Saturday, April 30, 2011

Loparan Mingggu Terakhir - Ujian UKM 1 - Permatapintar - Penyertaan Merosot berbanding 2010

Negeri Terengganu
SK - 337 buah
SJKC - 10 buah
SMK - 111 buah
SMKA - 6 buah
SABK -14 buah
SBP -5 buah
SMT - 5 buah
Negara
HANYA 0 HARI
Hari ini berakhirlah sudah tempoh untuk mana-mana murid sekolah rendah Tahun 2 hingga Tahun 6 dan pelajar Sekolah Menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 mengambil ujian UKM1 yang dimulakan dari 1 Februari hingga 30 April 2011. Secara umumnya dari data yang diperolehi di atas penyertaan seluruh negara telah merosot berbanding tahun lepas. Lihat di bawah kedudukan hari terakhir 2010.
Sepanjang tempuh dua bulan berlangsungnya Ujian UKM1,2011 blog ini telah menyiarkan laporan kedudukan terkini penyertaan setiap minggu tanpa gagal sebagai usaha menarik perhatian terutama pengurus sekolah tentang apa yang berlaku.Berdasar result penyertaan terkini tahun ini Terengganu berada di tempat keempat di belakang Johor ,Selangor dan Perak. Mengapa ? Oleh kerana blog ini blog Unit Sekolah Rendah yang bertanggungjawab dalam hal ehwal pengurusan dan perjawatan sekolah rendah maka saya akan memberi fokus kepada pnyertaan sekolah rendah di Terengganu.

Berdasarkan keputusan di atas jumlah penyertaan murid sekolah rendah dari Tahun 2 hingga Tahun 6 ialah 7,954. Dari jumlah itu 7,494 orang datang dari 337 buah sekolah kebangsaan dan 460 orang dari 10 buah sekolah jenis kebangsaan Cina. Jumlah murid sekolah rendah sekolah rendah Terengganu termasuk prasekolah ialah 139,172 orang. Dari jumlah tersebut yang layak menyertai ujian ini setelah ditolak tahun 1 dan pra sekolah (29,925) ialah 109,247. Namun daripada jumlah itu hanya 7,954 orang atau 7.29% sahaja yang mengambil ujian ini. Mengapa ?

Kita merasa terkilan kerana dalam keadaan murid sekolah rendah kita dilimpahi dengan e-book dan terdapat pelbagai kemudahan untuk akses internet,kebanyakan sekolah kita hampir semuanya memiliki Pegawai ICT (EIO),semua sekolah cukup guru besar dan GPK mengapa situasi begini terjadi. Kami mengesan ada sekolah murid yang ramai tapi penyertaan hanya satu atau dua peratus malah ada sekolah yang tidak menyertai langsung. Program ini adalah program diurusetia oleh KPM,projek KPM. Barangkali wajar kiranya kita ajukan surat tunjuk sebab kepada pengurus sekolah yang penyertaan terlalu sedikit atau tidak menyertai langsung kerana memandang remeh dasar dan program kementerian atau kerajaan.Semua sekolah akan diminta menghantar laporan penyertaan dan semua PPD akan membuat semakan penyertaan sebagai perbandingan. Kita dapati ada sekolah yang penyertaannya melebihi 349 orang penyertaan seperti SK Gelugor,Kuala Terengganu dan SK Sultan Ismail,Kemaman seramai 161 orang. Tahniah !
 
Kita barangkali pernah mendengar ceramah atau ucapan  Pengarah Pelajaran Terengganu bahawa diri dan organisasi kita tidak akan maju jika terdapat insan-insan berwatak exusitis (selalu memberi alasan),ignoramus (tidak peduli),non-stater (tidak boleh dihidup),paralysis (tepok/lumpuh dan sentiasa perlu dibantu) dalam organisasi kita. Oleh itu kalau kita mahu sebenar-benarnya "Melestarikan Pendidikan Terbilang" dan menjadikan "Terengganu Anjung Ilmu" program-program seperti Permatapintar Ujian UKM1 ini mesti dilaksanakan dengan penuh iltizam bukan sekadar "fill in the blank"

Friday, April 29, 2011

Maklumat Penting dan Mustahak Berkaitan Sekolah Kluster dan SBT

Satu Mesyuarat Dan Semakan Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5,2011
Tarikh  : 02 Mei 2011
Masa  : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Rumah Tamu JPN Terengganu

Semua Guru Besar dan Pengetua sekolah seperti di bawah dikehendaki hadir membawa salinan borang permohonan dan profil sekolah seperti yang dihantar kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.


