Monday, October 31, 2011

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama-sama Pengetua dan Guru Besar Negeri Terengganu 2011 ..

KUALA TERENGGANU - Pagi tadi bertempat di Terengganu Equestrian Resort (TER) telah diadakan Majlis Perjumpaan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, En. Razali bin Daud bersama-sama Pengetua dan Guru Besar seluruh negeri Terengganu sebagai persediaan menghadapi sesi akhir persekolahan 2011 dan persediaan sambutan sesi persekolahan tahun 2012. Perjumpaan ini mungkin merupakan sesi terakhir perjumpaan pengarah dengan pengetua dan guru besar untuk tahun ini dan juga menjelang persaraan wajib beliau akhir November nanti. Perjumpaan turut dihadir oleh Ketua-Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Negeri, Ketua Jemaah Nazir & Jaminan Kualiti Negeri, Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah dan pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri.

Pada sesi pagi Ketua-Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Sektor Akademik, Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan serta Sektor Jaminan Kualiti  telah membentang pelaporan dari sektor masing-masing. Sementara sektor lain yang tidak berpeluang membentangkan pelaporan telah menyediakan secara hard copy untuk panduan dan makluman semua pentadbir sekolah.

Selepas kudapan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyampaikan ucaputama tentang persediaan yang perlu pengurusan sekolah lakukan terutama untuk terus melestarikan pendidikan terbilang. Majlis dialog pengurusan sekolah dengan pengurusan tertinggi jabatan dalam suasana yang sangat mesra dan harmoni. Berikut ialah antara intisari ucapan Pengarah Pelajaran Terengganu yang dicatat oleh USR Blogger Team :

  • Terima kasih kepada semua Pengetua dan Guru Besar kerana telah melaksanakan tugas   pengurusan dengan baik 
  • Terima  kasih kepada guru yang akan dan telah bersara. Jangan pencen sebelum tarikh 
  • Buat penilaian  semula pada aspek pengurusan 
  • Lihat apa yg telah dibuat dengan apa yg hendak kita buat
  • Beri penilauan program bacaan Al- Quran selama 10 minit.
  • Kenalpasti pelajar yang tidak tahu solat
  •  Persediaan musim cuti. Hati-hati sebagai pusat exam. Sediakan tempat  exam terbaik
  • 1st day 1st bell 1st lesson kena ada perancangan taktikal tahunan dan biar selari dengan  jabatan
  • Sekolah  rendah akan terima buku panduan penggunaan ebook.
  • Bangunkan semula instruksional leaderships. 
  • Kita kurang  kreativiti dan inovasi. Tubuhkan KIK di sekolah. 
  • Pengetua dan Guru Besar kena  buat pemantauan dlm pengurusan, p&p dan lain-lain.Kemaskini sistem fail. Tekan kpd volume kerja murid.
  • Ada lapan sekolah mendapat audit berteguran berbanding tahun 2009 hanya duasahaja. Ini disebabkan kerana sangat percaya kepada Pembantu Tadbir. Teliti dalam urusan kewangan. Jangan PT buat keputusan dan arah Pengetua dan Guru Besar 
  • Boleh delegate kerja tetapi kita tidak boleh delegate akauntebaliti 
  • Hayati visi misi jabatan dan sekolah 
  • Belanjawan 2012 pelajar akan dapat RM100 untuk persediaan persekolah. Harap diurus  dengan baik 
  • Yuran tiada. Jangan pungut sebarang yuran tanpa kelulusan Pengarah 
  • Pelajar Tingkatan 6 juga akan dapat baucer buku 
  • Program 1Murid 1Sukan perkemaskan lagi 
  • Program memasyarakatkan pendidikan perlu dipertingkatkan.
  • Dapatkan kerjasama NGO di sekolah. Eratkan hubungan dengan PIBG 
  • Setiap Pengetua dan Guru Besar sediakan KPI 
  • Semua pegawai pinjam/sangkut di PPD atau JPN akan balik semula ke sekolah mulai tahun depan 
  • Akan teruskan redeployment. Maxima 10 tahun   
  • Tingkatkan kecemerlangan pada masa hadapan 
  • Cadang akan susun semula sekolah kawalan dan akan buka kelas KRK di kebanyakan  sekolah. Akan kekalkan sekolah premier sahaja 
  • Pendemokrasian pendidikan. Jangan abaikan kelas Khas.
  •  Masalah disiplin. Hem kena rancang pembangunan sahsiah di sekolah 
  • Buat close monitoring. Cari pendekatan baru lahir sekolah penyayang
  • Kurang peranan guru B&K dan perlu ditingkatkan peranan dan fungsinya
  • Latih pembangunan talent. Scouting, profiling, grooming, poolkan untuk bidang apapun sebagai usaha strategik melahirkan generasi pelapis
  • Reaktif kepada isu. Seperti mana pada tahun depan projek rintis akan diadakan di Serawak, Pahang, Melaka dan Johor di mana guru akan mula bekerja dari jam 7.30 - 4.30 petang (8 jam sehari). Oleh itu Terengganu perlu bersedia awal agar tindakan akan sentiasa ada nilai tambah 
  • Sekolah kita dijadikan sebagai pusat mengundi. Sediakan kerusi meja sesuai .Hentikan projek yang ada buat sementara 24 jam sebelum hari mengundi. Beri kerjasama kepada SPR.

