Monday, May 30, 2011

Puad nafi laporan 80,000 guru Semenanjung ke Sarawak

PETALING JAYA 30 Mei - Kementerian Pelajaran hari ini menafikan laporan kononnya ia akan menghantar sekitar 80,000 guru dari Semenanjung ke Sarawak tahun depan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, sehingga 11 Mei tahun ini, terdapat seramai 80,382 guru yang mengajar di sekolah rendah dan sekolah menengah di Sabah dan Sarawak di mana 15,641 daripada jumlah itu terdiri daripada guru yang berasal dari Semenanjung.

"Sekiranya kita hendak menghantar 80,000 orang guru dari Semenanjung ke Sarawak, siapa pula yang akan mengajar di Semenanjung?” katanya ketika ditemui selepas melancarkan pertandingan mural PLUS antara sekolah-sekolah menengah peringkat kebangsaan 2011 di sini hari ini. - Bernama


Wacana Pendidikan Terengganu Siri 2

KUALA TERENGGANU - Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu bersama Institut Pendidikan Guru (IPGM) Kampus Dato' Razali Ismail dan Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualtiti hari telah mengadakan Wacana Pendidikan Terengganu Siri 2 bertemakan "Memacu Kecemerlangan Pendidikan Terengganu" di Dewan TELTTraC,IPGM Kampus Dato' Razali Ismail,Kuala Terengganu .

Antara objektif utama wacana ini ialah  mendedahkan peserta dengan isu-isu semasa dalam bidang pendidikan selain memberi peluang peserta bertukar pandangan dan pendapat mengenai isu pendidikan yang dibincangkan.Selain dari itu,ianya juga bertujuan membudayakan amalan perbincangan di samping menambah dan memperkukuhkan keperihatinan warga pendidik Terengganu dalam isu pendidikan melalui perbincangan ilmiah.



Yang Berhormat,Haji Ahmad Razif bin Abdul Rahman,Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,Pengajian Tinggi Sains,Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu telah sudi merasmikan wacana berkaitan. Yang Berhormat dalam ucapannya mengajak semua kaum guru membuat perubahan dan transformasi khususnya dalam menangani isu-isu pendidikan dan perubahan sistem nilai yang berlaku dalam masyarakat.


Beliau menyeru para guru merubah cara dan pendekatan khusus menangani masalah pelajar bermasalah dengan menjadikan pendekatan yang dibuat pengurusan SMK Belara,Manir sebagai contoh.Beliau juga amat mengharapkan sokongan padu para guru serta berharap para guru perlu sentiasa proaktif mempertingkatkan ilmu agar pendidikan negeri Terengganu mampu mencapai taraf pendidikan dunia.



Wacana kali ini mengemukann tiga pembentangan kertas kerja. Kertas Kerja Pertama bertajuk " Pelakasanaan Kokurikulum di IPG Kampus Dato' Razali telah dibentang oleh Tuan Haji Hamdan bin Ab. Manaf dan Tuan Haji Safri bin Aziz dari Unit Kokurikulum, IPGM Dato'Razali Ismail.






Sementara Kertas Kerja Kedua bertajuk " Pemantauan Pengurusan dan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah" telah dibentang oleh En.Rorzali bin Salleh,KPP Kokurikulum,Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,KPM,Putrajaya. Pembentangan Kertas Kerja Ketiga bertajuk "Memperkasakan Kokurikulum Di Sekolah" dibentangkan oleh Tuan Haji Salleh bin Busu,Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

Seramai dua ratus lima puluh orang peserta terdiri daripada pegawai Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu,Pensyarah IPG Kampus Dato' Razali Ismail,Pegawai Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti,Guru Besar serta GPK telah menghadiri wacana ini.




Sunday, May 29, 2011

Pertukaran dan Penempatan Penyelia Kanan,Guru Besar dan GPK ,kuatkuasa 1 Jun 2011

JPN Terengganu - Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru kepada Penyelia Kanan,Guru Besar dan GPK yang bertukar atau ditempatkan di tempat baru kerana dinaikkan pangkat. Kesemua mereka yang mendapat tawaran baru,penyelia kanan dan guru besar bertukar setara telah menerima surat masing-masing daripada Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En.Zakariah bin Ali. Sementara bagi GPK yang bertukar setara surat pertukaran mereka boleh di perolehi di PPD masing-masing.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah dalam taklimat ringkas mengingatkan semua yang terlibat tentang tugas dan amanah besar yang mesti dilaksanakan sebaik mungkin oleh setiap pengurus sekolah di sekolah baru yang mereka akan mula melapor diri mulai 1 Jun nanti. Bagaimanapun difahamkan ada Guru Besar dan GPK bersara pilihan dan maklumat baru kami perolehi. Oleh itu akan ada lagi senarai Pertukaran Guru Besar dan GPK untuk 1 Jun ini.

