KUNING

<40
6
SK TEPUS (098336110)
KUNING

<40
7
SK KG CHABANG (0098262700)
KUNING

<40
8
SK RANTAU PETRONAS
(098662670)
OK

OK
9
SK MAKTAB PERGURUAN KUALA TERENGGANU (096696470)
KUNING

OK
10
SK JENANG (096188980)
KUNING

<40
11
SK KUALA BERANG (096811316)
KUNING

<40
12
SK DUSUN (096124973)
KUNING

<40
13
SK LANGGAR (096817362)
KUNING

<40
14
SK TAPU (096123107)
KUNING

<40
15
SK BUKIT TADOK (096882471)
KUNING

<40
16
SK KEMAT (096883327)
KUNING

<40
17
SK TERIS (098244849)
MERAH

<40
18
SK SERI BERANG (096816452)
KUNING

OK
19
SK TOK RANDOK (0096862971)
MERAH

<40
20
SK MANGKOK (096924723)
KUNING

<40
21
SK KAMPUNG FIKRI, SUNGAI TONG (098242796)
MERAH

<40
22
SK SUNGAI LAS (098244641)
OK

OK
23
SK LEMBAH JAYA (0096092500)
KUNING

<40
24
SK BARI ( SG TONG) (0098240826)
KUNING

<40
25
SK TENGKU AMPUAN INTAN
(096811009)
KUNING

OK
 
Kod :
M - sekolah belum buka portal
<40 - sekolah belum habis mengisi (perlu tambah data dan Maklumat)
OK -  sekolah sudah mengisi
Guru Besar Sekolah berkaitan harap dapat mengambil tindakan SEGERA dan Sekolah yang bermasalah atau tidak dapat akses portal untuk menulis surat kepada:
Ketua DMO
Pejabat Pengurusan Pelaksanaan (DMO)
Aras 4 Blok E8
Putrajaya

Friday, April 27, 2012

'Tablet' Bagi Meringankan Beban Pelajar Sekolah Membawa Beg Sekolah


 KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Penggunaan komputer mudah alih "tablet" di sekolah-sekolah boleh menjadi jalan penyelesaian bagi mengurangkan beban membawa buku teks di kalangan pelajar, menurut seorang bapa yang mempunyai dua anak perempuan yang belajar di sekolah rendah Cina.

Editor pengurusan majalah Mobile World Kashminder Singh berkata, tablet adalah sesuai bagi sekolah-sekolah dan daripada memberi RM100 bagi setiap pelajar (bantuan kerajaan), adalah lebih baik dalam tempoh jangka panjang untuk melihat bagaimana tablet boleh menjadi buku teks baharu.

Beliau berkata seseorang atau sebuah perbadanan perlu berusaha bagi menghasilkan satu "android" atau mana-mana platform tablet terbuka yang boleh disesuaikan untuk menjadi e-pembaca.

"Di India, seseorang menghasilkan tablet Aakash yang berharga kurang daripada RM200," katanya.

Kashminder berkata tablet boleh dikunci supaya ia hanya boleh memasuki talian kepada laman-laman yang dibenarkan dan versi e-buku buku-buku teks boleh dimuatkan setiap tahun bagi para pelajar manakala penerbit-penerbit boleh menerima yuran bagi setiap buku yang dimuatmasuk.

"Kedua-dua anak perempuan saya yang belajar di sekolah rendah Cina membawa beg setiap hari dan bagi orang dewasa akan mendapatinya sukar untuk menyeretnya. Saya berpendapat masalah itu ada penyelesaiannya dan seseorang perlu memulakannya," katanya.

"Bayangkan semua pelajar masing-masing mempunyai sebuah tablet. Dengan setiap orang memiliki tablet, kecurian tidak akan berlaku kerana tidak akan ada jualan semula di pasaran secara besar-besaran untuk menjualnya," katanya dalam majalah terbitan bulanan bagi edisi Mac.

"Teknologi tidak boleh dinafikan dan ia hanya menunggu masa bahawa buku-buku akan berubah sebagai tablet pula. Seseorang perlu mempunyai kesungguhan dan juga pengetahuan bagi memastikan keberkesanan projek itu," katanya.

-- BERNAMA

USR Blogger : Nampaknya apa yang dilakukan oleh Kerajaan Terengganu dengan memberikan e-book kepada murid  dan perisian digital buku teks adalah langkah tepat dan "to beyond". Tahniah YAB Menteri Besar dan kerajaan Terengganu sebagai perintis tranformasi pendidikan digital melalui e-book dan kelas maya.