Download bahan Powerpoint di TER > DI SINI

Sunday, October 30, 2011

Memperkasakan Pemuafakatan, Melestarikan Pendidikan Terbilang Peringkat Daerah Marang

MARANG - " Sepatutnya tidak ada murid miskin  pada zaman pelbagai bantuan diberi oleh KPM dan kerajaan negeri kecuali miskin akal dan jiwa", demikian antara intipati ucapan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, En. Razali bin Daud sewaktu menyampaikan ucaputama di Majlis Memperkasakan Pemuafakatan, Melestarikan Pendidikan Terbilang Antara Yang Dipertua dan AJK Persatuan Ibubapa dan Guru  Bersama-sama Pengarah Pelajaran Negeri di SMKA Durian Guling patang tadi. Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan mewujudkan persefahaman dan pemuafakatan antara PIBG dengan Jabatan Pelajaran Negeri dan juga PPD bagi menangani pelbagai isu-isu pendidikan serta mempertingkatkan pencapaian pelbagai aspek pendidikan khususnya di daerah Marang.

Majlis berkenaan bukan sahaja dihadiri oleh YDP dan AJK PIBG Sekolah Daerah Marang tetapi juga pengetua,guru besar sekolah daerah Marang bahkan juga turut dihadiri Ketua-Ketua Sektor dan Timbalan PPD dan Pegawai dari PPD Marang .

Pengarah Pelajaran Jabatan Pelajaran Negeri menjelaskan kerajaan persekutuan melalui KPM telah melaksanakan pelbagai skim bantuan persekolah seperti SPBT, KWAPM, Program Susu 1M dan berbagai lagi termasuk yang dibentang dalam Baget 2012. Selain itu kata beliau kerajaan negeri Terengganu di bawah pimpinan YAB Menteri Besar telah menyediakan pelbagai ruang dan kemudahan untuk pendidikan Terengganu termasuk ebook, laptop, pembedahan mata dan telinga kepada pelajar kurang upaya dan bermacam-macam lagi. Beliau mengingatkan YDP dan AJK PIBG jika ada pelajar tercicir kerana miskin dalam kampung mereka sila lapor segera kepada JPN atau PPD.

Selain dari itu satu sesi dialog juga diadakan antara Pengarah, PPD Marang dan Ketua-Ketua Sektor dengan YDP dan AJK PIBG Sekolah daerah Marang . Sambutan cukup hangat sekali. Banyak isu-isu yang kabur dan keliru diperjelaskan dengan baik. Bahkan terdapat di kalangan peserta memuji program turun padang ini dan menganggap usaha yang sangat baik dan efektif. Tidak kurang yang melahirkan rasa dukacita dan terkilan dengan sambutan kurang memuaskan di kalangan AJK PIBG bagi program yang sangat bermakna ini. Bahkan dalam pemerhatian Usr Blogger Team ada dua buah sekolah rendah yang tidak langsung menghantar seorang wakilpun termasuk Guru Besarnya sendiri tidak hadir.