Senarai lengkap KLIK




Friday, May 27, 2011

Renungan Jumaat - Wasiat Luqman Al-Hakim -12

sambungan minggu lalu....


Permasalahan Kedua Belas:

Luqman nasihati anaknya agar tidak berjalan di atas muka bumi ini dengan menampakkan keseronokan yang amat sangat hinggalah akhirnya keseronokan ini melebihi had di dalam 
pergerakannya ,membezakan kelakuannya dengan manusia lain kerana ia mengandungi ciri-ciri berlebih-lebihan atau jauh dari kesederhanaan .Dengan ciri ini orang yang gembira ini akan menjadi takabbur dan sombong yang melebihi had syara'.

Inilah yang diterangkan melalui ayat 18 surah Luqman yang bermaksud:

"Dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh!Sesungguhnya Allah tidak mencintai sekalian orang yang sombong dan membanggakan diri"

bersambung ke minggu hadapan 

Thursday, May 26, 2011

Sembilan lagi diiktiraf SBT (Sekolah Berprestasi Tinggi)

PUTRAJAYA 25 Mei - Kementerian Pelajaran mengiktiraf sembilan lagi Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) membabitkan tujuh buah sekolah menengah dan dua sekolah kebangsaan di bawah kohort dua kumpulan kedua tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika mengumumkan perkara itu berkata, pertambahan tersebut menjadikan jumlah keseluruhan SBT kohort dua sebanyak 32 buah. 

''Sasaran kita ialah 50 buah sekolah mencapai status SBT pada tahun ini, justeru 30 buah lagi perlu dikenalpasti untuk diberi status SBT agar kita setanding negara maju dan merapatkan jurang pendidikan negara.

''Sehubungan itu, Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan berhasrat mempertingkatkan pencapaian pelajar secara menyeluruh serta meningkatkan akses kepada pendidikan berkualiti," katanya ketika berucap pada majlis pengiktirafan SBT 2011, di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Ir. Wee Ka Siong.
Sekolah-sekolah tersebut ialah Sekolah Menengah Sains (SMS) Sabah; SMS Tuanku Munawir, Negeri Sembilan; SMS Kuala Selangor, Selangor; SMS Kuching, Sarawak: SM Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan; SM Kebangsaan Lembah Bidong, Terengganu dan SMK Agama Naim Lilbanat, Kelantan.Sekolah rendah pula membabitkan Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam, Selangor dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Tung Hua, Sarawak.

SBT ditakrifkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, identiti tersendiri dan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan selain mempunyai tradisi budaya kerja sangat tinggi, cemerlang dengan modal insan berkembang secara holistik serta mampu bersaing di peringakt antarabangsa.

Rasionalnya ialah ia dapat mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik melalui tahap autonomi yang membolehkan mereka melaksanakan inovasi dalam pengurusan; menghasilkan murid cemerlang dan berpersonaliti unggul dalam bidang diceburi serta membina visi yang memberi inspirasi kepada sekolah lain.
Kementerian Pelajaran sebelum ini menyenaraikan 20 buah SBT dalam kohort satu membabitkan 14 buah sekolah menengah dan enam buah sekolah rendah.

Muhyiddin berkata, kecemerlangan pencapaian pelajar amat penting bagi melahirkan lebih ramai tenaga kerja yang kompetitif selari dengan wawasan negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

''Terdapat SBT yang dilawati negara luar seperti Singapura, Thailand, China, Jepun dan Finland bagi tujuan penanda aras, ini membuktikan sekolah-sekolah kita telah berjaya menarik minat negara lain," katanya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Tahniah kepada Penasihat Blog Unit Rendah

En. Ahmad Suhaimi (GPK 1,SK Paya Bunga)
Anugerah Pemimpin ICT Cemerlang
Hari Guru Terengganu 2011

Tuan Haji Abdullah bin Ali,Tokoh Guru Terengganu 2011

DUNGUN - Mantan Ketua Sektor,Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Pahang,Tuan Haji Abdullah bin Ali telah dianugerahi sebagai Tokoh Guru Terengganu 2011 sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2011 yang diadakan hari ini di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Tuan Haji Abdullah bin Ali yang dilahirkan di Kampung Nyior,Paka,Dungun, Terengganu adalah bekas garduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di SMK Engku Mohsin,Endau Johor. Selepas itu beliau kembali bertugas di Terengganu sebagai Guru Penolong Kanan,Pengetua dan PPD Dungun sebelum dilantik sebagai Ketua Sektor Khas dan Swasta di JPN Terengganu pada tahun 2007 sebelum dinaikkan pangkat ke JPN Pahang,sebagai Ketua Sektor,Sektor Pembangunan Kemanusiaan sehingga bersara wajib.

