Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! 
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Salam Puisi daripada Ketua Sektor Pengurusan Sekolah


Sajak : AKSARA MERDEKA

Setelah sekian lama kita menyusun dan mewarnakan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bersejarah ini
yang kenal huruf tetapi terlupa maknanya
yang kenal angka tetapi terlupa nilainya
yang kenal bunyi tetapi terlupa nadanya
yang kenal rentak tetapi terlupa geraknya
yang kenal lagu tetapi terlupa iramanya
yang kenal akhir tetapi terlupa awalnya.

Setelah sekian lama kita membaca dan menghafal
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah tercinta ini
yang cerah mata tetapi gelap hati
yang cerdik minda tetapi dungu peribadi
yang cantik bahasa tetapi buruk sikap
yang lembut budi tetapi keras lagak
yang merdu suara tetapi sumbang bicara.

Setelah sekian lama kita mencatat dan merakam
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah pusaka ini
yang impikan kemajuan tetapi menolak teknologi
yang impikan kemakmuran tetapi membelakangkan ekonomi
yang impikan kesejahteraan tetapi mencetuskan pergolakan
yang impikan kegemilangan tetapi meremehkan wawasan.

Setelah sekian lama kita menganalisis dan mentafsir
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang terlepas kaki tetapi terikat tangan
yang terlepas mata tetapi terikat jiwa
yang terlepas fakir tetapi terikat cita-cita.

Setelah sekian lama kita menjulang dan memarbatkan
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah bertuah ini
yang kasihkan bangsa tetapi bencikan pemimpin
yang cintakan agama tetapi menyelewengkan fatwa.
Setelah sekian lama menghargai dan menghormati
aksara merdeka,kenapa masih ada lagi
warga tanah berdaulat ini
yang menanam bunga tetapi menabur duri.

Karya: Wadi Leta S.A

Friday, August 27, 2010

Salam Kemerdekaan dan Ertinya Kemerdekaan


ERTI KEMERDEKAAN
Hamba Allah
Erti sebenar kemerdekaan bagi  hamba Allah ialah sentiasa hidup dengan fitrahnya yakni  mencari yang diredai dan menjauhi apa yang dimurkaiNya.Mengerja apa yang disuruh dan menjauhi apa yang dilarangNya dengan penuh keikhlasan bukannya menjadi hamba kepada makluk lain dan hawanafsunya.
Rakyat
Erti kemerdekaan bagi rakyat sebuah negara ialah sentiasa peka terhadap ancaman yang boleh mengganggu gugat keharmonian,kesejahteraan ,keselamatan dan sentiasa setia mempertahankan kedaulatan agama,bangsa dan negara.Selain itu berupaya menjaga diri dari terpengaruh dengan hasutan dan tohmahan  yang boleh menggugat kestabilan negara.Dia ada maruah dan harga diri walau diuji dan teruji.
Kakitangan Awam/Pekerja
Erti kemerdekaan bagi kakitangan awam/pekerja ialah sentiasa berusaha gigih dan ikhlas meningkatkan produktiviti bagi memajukan negara.Menghayati nilai integriti dan menjauhi rasuah,pecah amanah  dan perkara yang melanggar nilai dan peraturan-peraturan sebagai kakitangan awam/pekerja. Peka dengan perubahan.Sentiasa bersedia mempertingkatkan kemahiran dan kebolehan Dia adalah penentu kejayaan segala dasar pemerintah.
Ulamak
Erti kemerdekaan bagi ulamak ialah sentiasa melaksanakan amanah amal makruf nahi mungkar dalam masyarakat.Berpegang teguh kepada ajaran agama bukan berfatwa mengikut hawa nafsu,penuh kekeliruan dan memacahbelahkan masyarakat akibat kekeliruan.Sentiasa berkata benar walaupun pahit.Menjadi lampu menyuluh jalan kebenaran. Menjadi payung menahan hujan tohmahan dan kesesatan.
Pemimpin politik
Erti kemerdekaan bagi pemimpin / ahli politik ialah berbakti serta berkhidmat penuh amanah dan tanggungjawab kepada masyarakat,agama dan negara,  bukannya mengumpul kekayaan untuk diri dan keluarga.Bukannya menggunakan kuasa,ketokohan dan statusnya mengeliru dan menipu rakyat.Bukan menjadikan diri alat kepada musuh bangsa,agama dan negara.Dianya adalah pemimpin untuk dirujuk bagi menyelesai masalah rakyat bukannya pemimpin siaran yang hanya pandai bercakap tapi tidak melaksanakan amanah atau pemimpin yang membawa kesialan kepada bangsanya,negaranya dan agamanya kerana tidak amanah serta khianatnya.
MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA !

Renungan Jumaat - LAILATUL QADAR: Malam Lebih Baik Dari 1,000 Bulan!

Allah Ta ‘ala berfirman:

إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿١﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿٢﴾ لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣﴾ تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِم مِّن كُلِّ أَمْرٍ ﴿٤﴾ سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ ﴿٥﴾
Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) saat Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (QS. Al-Qadr: 1-5)


Allah SWT memberitahukan bahwa Dia menurunkan Al-Qur’an pada malam Lailatul Qadar, yaitu malam yang penuh keberkahan. Allah Ta’ala berfirman: “Sesungguhnya Kami menurunkannya (Al-Qur’an) pada suatu malam yang diberkahi.” (QS. Ad-Dukhaan: 3). Dan malam itu berada di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah Ta ‘ala: “Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an.” (QS. Al-Baqarah: 185).





Wednesday, August 25, 2010

Duit raya RM500 untuk petugas awam dan pesara - PM

KUALA LUMPUR 25 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata dalam satu kenyataan hari ini mengumumkan lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500.

Bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan dan akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Najib berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, pula berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri bulan depan.

Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi Bernama, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini

Taklimat Penempatan & Orientasi KPLI J-QAF ,penempatan 16 Ogos 2010

Bermula 22 Ogos hingga hari ini 25 Ogos 2010,JPN Terengganu melalui pegawai Unit Penyeliaan Sekolah Rendah dan Sektor Pendidikan Islam telah selesai mengadakan taklimat ke seluruh negeri.En.Jelani bin Sulong selaku Ketua Unit Rendah telah mengetuai taklimat berkenaan di mana  ianya selaras dengan arahan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 7/2010 di mana bidang kuasa pengurusan dan penempatan guru sekolah rendah(tidak termasuk sekolah pendidikan khas) diletakkan di bawah Sektor Pengurusan Sekolah.

Dalam taklimatnya beliau menyeru semua guru J-QAF yang ditempatkan pada 16 Ogos 2010 perlu bersyukur kerana mereka bukan sahaja ditawarkan penempatan secara tetap dengan gred DG41 terus tidak sebagai GST gred DC41 seperti sebelum ini. Implikasi dari surat tawaran dan penempatan itu para guru J-QAF menikmati segala kemudahan sebagai penjawat awam dan hak-hak sepatutnya. Inilah perubahan yang dilaksanakan pihak kerajaan supaya kakitangan yang dilantik boleh terus menikmati hak dan keistimewaan sebagai pegawai awam.

Selain dari itu, Ustaz Wan Mohd Fauzi Wan Mahmood,Penolong Pengarah J-QAF mengingatkan para guru J-QAF sentiasa bersyukur berpanjangan justru kerana mereka ditempatkan balik ke sekolah asal,dekat dengan kampung halaman selain mengingatkan akan besarnya harapan kerajaan menwujudkan program J-QAF dengan matlamat untuk membolehkan murid menguasai quran,Bahasa Arab,jawi dan asas fardu ain.Kesungguhan itu diterjemah ke dalam program J-QAF yang diturun serentak dengan perjawatan guru tidak seperti program lain hanya menggunakan perjawatan guru sedia ada seperti PPSMI dan lain-lain.

Guru-guru J-QAF tidak boleh ditukarkan sehingga mencapai 36 bulan selepas ditempatkan kerana termaktub dalam Perjanjian LPBS-J-QAF. Oleh yang demikian,dengan 'lesen' rasmi sebagai pegawai awam yang diberikan guru-guru J-QAF khususnya di Terengganu dapat membuktikan amanah yang diberi dilaksanakan sebaik mungkin kerana pada tahun 2004 ,J-QAF rintis telah dilancarkan oleh YB Dato' Seri Hishamuddin Tun Husain selaku Menteri Pelajaran waktu itu di SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu. Sewajar dan sepatutnyalah Terengganu terserlah sebagai negeri Anjung Ilmu.

Monday, August 23, 2010

Prasekolah kerajaan perlu nilai tambah

Oleh AZMY MOHAMED
pendidikan@utusan.com.my

PENDIDIKAN prasekolah sangat penting kepada perkembangan dan kemajuan akademik anak-anak kita. Ia menjadi sebuah institusi untuk menyiapkan kanak-kanak berusia lima dan enam tahun dengan kemahiran asas menulis, membaca serta mengira.

Di negara kita, terdapat dua jenis pendidikan prasekolah. Satu dikendalikan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (KEMAS), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Manakala yang satu lagi diusahakan oleh pihak swasta sama ada secara persendirian atau melalui sistem francais.

Kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama tetapi berbeza kurikulum. Hal ini menyebabkan standard kualiti muridnya juga tidak selaras. Murid prasekolah kerajaan begini, murid prasekolah swasta begitu.