Apapun kita ucapkan tahniah kepada yang hadir kerana mereka mencintai ilmu seperti yang dinyatakan Pengarah dan daerah perlu muafakat bekerja keras merubah status pencapaian UPSR 2010 Tempat Ketujuh negeri, PMR 2010 Tempat keenam negeri, SPM 2010 tempat kelima negeri , STPM 2010 tempat keempat negeri, Anugerah Tawaran Baru ( 1 SR sahaja) dan tiada satupun SKK dan SBT agar menjadi lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan...

Friday, October 28, 2011

Renungan Jumaat : Perjalanan Takdir yang menakjubkan...

Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk oleh seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. Tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?" 

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda. Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota.
 

Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya. "Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.

Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku. Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sedemikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya...!" 

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA

Thursday, October 27, 2011

Ucaputama Pengarah Pelajaran Terengganu; Program Memperkasakan SK Guru Besar, Terengganu

KUANTAN - " Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM150 juta untuk bayaran yuran dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang pendidikan percuma kepada rakyat", demikian kata En. Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu semasa menyampaikan ucapan utama di Program Memperkasakan SK Guru Besar Terengganu di Shahzan Inn pada petang ini. Beliau vmengingatkan para guru besar agar sebarang cadangan bayaran tambahan biarpun mendapat kelulusan PIBG perlu mendapat kelulusan pengawal atau Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.

Beliau menjelaskan banyak perubahan yang berlaku pada tahun hadapan sebagaimana dibentang oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan 2012. Antaranya selain daripada pemansuhan yuran, banyak bantuan diberi kepada pelajar yang menuntut tanggungjawab kita menguruskannya dengan baik. Selain itu juga banyak perubahan dalam perkhidmatan guru yang diberi perhatian oleh kerajaan  dan sewajarnya disyukuri oleh warga guru berbanding dengan nasib guru atau pendidik di negara lain. Sesungguhnya amat banyak kemudahan yang kerajaan persekutuan dan negeri  berikan untuk pembangunan pendidikan, tegas beliau. Kerajaan negeri Terengganu telah menyumbangkan hampir seratus ribu e-book kepada murid dan laptop kepada  guru.

Pengarah Pelajaran Negeri juga  menjelaskan bahawa Guru Besar mesti memahami matlamat KPM agar kita dapat membuat perancangan dan gerak kerja yang selari dengan matlamat KPM. Antara matlamat utama KPM ialah;
  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu
  • Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Pengarah juga mengingatkan Guru Besar agar sentiasa mengamalkan Budaya Kerja Cemerlang (X-Plus).
x - cemerlang
p - pengetahuan
l - latihan
u -usaha
s - sepasukan

Konsep cemerlang ialah "beyond to". Beliau juga mengingatkan agar  jangan terperangkap dengan "profesional trap" dengan terlalu percaya kepada pembantu kita atau mengambil mudah perkara-perkara penting yang sewajarnya diurus dengan profesional. Kata beliau kita boleh "delegate tugas kita tapi kita tidak boleh delegate kebertanggungjawaban kita". Pengurus sekolah juga perlu sentiasa melalui latihan bagi memantapkan pengurusan di samping melakukan pelbagai usaha-usaha yang strategik. Mereka juga mesti sentiasa mengamalkan secara berpasukan.

Pengarah juga menyeru agar pengurus sekolah perlu melaksanakan inovasi (memperkayakan mental protin). Inovasi bermula dengan Analitikal  dan Kritikal Thinking. Selepas itu akan wujud Konstruktif Thinking dan akhirnya wujud Kreatif Thinking. Selain itu sebagai ketua, Guru Besar perlu mampu membuat Gap Analisis berasaskan Jurang Keberhasilan - Apa yang kita rancang dengan apa yang kita capai. Kedua apa yang sepatut kita buat dengan apa yang kita buat. Sebagai pemimpin juga Guru Besar mesti mengetahui elemen kepimpinan
  • Asas kepimpinan
  • Komponen kepimpinan (20% ilmu dan kemahiran, 20% kuasa mengarah , 60% pengaruh peribadi)
  • Fokus kepimpinan (70% kekuatan yang ada pada diri sendiri, 25% kepada perkara baru, 5% kepada kelemahan diri kita)
  • Peranan Kita (getting  the resutlt, bangunkan ahli organisasi dan bina pasukan kerja)
  • Resepi Kepimpinan ( Work with them, inspire dan never give up)
Berikut adalah tindakan yang perlu dibuat:
  • tahu tugas sendiri
  • menyelesaikan isu dalam organisasi sebelum orang arah kita (reaktif)
  • proaktif ( berlaku inovasi dan nilai tambah)
  • jangan mudah marah (adhoc)