 SEKOLAH RENDAH
  1. SK Kampung Raja,Besut
  2. SK Tok Dor,Besut
  3. SK Kuala Kubang,Besut
  4. SK Tengku Mahmud 2,Besut
  5. SK Paka 11,Dungun
  6. SK Rantau Petronas,Kemaman
  7. SK Beladau Kolam,Kuala Terengganu
  8. SK Teluk Menara,Kuala Terengganu
  9. SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu
  10. SK Sultan Sulaiman 2,Kuala Terengganu
  11. SK Tengku Bariah,Kuala Terengganu
  12. SK Kuala Berang,Hulu Terengganu
  13. SK Pauh,Hulu Terengganu
  14. SK Dusun,Hulu Terengganu
  15. SK Langgar,Hulu Terengganu
  16. SK Binjai Kertas,Hulu Terengganu
  17. SK Seri Berang,Hulu Terengganu
  18. SK Tok Randok,Hulu Terengganu
  19. SMK Chalok Model Khas
  20. SK Kampung Fikri,Sungai Tong
  21. SK Mangkok
SEKOLAH MENENGAH
  1. SM Sains Dungun,Dungun
  2. SMK Chukai,Kemaman
  3. SMK Rantau Petronas,Kemaman
  4. SMK Mak Lagam,Kemamn
  5. SM Sains Kuala Terengganu
  6. SMK Lembah Bidong,Setiu
  7. SMA (ATAS) Zainal Abidin
  8. Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu
  9. Kolej Islam Sains Terengganu
  10. SMKA Nurul Ittifaq,Besut
  11. SMKA Wataniah,Besut
  12. SMKA Kuala Abang,Dungun
  13. SMKA Tok Jiring,Kuala Terengganu
  14. SBPI Batu Rakit
 PENCALONAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

Semua SEKOLAH RENDAH dalam Band Satu (1), kecuali yang telah diiktiraf sebagai SBT, WAJIB mengisi Borang Pencalonan SBT menerusi Portal NKRA Pendidikan.
Borang Pencalonan boleh diakses melalui
mulai 15 APRIL 2011.
Sila gunakan IDPengguna : PGB.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada jam 12.00 malam 15 MEI 2011

 Sekolah yang yang disenarai KPM - Band 1

BIL
SEKOLAH
1
SK KAMPONG RAJA
2
SK TENGKU MAHMUD 2
3
SK RANTAU PETRONAS
4
SK JENANG
5
SK DUSUN
6
SK BUKIT TADOK
7
SK SERI BERANG
8
SK MANGKOK
9
SK KAMPUNG FIKRI, SUNGAI TONG
10
SK KAMPONG TAYOR
11
SK TENGKU MAHMUD
12
SK SULTAN SULAIMAN 1
13
SK TENGKU AMPUAN INTAN

BENGKEL BIMBINGAN PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH RENDAH BAND 1
ZON TIMUR BIL.1/2011

Tarikh : 18 hingga 20 Mei 2011
Tempat : New Pasific Hotel,Seksyen 26, Jalan Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan
Tarikh daftar : 18 Mei 2011 (Rabu)  jam 1.00 hingga 3.30 ptg
Taklimat Urusetia: 3.30 ptg - 4.30 ptg (18 Mei 2011)

Kehadiran : Guru Besar dan GPK Pentadbiran  sekolah seperti senarai di atas
Pertanyaan : Cik Suraya Hani bt. Mohd Lasim di talian : 03-83217445 atau email : surayasbp@gmail.com

Renungan Jumaat - Wasiat Luqman Al-Hakim - 9

sambungan dari  minggu lalu....


Permasalahan Kesembilan:

Luqman menyuruh anaknya berbuat yang ma'ruf / kebaikan dan mencegah kemungkaran. Ini menunjukkan kepada kita bahawa arahan supaya menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran dari 'tugasan' yang terkandung di dalam seruan Ilahi kepada Agama Islam semenjak dahulu lagi

Inilah yang diterangkan melalui ayat 17 surah Luqman yang bermaksud:

"Suruhlah mengerjakan yang baik,cegahlah perbuatan yang buruk"

bersambung ke minggu hadapan...



Thursday, April 28, 2011

Selamat Bersara Sahabat ! Tuan Haji Zakaria Mohamad.

Ikhlas  daripada Warga Unit Pengurusan Sekolah Rendah dan Sektor Pengurusan Sekolah
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Wednesday, April 27, 2011

Mesyuarat Pengemaskinian Data Penempatan Guru Baru

Unit Pengurusan Sekolah Rendah,JPN Terengganu mengadakan Mesyuarat Pengemaskinian Data Penempatan Guru Baru di Holiday Villa,Kuantan mulai 26 hingga 28 April 2011. Mesyuarat ini sangat penting untuk menentukan kedudukan jumlah sebenar guru baru yang ditempatkan selain dari menentukan kedudukan sebenar perjawatan  guru pemulihan linus da pegawai linus dalam data perjawatan guru rendah sebelum pertukaran guru pada 1 Jun 2011.