Melalui program transformasi kerajaan, pendidikan prasekolah kini dijadikan sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan yang diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran.

Semua prasekolah - kerajaan dan swasta - diwajibkan menggunakan kurikulum yang sama iaitu Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Tenaga pengajar dan pembantunya juga perlu mengikuti latihan yang disediakan oleh KPM. Mereka juga perlu mempunyai ijazah. Guru yang belum memenuhi syarat itu perlu menyambung pelajaran.

Penyeragaman ini menjadikan padang permainan kembali sama rata antara prasekolah kerajaan dan swasta. Isu kualiti siapa lebih baik sepatutnya tidak timbul.

Bagaimanapun, pengusaha prasekolah swasta pasti akan menawarkan pelbagai inovasi sebagai daya tarikan untuk mencari seramai mungkin pelajar di tadika masing-masing. Maklum saja kelangsungan perniagaan mereka bergantung kepada bilangan murid yang ada. Semakin ramai murid semakin banyak untung.

Usahawan prasekolah swasta akan membawa masuk pelbagai methodologi dan pedagogi pendidikan Barat atau dari negara maju lain sebagai nilai tambah kepada kurikulum standard yang sedia ada. Selain sebagai 'modal' menarik pelanggan, ia juga satu justifikasi untuk mengenakan yuran yang tinggi.

Segalanya demi memastikan prasekolah mereka melahirkan kanak-kanak yang lebih cerdas dan menguasai kepintaran pelbagai. Ia juga untuk menjadikan prasekolah mereka menjadi pilihan utama ibu bapa.

Dalam hal ini, prasekolah kerajaan juga perlu mengambil pendekatan yang serupa tetapi menggunakan bahan bantu mengajar yang diterbitkan oleh syarikat tempatan. Kelebihannya, bahan tersebut menepati aspirasi negara dan sesuai dengan nilai-nilai murni masyarakat negara kita.

Paling utama, prasekolah kerajaan yang diberi nilai tambah ini akan dapat mengecilkan jurang antara murid di desa atau kawasan pedalaman dengan murid di bandar.

Tambahan pula, prasekolah kerajaan merupakan satu-satunya pilihan pendidikan prasekolah yang ada di kawasan kampung dan pedalaman.

Adalah menjadi tanggungjawab pengendali prasekolah kerajaan ini untuk melengkapi murid-muridnya dengan kecerdasan dan kemahiran tambahan melalui alat bantu mengajar yang sesuai serta berkualiti.

Sekiranya bajet mengizinkan, proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga boleh dilaksanakan. Namun, ia bukan sekadar projek membekal perkakasan dan perisian.

Selain itu, guru dan pembantunya juga perlu diberi latihan secara berkala untuk dilengkapi dengan teknik atau kaedah P&P terkini di samping menambah pengetahuan baru.

Melalui pendekatan ini, prasekolah kerajaan akan dilihat dinamik dan tidak boleh diperlekehkan. Malah tidak mustahil ia akan kembali menjadi pilihan utama ibu bapa kerana yurannya rendah dan kualiti pendidikannya setanding dengan prasekolah swasta.

Friday, August 20, 2010

Renungan Jumaat - Yang Membatalkan,makruh dan yang diizinkan berbuka di bulan puasa

 Perkara yang membatalkan puasa:
1.       Memasukkan sesuatu ke dalam rongga (mulut,dubur/qubul)
2.       Muntah dengan sengaja
3.       Keluar mani dengan sengaja
4.       Bersetubuh dengan sengaja
5.       Berbuka sebelum sampai waktu
6.       Murtad
7.       Datang haid atau nifas
8.       Bersalin
Makruh semasa berpuasa
1.       Bersugi/memberus gigi selepas gelincir matahari
2.       Mencium, berpeluk/berdakapan secara berlebihan dengan isteri
3.       Mencium bau-bauan samaada yang wangi atau busuk
4.       Merasa makanan
5.       Mengeluarkan darah seperti berbekam
6.       Berlebihan berkumur-kumur
Orang yang diizinkan berbuka atau tidak berpuasa:
1.       Orang yang sakit
2.       Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km
3.       Orang tua yang sudah lemah
4.       Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak

Thursday, August 19, 2010

Taklimat Penempatan & Orientasi KPLI J-QAF ,penempatan 16 Ogos 2010




TARIKH

MASA

PPD

TEMPAT TAKLIMAT
JUMLAH PESERTA
22 Ogos 2010
10.00 pagi
KEMAMAN
Bilik Mesyuarat PPD Kemaman
24
2.30 petang
DUNGUN
Bilik Mesyuarat PPD Dungun
29