Aplikasi TMK (ICT) Dalam Pengurusan

KUANTAN - Taklimat Memperkasakan Sekolah Kebangsaan  Guru Besar Terengganu hari ini juga telah diisi dengan ceramah "Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengurusan " oleh En. Azman Othman, Penolong Pengarah Unit ICT, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu.

Menurut En. Azman, perubahan dalam pengurusan pendidikan khususnya telah berlaku dengan  pesat dan pantas. Sehubungan dengan itu, kita perlu berubah menjadi pemimpin yang ada visi. Justru pentadbir sekolah perlu :

  • jangan hanya bercakap sahaja tentang teknologi
  • boleh mengguna pelbagai kemudahan ict untuk mencari maklumat
  • mengamalkan pendidikan dan pengurusan secara online
  • setiap orang murid ada setiap seorang komputer (didik tingkatkan penggunaan secara manafaat).BTPN sedang mengeluarkan buku panduan
  • merancang penggunaan ict di sekolah 
  • visi dan budaya ict mesti dikongsi
Menurut En. Azman , pentabdir sekolah perlu "transform" diri dengan kemahiran-kemahiran ICT seperti kemahiran asas menaip dengan keybord dan sebagainya agar mereka lebih kompeten dan berwibawa. Pentadbir harus membiasakan diri menggunakan email dan pelbagai kemudahan aplikasi ICT sebagai media penggurusan. Perubahan dalam urusan pendidikan di KPM dengan pelbagai aplikasi secara online menuntut Guru Besar membuat tindakan transformasi diri dengan segera.

Pada masa hadapan sistem pembelajaran akan berlaku perubahan pesat. Pelajar bukan lagi perlukan komputer tetapi belajar secara 1 to 1 e-learning. Pelajar pada masa depan sangat terbiasa dengan blog, skype, facebook  dan lain-lain lagi. Pengurus sekolah juga perlu memahami jenis-jenis format fail yang disimpan agar mudah  untuk "dipanggil" kembali. Tegasnya Pentadbir Sekolah  wajib memahami, menguasai dan menggunakan ICT seoptima mungkin dalam pengurusan bukan sahaja untuk mempertingkatkan kecekapan tetapi membudayakan ICT sebagai alat dan sumber pembelajaran paling efektif ..

Taklimat Memperkasakan SK Kepada Guru Besar Terengganu

KUANTAN - " Kita harus berbangga kita menjadi guru, bukan sahaja dapat menikmati kemudahan dunia tetapi juga bertuah kerana tugas mendidik diperakui oleh Nabi  sebagai kerjaya yang istimewa dan amal jariah berpanjangan ", begitulah antara lain ucapan En. Zakariah Ali, Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Sekolah sewaktu menyampaikan ceramah "Melestarikan Pendidikan Terbilang" dalam Taklimat Memperkasakan SK kepada Guru Terengganu di Shahzan Inn, Kuantan pagi ini. Program taklimat ini bermula 26 - 28 Oktober 2011.
Seramai lapan puluh orang Guru Besar seluruh negeri Terengganu terlibat dengan program ini.

Ketua Sektor Sekolah juga menjelaskan beradasarkan pendapat iman Al-Ghazali , " guru-guru yang hanya mengajar semata-mata tanpa memikir masa depan murid adalah mereka yang tidak sesuai menjadi guru ". Masa depan pelajar bukanlah semata-mata berjaya dalam kehidupan dunia tetapi juga lebih penting untuk mereka akan berjaya untuk kehidupan akhirat yang kekal abadi. Kata Imam Ghazali lagi, satu syarat UTAMA untuk menjadi guru ialah kasih sayang. Jika tiada nilai kasih sayang maka tidak layak menjadi guru.