Mesyuarat ini juga turut membincangkan tindakan pengesahan e-gtukar oleh Guru Besar dan tindakan penyemak di peringkat PPD dan JPN Negeri di sampimg perkara lain berkaitan permohonan pertukaran yang akan dibawa oleh Ketua Unit Rendah dalam mesyuarat dengan kementerian.

Semua pegawai terlibat dari beberapa unit di jabatan dan ppd hadir bagi menvarifikasi data ini.

Tuesday, April 26, 2011

Sekitar Perasmian Hari Terbuka Pusat Sumber Sekolah,SK Seberang Takir

Hari ini SK Seberang Takir telah mengadakan buat julung kalinya Hari Terbuka Pusat Sumber Sekolah. Ketua Unit Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong telah dijemput untuk merasmikan majlis berkenaan.

Hari Terbuka Pusat Sumber Sekolah,SK Seberang Takir bukan sahaja usaha memperlihatkan peranan dan fungsi PSS kepada masyarakat atau ibubapa tetapi juga mengupayakan sumber-sumber lain sebagai bahan sumber pembelajaran yang bermakna dan efektif. Sehubungan dengan itu berbagai agensi strategik seperti Pusat Sains Terengganu,Pertahanan Awan,Agensi Anti Dadah Kebangsaan,penerbit Majalah Kuntum dijemput untuk terlibat sama memeriahkan hari terbuka berkenaan melalui pameran intraktif masing-masing.

Ketua Unit Rendah dalam ucapannya menyifatkan usaha mengadakan Hari Terbuka PSS ini sebagai satu wahana yang sangat bermakna untuk membina,menghayati dan mencintai budaya ilmu di kalangan para pelajar.

Selain dari itu Pengurusan Sekolah,guru serta ibubapa perlu berganding bahu menyatukan hasrat,pemikiran dan daya usaha untuk membangun kecemerlangan pendidikan  di SK Seberang Takir agar menjadi sekolah terbilang dan terunggul. Beliau melahirkan keyakinan biarpun kedudukan ranking sekolah ini yang agak ke bawah  sedikit namun jika pelbagai usaha strategik seperti hari ini dirancang dan dilaksanakan dengan baik , apa tah lagi dengan komitmen yang telah diberikan oleh Yang Dipertua PIBG,YB Haji Ahmad Razif bin Abd.Rahman,yang juga EXCO Pelajaran Negeri Terengganu maka tidak ada sebab prestasi sekolah tidak dapat dilonjakkan.

Berikut adalah gambar di sekitar majlis berkenaan


Monday, April 25, 2011

Majlis Temu Murni Ibubapa & Penjaga SK Tengku Ampuan Intan (Kluster)

Pagi tadi saya berkesempatan menerima undangan menyampaikan ceramah sempena Majlis Temu Murni Ibubapa dan Penjaga murid Tahun Enam, SK Tengku Ampuan Intan,Kuala Berang (Kluster) yang juga merupakan sekolah angkat saya. Majlis berkenaan telah diadakan di Dewan Syarahan,Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu.

Rakan lama saya iaitu YDP PIBG SKTAI, Haji Tuan Razilah telah bersama menyampaikan ucapan aluan walaupun ringkas tapi bermakna. Saya selaku Pegawai Angkat sekolah ini amat bangga di atas komitmen dan daya usaha PIBG di bawah pimpinan Haji Tuan Razilah serta dedikasi guru-guru SK Tengku Ampuan Intan di bawah pimpinan Tuan Haji Mat Hassan Deraman yang juga Pengerusi Majlis Guru Besar Daerah Hulu Terengganu untuk memastikan SKTAI terus terbilang. 

Saya juga merasa bangga di atas kesediaan para ibubapa Tahun Enam untuk turut hadir meluangkan masa bersama anak-anak bagi mencari formula memastikan UPSR anak-anak tahun ini terus melonjak dan cemerlang. Saya melihat aspek kepimpinan ibubapa sebagai satu kekuatan untuk memugar potensi anak-anak menjadi manusia cemerlang pada masa hadapan. Ibubapa perlu memainkan tugas dan peranan kepimpinan dalam pendidikan anak-anak yang telah tersedia sumber kekuatan azali untuk dipimpin dan dibimbing secara  berhemah dan bijaksana.

Saya doakan SK Tengku Ampuan Intan akan terus maju dan terbilang dan mencapai Sekolah Berprestasi Tinggi nanti.

Tahniah dan Syabas kepada Ketua Sektor,Sektor Pembangunan Kemanusiaan yang baru.

Ikhlas daripada warga Sektor Pengurusan Sekolah

PERMOHONAN PENCALONAN SBT 2011


PERHATIAN KEPADA GURU BESAR 


PERMOHONAN PENGIKTIRAFAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT) KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.