23 Ogos 2010
9.00 pagi
HULU TERENGGANU
PKG Kuala Berang    
20
2.30 petang
MARANG
Bilik Mesyuarat PPD Marang
10
24 Ogos 2010
9.30 pagi
BESUT
Bilik Mesyuarat PPD Besut
16
2.30 petang
SETIU
Bilik Mesyuarat Redang,PPD Setiu
19
25 Ogos 2010
9.00 pagi
KUALA TERENGGANU
Bilik Mesyuarat SK Sultan Sulaiman 1
54

Semua guru J-Qaf yang ditempatkan pada 16 Ogos 2010 diWAJIBkan hadir

Monday, August 16, 2010

Pertandingan Melukis The Southeast Asian Ministers of Education Organization Secretariat (SEAMEO) Tahun 2010


Terbuka kepada pelajar sekolah berumur antara 9-15 tahun. Tarikh tutup 30 September 2010. Keterangan dan borang penyertaan klik 

PERMOHONAN PENGISIAN PPLD GRED DGA32(KUP) TIME BASE KE JAWATAN HAKIKI GRED DGA32 TAHUN 2011

Semua Guru Penolong/Pegawai Perkhidmatan Lepasan Diploma (PPLD) Gred DGA32 (KUP) Time Based yang bertugas di negeri Terengganu dipelawa memohon ke Jawatan Hakiki gred DGA32 (GPK dan setara dengannya) untuk pengisian tahun 2011.  Pemohon yang memenuhi kriteria berikut sahaja akan dipertimbangkan :-

            3.1       Berminat untuk bertugas sebagai Guru Penolong Kanan/Pengelola;
            3.2       Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan Laporan
                        Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) tiga (3) tahun terakhir bagi tahun 2007,
                        2008 dan 2009;
3.3       Mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan dan Pentadbiran sama ada sebagai Guru Penolong Kanan Lantikan sekolah /Guru Data/Guru Disiplin/Guru Kanan Mata Pelajaran/Guru Penyelaras
            Bestari/Guru Media/Guru Kelas/Penyelaras Peperiksaan;
3.4       Bebas dari tindakan Tatatertib;
3.5       Telah mengistiharkan harta;
3.6       Bersedia untuk ditukarkan;
            3.7       Diperaku oleh Ketua Jabatan.
 Keterangan lanjut dan borang permohonan klik di sini

Penempatan Guru J-Qaf 16 Ogos 2010

Seramai 173 orang guru J-Qaf yang telah tamat latihan LPBS-J-Qaf menerima surat penempatan pada pagi ini setelah menanti hampir dua bulan ke sekolah asal sewaktu latihan LPBS.

YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam,Ketua Sektor,Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dalam ucaputamanya kepada guru-guru terbabit di Bilik Mesyuarat Alamanda mengingatkan mereka tentang asal kemenjadian diri,amanah yang ditetapkan Allah serta visi dan misi kehidupan. Beliau menegaskan bahawa setiap insan akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang dikerjakan dan diberi ganjaran setimpal.

Ketua Sektor Pengurusan Sekolah juga mengingatkan guru-guru J-Qaf agar mematuhi peraturan yang sedia ada. Misalnya mengikut Perjanjian mereka tidak boleh memohon bertukar selepas ditempatkan sehingga 36 bulan berada di sekolah berkenaan.Beliau memberi amaran keras jika terdapat penderaan fizikal kepada murid-murid akibat kegagalan mengawal emosi maka jabatan akan mengambil tindakan.Beliau juga mengajak para guru menjadi pendidik bukannya sekadar guru kerana guru hanya mendidik. Beliau menerangkan bahawa "dalam jiwa pendidikan ada guru tapi dalam jiwa guru belum tentu ada pendidikan". Justru kerana pendidik mendidik nilai,mengajar adab,tingkah laku dan sahsiah pelajar.

Selain daripada itu para guru mesti memberi tumpuan kepada pengajaran-pembelajaran dalam kelas kerana di situlah guru dapat membuktikan kehebatan dalam "Memperkasakan diri menjadi seorang pendidik yang hebat dan terbilang".

Penyerahan surat penempatan itu juga turut dihadir oleh Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Pegawai Meja J-Qaf dan pegawai-pegawai daripada Unit Rendah.Selepas menerima surat penempatan guru-guru berkenaan diarah melapor diri segera ke sekolah masing-masing.

PENGESAHAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011


Ruj. Kami         : P.T. 04054-02/(05)
Tarikh               : 27 Julai 2010
Semua Guru Besar,
Sekolah Rendah Negeri Terengganu.
Tuan,
PENGESAHAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH
BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2011
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran telah menetapkan untuk melaksanakan Pendidikan Wajib Sekolah Rendah mulai 1 Januari 2003. Sehubungan itu tuan adalah dipohon untuk melaksanakan mengikut prosedur yang telah ditetapkan seperti berikut :-
2.1         Kanak-kanak yang lahir 2.1.2004 hingga 1.1.2005 yang telah membuat        
      permohonan penempatan untuk tahun persekolahan 2011.
2.2        Semua urusan permohonan pengesahan penempatan hendaklah dilaksanakan di peringkat sekolah mulai pada 1 hingga 30 Ogos 2010.
3.         Dokumen yang perlu dibawa oleh ibu bapa/ penjaga ketika membuat pengesahan penempatan adalah seperti berikut :-
            3.1        Sijil lahir kanak-kanak berkenaan
                        (Salinan asal dan salinan fotostat)
            3.2        Borang / Surat bukti pendaftaran sekolah yang berkenaan             
4.        Sila semak sijil lahir kanak-kanak berkenaan untuk memastikan kanak-kanak tersebut adalah Warganegara Malaysia.
5.        Borang RPPM 1 – Borang Rumusan Pengesahan Penempatan Murid Ke Tahun 1
(diisi oleh pihak sekolah untuk simpanan).

Maklumat lanjut... klik 
dan borang rumusan

Sunday, August 15, 2010

Pengisian GPK DGA32 Hakiki daripada Guru Penolong DGA32(KUP) Time Base

Selaras dengan ketetapan BPSM,KPM menetapkan 80% pengisian kekosongan jawatan DGA32 daripada Guru Penolong (PPPLD) gred DGA32(KUP) Time Base,maka JPN Terengganu telah melaksanakan siri pertama pengisian GPK bagi tahun 2010 kepada Guru Penolong gred DGA32(KUP) Time Base.Seramai 11 orang Guru Penolong gred DGA32(KUP) Time Base telah ditawarkan GPK berdasarkan kekosongan yang ada di seluruh negeri. Daripada jumlah tersebut hanya seorang menolak.

Mereka yang ditawarkan hari ini adalah sebahagian calon yang mendapat kedudukan yang agak baik dari segi prestasi,pengalaman dan temuduga yang diadakan.Manakala calon-calon lain akan ditawarkan berdasarkan kekosongan yang ada peringkat demi peringkat sehingga 31 Disember 2010.

Melalui beberapa pendekatan strategik,jabatan tidak ada masalah mengisi calon GPK yang berkualiti dan berkesanggupan hingga akhir tahun. KPI kita di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah untuk memastikan perjawatan guru besar dan GPK diisi penuh sepanjang tahun agar pengurusan sekolah berjalan lancar dan fokus melonjakkan prestasi pendidikan Terengganu tidak terencat.

Penempatan KPLI dan Pelbagai Insitusi pada 16 Ogos 2010

Pagi tadi telah diadakan taklimat penempatan kepada 7 orang guru yang ditempatkan masuk ke Terengganu daripada lebihkurang 2,470 orang yang ditempatkan ke seluruh negara mulai 16 Ogos 2010.

En. Jelani Sulong,Ketua Unit,Penyeliaan Sekolah Rendah yang mewakili Ketua Sektor,Pengurusan Sekolah mengingatkan guru-guru baru agar sentiasa bersyukur dan merasa bertuah kerana dapat ditempatkan di negeri kelahiran asal mereka kecuali seorang dari Pulau Pinang. Beliau memaklumkan bahawa tiada sekolah di negeri Terengganu yang tidak sesuai untuk guru. Semuanya sekolah adalah sesuai,boleh dihubungi dengan kenderaan,mempunyai bekalan air dan elektrik duapuluh empat jam.

Turut hadir taklimat berkenaan ialah Pegawai-pegawai dari Unit Sekolah Rendah dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD seluruh negeri. Selepas taklimat para guru baru ditemukan dengan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah di PPD seluruh negeri bagi membantu mereka mengenalpasti sekolah dan juga tempat tinggal yang diperlukan.

Ketua Unit,Penyeliaan Sekolah Rendah telah menyampaikan surat penempatan kepada semua guru baru.Dan kita amat berharap guru baru dengan bimbangan Pengurusan Sekolah dan bantuan kerjasama guru-guru senior mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik bagi melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu.

Friday, August 13, 2010

Renungan Jumaat - Kewajipan Berpuasa dan Hikmahnya

(Puasa yang diwajibkan itu ialah) beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia berpuasa sebanyak (hari yang dibuka) itu pada hari-hari yang lain; dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih dari yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu (daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui.
Surah Al-Baqarah ; Ayat 184


Hikmah ke atas kewajipan berpuasa:

1. Sebagai tanda ketakwaan hamba terhadap  khaliknya. Maksud Firman Allah ;
““Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa ,” (QS.al-Baqarah: 183).