Selain itu bagi memastikan kelestarian pendidikan Ketua Sektor menjelaskan Guru Besar dan para guru mesti memainkan peranan sebagai "inspire" atau pendorong yang penuh inspirasi hebat kepada anak buah atau anak murid. Tugas guru bukan hanya sekadar penyampai ilmu tetapi juga penjelas nilai dan pembangun tamaddun. Membangun sahsiah pelajar adalah antara tugas utama kita.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah juga mengingatkan Guru Besar bagi memastikan pengurusan sekolah kita sentiasa terbilang segala data dan bidang pengurusan utama sekolah mesti sentiasa update dan kemaskini. Ketua Sektor Sekolah juga menjelaskan bagi memperkasakan sk juga guru-guru yang melebihi sepuluh tahun akan ditukarkan secara berperingkat. Menurut beliau pada Jun 2012 pengambilan guru berasaskan "open source" iaitu berdasarkan keperluan opsyen sahaja. Pada tahun depan juga dijangka dilaksanakan projek rintis bagi Serawak, Pahang, Melaka di mana masa bertugas guru hingga jam empat petang dan memiliki cuti tahunan sebagaimana guru besar.Guru Besar mesti mengajar matapelajaran opsyen. Sementara tugas pengurusan data akan dilakukan oleh AKS. Beliau berharap agar Guru Besar Terengganu membuat persediaan awal kerana dijangka pada tahun 2013 semua sekolah akan melaksanakan agenda berkenaan.

Tuesday, October 25, 2011

Kaedah edar bantuan RM100 murid diperinci



Muhyiddin Yassin melambaikan tangan kepada jurufoto media sebaik keluar 
dari Dewan Rakyat di Parlimen, semalam. - utusan/Abdul Nazir Mohamed

KUALA LUMPUR 24 Okt. - Kementerian Pelajaran telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi memperincikan kaedah penyaluran bantuan awal persekolahan sebanyak RM100 kepada setiap murid di sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, swasta, persendirian dan juga sekolah agama di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa itu diwujudkan bagi memastikan bantuan yang disediakan dapat digunakan oleh murid semasa membuat persediaan persekolahan sesi 2012 nanti.

Beliau berkata, kementerian akan memastikan pelaksanaan pemberian bantuan itu berjalan lancar.
"Saya ingin mengingatkan kepada ibu bapa atau penjaga murid, bahawa peruntukan tersebut adalah untuk penyediaan keperluan persekolahan murid dan janganlah digunakan untuk tujuan yang lain," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas mengenai penyelarasan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, walaupun kadar yuran yang ditetapkan hanya boleh diputuskan dalam mesyuarat agung PIBG, kementerian akan memastikan kadar yang ditetapkan tidak membebankan ibu bapa dan mendapat persetujuan semua ahli.

Katanya, satu surat siaran bagi memperjelaskan pekeliling sedia ada akan dikeluarkan sebagai panduan kepada PIBG di semua sekolah berhubung perkara itu selaras dengan pemansuhan yuran sekolah seperti yang diumumkan pada Bajet 2012 sebelum ini.

Dalam pada itu, menjawab pertanyaan daripada Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim-Bandar Baharu) berhubung bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat, Muhyiddin berkata,pihaknya telah mengemukakan cadangan kepada sekolah-sekolah berkenaan yang masih belum berdaftar dengan kementerian agar mereka berbuat demikian.

Ini katanya, bagi memudahkan bantuan pendidikan disalurkan kepada mereka secara berterusan kerana sekiranya mereka tidak berdaftar, pihak kementerian hanya boleh menyediakan peruntukan untuk diberikan secara ad-hoc kepada sekolah-sekolah terbabit.

Muhyiddin berkata, kementerian akan terus memberikan tumpuan kepada sekolah-sekolah yang benar-benar memerlukan perhatian terhadap aspek pembangunan fizikal berdasarkan maklumat yang dikumpul daripada kajian audit fizikal yang dijalankan sebelum ini.

Beliau berkata, ia memastikan semua sekolah yang memerlukan penambahbaikan segera dapat diselenggara supaya persekitaran pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang kondusif dapat diwujudkan.

Sumber : Utusan Malaysia