Semua SEKOLAH RENDAH dalam Band Satu (1), kecuali yang telah diiktiraf sebagai SBT, WAJIB mengisi Borang Pencalonan SBT menerusi Portal NKRA Pendidikan.
Borang Pencalonan boleh diakses melalui
mulai 15 APRIL 2011.
Sila gunakan IDPengguna : PGB.

Tarikh tutup pencalonan adalah pada jam 12.00 malam 15 MEI 2011


Senarai Sekolah Negeri Terengganu Band 1 yang layak :


BENGKEL BIMBINGAN PENINGKATAN PRESTASI SEKOLAH RENDAH BAND 1

ZON TIMUR BIL.1/2011

Tarikh : 18 hingga 20 Mei 2011
Tempat : New Pasific Hotel,Seksyen 26, Jalan Pengkalan Chepa,Kota Bharu,Kelantan
Tarikh daftar : 18 Mei 2011 (Rabu)  jam 1.00 hingga 3.30 ptg
Taklimat Urusetia: 3.30 ptg - 4.30 ptg (18 Mei 2011)

Kehadiran : Guru Besar dan GPK Pentadbiran  sekolah seperti senarai di atas
Pertanyaan : Cik Suraya Hani bt. Mohd Lasim di talian : 03-83217445 atau email : surayasbp@gmail.com

Sunday, April 24, 2011

Penghantaran Dokumen Pencalonan Sekolah Kluster Fasa 5 Negeri Terengganu

Bagi semua Pengetua dan Guru Besar Negeri Terengganu yang disenarai dan dicadang Pencalonan Sekolah Kluster Fasa 5 oleh KPM seperti di bawah diminta mengemukakan terus borang dan dokumen pencalonan kepada Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti Negeri Terengganu pada atau sebelum 28 April 2011 dan satu salinan kepada Sektor Pengurusan Sekolah (u.p: Unit Sekolah Menengah / Unit Sekolah Rendah). Jika ada masalah sila berhubung dengan pegawai meja berikut:
Sekolah Menengah : En. Samsudin bin Ismail (Penolong Pengarah Projek Khas /SBP/Kluster ) Pejabat: 096213032 .HP : 0129893244
Sekolah Rendah : En. Mat Lazim @ Mahasan Noor (Penyelia Kanan Projek Khas/Asli/Kluster) Pejabat: 096213109. HP : 0199505195

 SEKOLAH RENDAH
  1. SK Kampung Raja,Besut
  2. SK Tok Dor,Besut
  3. SK Kuala Kubang,Besut
  4. SK Tengku Mahmud 2,Besut
  5. SK Paka 11,Dungun
  6. SK Rantau Petronas,Kemaman
  7. SK Beladau Kolam,Kuala Terengganu
  8. SK Teluk Menara,Kuala Terengganu
  9. SK Maktab Perguruan Kuala Terengganu
  10. SK Sultan Sulaiman 2,Kuala Terengganu
  11. SK Tengku Bariah,Kuala Terengganu
  12. SK Kuala Berang,Hulu Terengganu
  13. SK Pauh,Hulu Terengganu
  14. SK Dusun,Hulu Terengganu
  15. SK Langgar,Hulu Terengganu
  16. SK Binjai Kertas,Hulu Terengganu
  17. SK Seri Berang,Hulu Terengganu
  18. SK Tok Randok,Hulu Terengganu
  19. SMK Chalok Model Khas
  20. SK Kampung Fikri,Sungai Tong
  21. SK Mangkok
SEKOLAH MENENGAH
  1. SM Sains Dungun,Dungun
  2. SMK Chukai,Kemaman
  3. SMK Rantau Petronas,Kemaman
  4. SMK Mak Lagam,Kemamn
  5. SM Sains Kuala Terengganu
  6. SMK Lembah Bidong,Setiu
  7. SMA (ATAS) Zainal Abidin
  8. Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu
  9. Kolej Islam Sains Terengganu
  10. SMKA Nurul Ittifaq,Besut
  11. SMKA Wataniah,Besut
  12. SMKA Kuala Abang,Dungun
  13. SMKA Tok Jiring,Kuala Terengganu
  14. SBPI Batu Rakit
Maklumat persediaan pemantauan Jemaah Nazir Dan Jaminan Kualiti  sila klik di sini 

Satu Mesyuarat Dan Semakan Borang Pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5,2011
Tarikh  : 02 Mei 2011
Masa  : 9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat : Rumah Tamu JPN Terengganu

Semua Guru Besar dan Pengetua sekolah spt di atas dikehendaki hadir membawa salinan borang permohonan dan profil sekolah seperti yang dihantar kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.


      Tahniah ! SK Tengku Mahmud ,Besut mendapat Anugerah Sekolah Kluster Fasa 4