2. Puasa sebagai penawar penyakit jasmani dan rohani ;
 Dalam sebuah hadis sahih Rassullah bersabda yang mafhumnya ,

““Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian telah mampu untuk menikah, hendaklah ia menikah. Sebab nikah dapat mengendalikan pandangan mata dan dapat menjaga kesucian farji. Orang yang tidak mampu, hendaknya ia berpuasa, sebab puasa baginya menjadi penawar.”

3. Puasa mempersempit aliran makanan dan darah yang  merupakan aliran setan, sehingga dengan demikian bisikannya menjadi sedikit.

4. Puasa melemahkan syahwat, hasrat jahat dan keinginan maksiat sehingga roh menjadi tak ternoda.

5. Puasa mengingatkan orang yang berpuasa bahwa di antara saudara-saudaranya yang berpuasa ada yang kelaparan, yang membutuhkan, yang fakir, yang miskin. Sehingga ia berkenan mengasihi, menyayangi, dan menolong mereka. 

6. Puasa adalah media pendidikan jiwa, penyucian hati, pengendalian pandangan, dan menjaga anggota tubuh dari dosa.

7. Puasa adalah rahasia antara hamba dengan Tuhannya. Dalam sebuah hadits Qudsi shahih dijelaskan bahwa Allah subhanahu wa ta’ala berfirman:

““Setiap amal putera Adam untuk dirinya, kecuali puasa, ia adalah untukku dan Aku sendiri yang akan membalasnya .”

Sebab tak ada yang mengetahui puasa seseorang kecuali Allah subhanahu wa ta’ala, berbeda dengan shalat, dan haji.

8. Para salaf, berdasarkan riwayat yang shahih, duduk di masjid dengan al-Qur’an, mereka membaca dan menangis, menjaga lidah dan mata dari hal-hal haram.

9. Puasa  adalah alat pemersatu kaum Muslimin, mereka berpuasa pada waktu yang bersamaan dan buka pada saat yang sama pula, merasakan lapar bersama, makan bersama, dengan rukun dan penuh persaudaraan, dengan cinta dan kesetiakawanan.

10. Puasa  adalah penghapus kesalahan dan penyirna kejahatan. Dalam sebuah hadits shahih Rasulullah bersabda:

“Dari satu Jum’at ke jum’at, dari satu Umroh ke umroh yang lain, dari satu Ramadhan ke ramadhan yang lain adalah kafarat (penghapusan dosa-dosa) selama bukan termasuk dosa besar.”

11. Puasa sungguh sehat untuk tubuh, sebab ia mengosongkan perut dan semua materi yang destruktif, mengistirahatkan pencernaan, membersihkan darah, menormalkan kerja hati, roh menjadi cerah, jiwa menjadi bersih, dan akhlak menjadi terbina karenanya.

12. Bila seseorang berpuasa, maka dirinya terasa kerdil di hadapan Allah, hatinya mudah trenyuh, rasa rakusnya menipis, syahwatnya sirna, sehingga dengan demikian doanya dikabulkan karena dekatannya dengan Allah subhanahu wa ta’ala.

13. Dalam puasa terdapat rahasia agung, yakni ketaatan menyembah Allah subhanahu wa ta’ala, patuh atas segala perintahNya, tunduk kepada syariatNya, meninggalkan hasrat makan, minum dan bersetubuh untuk mencari keridhaan-Nya.

14. Puasa merupakan kemenangan seorang Muslim mengalahkan hawa nafsunya, kemenangan seorang Muslim atas dirinya, ia setengah dari sabar. Maka orang yang tidak berpuasa tanpa uzur ia tidak akan pernah mampu mengendalikan dirinya, dan tak akan dapat mengalahkan hawa nafsunya.

15. Puasa adalah eksperimen luar biasa bagi jiwa agar ia berada pada kondisi siap sedia 100% untuk menanggung beban dan menghadapi persoalan, siap menunaikan pekerjaan-pekerjaan penting dan agung seperti jihad fi sabilillah, menginfakkan harta benda di jalan Allah dan berkorban.

Thursday, August 12, 2010

Penempatan GPK baru bagi mengisi kekosongan pada 16 Ogos 2010

Sesi temuduga calon-calon Guru Penolong Kanan bagi mengisi kekosongan GPK umum ,GPK SJKC dan GPK Pendidikan Khas seluruh negeri telah selesai.Sesuai dengan arahan terbaru KPM untuk mengisi kekosongan Gred Jawatan DGA32 (GPK atau Pengelola) 80% dari guru-guru DGA32(KUP) Time Base maka calon yang telah ditemuduga lebih dari mencukupi untuk pengisian sehingga 31 Disember 2010 sekiranya mereka menerima tawaran yang diberikan.