Sebelum itu YAB Dato' Seri  Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu dalam ucapan perasmian merakamkan setinggi penghargaan terima kasih beliau serta Kerajaan Negeri Terengganu atas sumbangan bakti kaum guru memartabatkan pendidikan Negeri Terengganu serta merealisasikan hasrat kerajaan negeri menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu.

" Sebagai menghargai sumbangan besar khususnya kepimpinan sekolah maka kerajaan pada tahun ini akan membawa 50 orang Guru Besar sekolah mereka cemerlang dalam UPSR ke Korea dan 60 orang Pengetua ke Australia untuk meninjau sistem pendidikan di sana bagi dimanafaatkan untuk kebaikan pelajar kita" ujar beliau.

Selain dari itu, Menteri Besar Terengganu memgumumkan peruntakan 3.6 juta ringgit bagi melaksanakan Kelas Maya pada tahun hadapan. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung kos
pengurusan umrah pada Julai nanti kepada sepuluh orang guru cemerlang yang pemilihannya dibuat oleh PPD/JPN.Selain dari itu mana-mana sekolah yang melonjak sangat cemerlang dan terbaik kerajaan negeri akan memberi sebuah bas untuk kegunaan sekolah berkenaan.

Kerajaan negeri mengikut YAB Menteri Besar sangat perihatin kepada pendidikan oleh tegas beliau semua pelajar yang dapat belajar di Matrikulasi diberi RM500, mendapat program Diploma diberi RM750 dan mendapat tawaran ke universiti diberi RM1,000. Sementara pelajar yang memasuki Tingkatan 6 sewaktu mereka berada di Tingkatan 6 Atas kerajaan negeri memberi sumbangan RM1,000.00 setiap orang

Terdahulu Yang Berbahagia,En.Razali bin Daud,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu dalam ucapan aluan beliau melahirkan rasa terima kasih dan bersyukur atas sokongan kerajaan negeri di bawah pimpinan YAB Menteri Besar yang amat istimewa kepada pendidikan anka-anak negeri. Beliau bersama para guru akan sentiasa meneruskan agenda Melestarikan Pendidikan Terbilang dan Terengganu sebagai Anjung Ilmu

Pada majlis Sambutan Hari Guru kali ini juga pelbagai anugerah dan hadiah pertandingan telah disampaikan termasuk kategori baru seperti Anugerah Guru Berjasa, Pensyarah Cemerlang,Pengurusan PIBG Cemerlang di samping kategori lain yang menjadi tradisi hari guru.

Majlis Sambutan Hari Guru Terengganu 2011 turut dimeriahkan dengan kehadiran Yang Berhormat,Tuan Haji Ahmad Razif bin Abdullah Rahman, Exco Pendidikan Terengganu,Yang Berbahagia Dato' Dr Rosli Mat Hassan,Pengerusi Yayasan Pelajaran Mara,Ahli-ahli Yang Berhormat dan Pegawai Kanan Persekutuan dan Negeri...

Selamat Hari Guru,Terima Kasih Cikgu !

Gambar-Gambar Sekitar Sambutan Hari Guru Negeri Terengganu 2011



Wednesday, May 25, 2011

Majlis Sembahyang Hajat Sempena Hari Guru Negeri Terengganu 2011

Sebentar tadi telah berlangsung majlis sembahyang hajat,bacaan yasin dan tahlil sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu yang akan diadakan esok di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,Dungun. Majlis ini yang dihadiri hampir tujuh ratus tetamu telah diadakan di Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah,Dungun.

Yang Berbahagia Tuan Haji Salleh bin Busu,Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah hadir mewakili Pengarah. Turut hadir ialah Ketua-Ketua Sektor,Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah,KPP BTPN Terengganu,Pegawai dari JPN Terengganu,Pegawai-Pegawai dari  PPD Dungun,Pengetua,Guru Besar serta pelajar sekolah.

Majlis dimulakan dengan Sembahyang Maghrib berjemaah,Sembahyang Hajat,Bacaan Yasin & Tahlil,Ucapan Timbalan Pengarah,Sembahyang Isya` berjemaah dan jamuan. Program tahunan ini adalah sebahagian daripada acara  Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu  2011. Semoga ianya menjadi amal ibadah yang berkekalan buat para guru khususnya....