16 Ogos 2010 nanti adalah tawaran pertama kepada guru-guru DGA32(KUP) Time Base ke gred DGA32 hakiki sebagai Guru Penolong Kanan untuk tahun ini. Pemilihan mereka ini berdasarkan ranking markah keseluruhan,kekosongan jawatan yang ada dan kesesuaian jawatan dengan calon dan lain-lain kreteria yang difikir sesuai oleh panel.Walaupun kita tidak mengharap seratus peratus perfect tetapi kita amat mengharapkan calon-calon yang telah dipilih mampu membuktikan keupayaan dan reputasi sebagai sebahagian pengurusan sekolah yang berkesan Manakala calon-calon lain yang berkelayakan akan ditawarkan  kemudiaan secara berperingkat berasaskan kekosongan sehingga berakhir 31 Disember 2010.

Isyaalah pada akhir bulan ini permohonan pengisian jawatan GPK daripada guru-guru DGA32(KUP) Time Base untuk tahun 2011 akan diiklankan. Surat siaran dan tawaran iklan itu akan dihantar ke sekolah dan akan disiarkan melalui blog ini. Kita sangat berharap hanya mereka yang benar-benar bersemangat tinggi dan kuat iltizam sahaja memohon. Kita tidak mahu sebagaimana ada dua tiga kes dalam temuduga yang memberi tahu mereka tidak minat,menyalahkan pengurusan kerana mencalonkan mereka dan pelbagai kerenah yang mencermin ketidakupayaan menjadi pemimpin.

Prestasi yang tinggi tidak cukup untuk melayakkan seseorang menjadi GPK kalau kecerdasan lain rendah dan lemah. Sebab itu prestasi tiga tahun hanya persentage dikira 45% sahaja,Pengalaman dan Sumbangan 35% dan Temuduga 20%.

Apapun tahniah kepada bakal GPK baru tetapi amat berpengalaman luas. Buktikan anda hebat dan berkebolehan memimpin,mengelola dan mengurus organisasi dengan efektif dan berkesan.Selamat bertugas.

Wednesday, August 11, 2010

Waktu Persekolahan Bulan Ramadhan

Berikut ialah surat daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia berhubung dengan perkara di atas yang menera ngkan maksudnya dengan sendiri. Harap maklum.




Monday, August 9, 2010

Temuduga Pengisian GPK dari DGA32 (KUP)Time Base ke DGA32 Hakiki

Pada 8 dan 9 Ogos 2010, Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu sedang melaksanakan proses temuduga kepada guru-guru yang berada pada zon naik pangkat DGA32(KUP) Time Base yang berkelayakan mengisi jawatan GPK gred DGA32. Mereka yang terpilih adalah mereka yang melepasi saringan panel PPD dan JPN yang melebihi 1,000 orang berminat memohon setelah tawaran dibuat oleh Unit Penyeliaan Sekolah Rendah pada akhir Tahun 2009.

Proses temuduga adalah pendekatan terakhir selepas prestasi,penilaian kekanan sebagaimana arahan terbaharu Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).BPSM dalam siaran terbaharu telah menetapkan untuk pengisian GPK pada masa depan kuatonya telah ditetapkan iaitu 80% perlu diisi oleh guru DGA32(KUP) dan 20% lagi diisi oleh guru DGA29.Sesungguhnya pandangan  banyak pihak berhubung peluang guru DGA32(KUP) Time Base untuk mengisi jawatan pentadbiran atau untuk memegang jawatan hakiki telah diberi perhatian oleh pihak KPM.

Proses penghakikian ini meliputi prestasi tiga tahun (45%),penilaian kekanan dan sumbangan (35%) dan temuduga (20%) selain memenuhi syarat-syarat asas seperi lulus istihar harta ,tiada tindakan tatatertib dan sebagainya.Mereka yang sedang ditemuduga sekarang adalah mereka yang telah memenuhi tapisan prestasi dan penilaian kekanan dan sumbangan. Mereka yang berjaya nanti akan mengisi kekosongan GPK dari sekarang hingga 31 Disember 2010 bagi semua daerah seluruh negeri Terengganu.

Bagi pengisian GPK tahun 2011 kuato untuk gred DG32(KU) Time Base yang 80% untuk negeri Terengganu akan diiklankan diblog ini sedikit masa lagi. Semua guru gred DGA32(KUP) Time Base di negeri Terengganu yang berkelayakan boleh memohon melalui borang khas yang akan disedia/disertakan.Bagi kuato DGA29 yang 20% itu ianya akan diuruskan oleh pihak KPM sendiri.

Apa yang penting seperti mana tulisan saya terdahulu jika tidak minat jangan memohon kerana ia menyekat peluang rakan-rakan kita yang berminat.Selain itu tanggungjawab besar untuk kita layak atau tidak menjawat sesuatu jawatan naik pangkat ialah diri kita sendiri. Sejauh mana kita bersedia dengan keperluan (prestasi yang baik,bukti sumbangan dan kehabatan kita,serta penampilan dan ktrampilan semasa ditemuduga) akan menentukan kejayaan kita. Buatlah persediaan diri sekarang.

Friday, August 6, 2010

Renungan Jumaat - Tanda Reaksi Penyakit - Bahagian 11

REAKSI DALAM TUBUH 

KEPALA
    Pada umumnya reaksi terjadi di bagian kepala yang ada hubungannya dengan sistem pengaliran darah, jantung dan urat syaraf pada otak.

    a. Pening/ sakit di bagian depan kepal
        Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat beban
         mental dan  terlalu banyak pikiran.

    b. Pening / sakit di bagian belakang kepala 
        1. Bagian atas
             menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.  
        2. Bagian bawah
            menunjukkan tekanan darah tinggi atau tekanan darah rendah.

    c. Sakit kepala dan rasa angin keluar dari telinga 
        Menandakan penyakit migraine

    d. Bisul terdapat di kepala
        Tanda kurang darah atau aliran darah tidak lancar. 

    MULUT/TENGGOROKAN 

    a. Mual / muntah
        Sakit karena terlalu letih atau lelah, pembuangan zat-zat beracun dari bagian perut.

    b. Muntah darah 
       
        1. Darah hitam
            Pembuangan tisu yang sudah rusak di bagian perut : misalnya penyakit radang usus,
            kena racun ramuan   yang berbahaya.  

        2  Darah merah
            Pembuangan tisu yang sudah rusak di bagian tenggorokan dan paru-paru :
            misalnya penyakit batuk kering. 

    c.  Lidah terasa tegang dan pendek
         Tanda sakit jantung

    d. Keluar air liur yang pekat
        Proses pembuangan racun dari tenggorokan akibat infeksi atau kanser

    KENCING 

    a. Sering kencing
        Menunjukkan ginjal mengandung kotoran yang berlebihan

    b. Air kencing berkapur 
        Menunjukkan penyakit batu ginjal

    c. Air kencing berminyak 
        Menunjukkan ginjal mengandung kotoran berlemak

    d. Air kencing pekat berwarna coklat
        Menandakan proses pembuangan racun sedang terjadi

    e. Air kencing berdarah 
        Penyakit batu ginjal, ginjal terluka 

    BUANG AIR BESAR 

    a. Mencret / sering buang air besar 
        Membersihkan kotoran / keracunan dari usus besar. Mencret dengan
        tiba-tiba sehabis makan Ganoderma   menandakan penyakit benjolan di bagian usus besar

    b. Sembelit 
        Membersihkan kotoran / keracunan dari usus kecil

    c. Tinja /kotoran berdarah 
        1. Darah merah
            Masalah penyakit ambeien atau benjolan di bagian usus  

        2. Darah hitam
            Masalah penyakit usus

    d. Tinja berwarna hitam 
         Menunjukkan proses pembuangan racun di bagian usus sedang berjalan
      
    REAKSI TUBUH 

    a. Badan terasa sakit 
        Secara umum, segala rasa sakit badan adalah karena saluran darah dan
        saluran pembuluh darah tersumbat. 

        1. Sakit menusuk-nusuk / nyeri-nyeri
            Proses penyeimbangan urat syaraf  

        2. Sakit pegal linu
            Menandakan luka di bagain dalam badan  

        3. Mudah kaget / terkejut
            Proses menyeimbangkan urat syaraf yang berkaitan dengan tubuh  
       
        4. Sakit tegang atau kram
            Proses melancarkan aliran darah.

    b. Tubuh terasa berat / malas / letih
        Tubuh mengandung zat asam yang berlebiha. Proses penyeimbangan sedang berlaku
        dan tubuh  memerlukan istirahat.

    c. Tubuh terasa panas 
        Tubuh mengandung asam yang berlebihan. Ini pertanda tubuh memerlukan lebih banyak
        air untuk  menjalankan proses pembuangan racun.

    d. Tubuh terasa ringan
        Menandakan tubuh segar dan proses awet muda sedang berjalan. 

    REAKSI EMOSI 

    Rasa takut mendadak 
        Lemah Ginjal danTenaga batin lemah

    b. Cepat naik darah / marah
        Fungsi hati lemah dan Tekanan darah tinggi

    c. Rasa bimbang dan takut
        Lemah sistem paru-paru

    d. Mendadak senang /gembira tanpa sebab. 
        Lemah sistem jantung,masalah pengaliran darah dan lemah sistem urat syaraf otak

    e. Suka berpikir dan berkhayal 
        Lemah sistem pencernaan