Saturday, July 31, 2010

Lengkapkan ilmu sebelum masuk IPT

KUALA TERENGGANU 30 Julai - Golongan pelajar terutama yang bakal memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan selain mahir berucap di depan khalayak untuk menjadi pemimpin hebat.

Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Razali Daud berkata, adalah tidak memadai jika para pelajar hanya mahir mengurus dan bijak dalam pengucapan awam sedangkan mereka ketandusan ilmu.

"Hanya mereka yang berilmu dan berkemahiran dalam pengucapan awam sahaja yang mampu menjadi seorang pemimpin hebat dan disegani.

"Kalau ada yang pandai berucap tetapi isinya kosong atau tiada ilmu pengetahuan untuk memenuhi keperluan semasa, mereka tak layak jadi pemimpin yang cemerlang," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap menyempurnakan majlis penutup Bengkel Kepimpinan Pelajar Pra-Universiti 2010 Parlimen Kuala Terengganu di Akademi Kepimpinan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Batu Rakit di sini semalam.

Turut hadir, Setiausaha Agung Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) merangkap Pengarah Akademi Kepimpinan GPMS, Syed Anuar Syed Mohamad.
Sumber : Utusan Online

Friday, July 30, 2010

Renungan Jumaat - Tanda Reaksi Penyakit - Bahagian 1

BAHAGIAN LUAR

MUKA

a. Mata

Reaksi pada mata menunjukkan kondisi hati (liver)

1. Mata menjadi merah
Merah sebelah atau kedua-duanya. Hati mengandung racun yang tinggi. Mata menjadi merah adalah suatu tanda bahwa tubuh kita sedang dalam proses pengeluaran racun.

2. Mata menjadi kelabu
Sering terjadi pada waktu pagi hari menandakan proses penyeimbangan hati sedang berjalan.

3. Keluar kotoran dari mata
Fungsi hati lemah, pengeluaran racun sedang dilakukan. Ini juga menunjukkan tubuh mengandung zat asam yang berlebihan.

4. Keluar air mata
Gangguan perasaan berkaitan dengan hati, terutama perasaan marah.

5. Mata dan kelopaknya menjadi tegang
Tekanan perasaan karena tidak puas hati dan menanggung beban kerja.

b. Hidung / Tenggorokan

Hidung mempunyai kaitan erat dengan paru-paru dan tenggorokan

1. Selesma (Pilek)
Proses pengeluaran racun di bagian tenggorokan
Badan mengandung asam berlebihan (biasanya suhu badan menjadi panas)

2. Hidung kurang penciuman
Paru-paru mengandung racun yang berlebihan
Proses penyeimbangan masalah gangguan hidung

3. Hidung bersin
Proses pengeluaran racun di bagian tenggorokan
Proses penyeimbangan masalah gangguan hidung

4. Batuk
Batuk keluar dahak : Proses pengeluaran racun melalu tenggorokan
Batuk tanpa dahak : Paru-paru mengandung racun yang berlebihan, biasanya dahak kental keluar setelah beberapa hari memakan ganoderma
Batuk dan terasa gatal di tenggorokan : Proses pengeluaran racun di bagian tenggorokan dan paru-paru, biasanya terjadi pada orang yang banyak merokok dan menghirup udara yang tercemar polusi.

5. Tenggorokan
Menjadi Kering : proses pembuangan racun sedang terjadi di seluruh tubuh. Ini adalah tanda bahwa tubuh kita memerlukan lebih banyak air untuk membuang racun.

6. Sakit Tenggorokan : seperti di atas, masalah keracunan juga, hanya lebih serius.

c. Bibir

Berkaitan dengan fungsi sistem pencernaan

1. Bibir pucat
Sistem pencernaan lemah
Masuk angin
Kurang darah yang disebabkan oleh sistem pencernaan yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Tidak boleh dirawat semata-mata dengan zat besi. Seharusnya dikuatkan pencernaannya dahulu dengan Ganoderma sebelum makan zat besi.

2. Bibir kering dan pecah
Perut mengandung banyak racun / toxin

d. Mulut dan Lidah

Berkaitan dengan fungsi jantung dan aliran darah.

1. Lidah dan gusi bengkak, sakit
Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti kelebihan lemak, denyut menjadi lemah, saluran koroner tersumbat.

2. Lidah, sel mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulcer)
Menandakan darah mengandung zat asam berlebihan

3. Mulut berbau busuk
Proses keseimbangan fungsi perut berkaitan dengan pembuangan racun.

e. Telinga

Berkaitan dengan ginjal

1. Telinga tersumbat (budek)
Ginjal mengandung racun berlebihan

2. Telinga berdengung
Menyeimbangkan fungsi ginjal yang lemah, biasanya telapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

KULIT

a. Keringat

1. Keringat asin
Badan mengandung zat asam urik berlebihan

2. Keringat berbau
Badan membuang racun melalui keringat

b. Kudis dan bisul
Badan membuang racun-racun yang berlemak yang tak larut dalam air

c. Kulit gatal dan keluar bintik-bintik merah
Proses pembuangan racun-racun melalui kulit akibat terlalu banyak memakan obat dan menggunakan shampoo yang mengandung bahan kimia

d. Kulit luka dan berair
Proses pembuangan racun yang larut dalam air. Oleskan serbuk Ganoderma pada kulit yang terluka

e. Rambut rontok
Menandakan lemah ginjal, sehabis rontok rambut akan tumbuh lagi dengan lebih sehat dan subur

SENDI-SENDI, TANGAN, KAKI

a. Sendi-sendi sakit

1. Rasa panas
Menunjukkan terdapat luka di bagian sendi berhubungan dengan tanda-tanda penyakit asam urat (gout)

2. Tidak terasa panas
Tanda-tanda sakit rematik

3. Sakit di bagian bahu
Menandakan urat darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme badan tidak seimbang, tanda-tanda sakit tua.

b. Kaku tangan
Pengaliran darah di bagian atas badan tidak lancar

c. Kaku pada tangan kiri sampai lengan
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung, jika rasa kaku menjadi sakit di bagian lengan, ini menandakan serangan jantung

d. Kaku pada kaki
Aliran darah di bagian bawah badan tidak lancar

e. Sakit telapak kaki
Menandakan lemah ginjal, selalu disebabkan kurang olah raga dan terlalu banyak duduk.

f. Sakit tumit kaki
Menunjukkan lemah alat kelamin

g. Rasa panas di telapak kaki
Keseimbangan fungsi ginjal terganggu akibat tenaga batin lemah

h. Gatal di celah-celah jari kaki
Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hongkong Foot)

..bersambung ke Bahagian 2 Minggu hadapan.

Wednesday, July 28, 2010

Lawatan Pemantauan KS Sekolah Ke SK Pulau Perhentiaan


Dua puluh tahun dahulu, guru-guru  yang mengajar di SK Pulau Perhentian, Besut, berada dalam situasi serba kepayahan. Maklum sahajalah, perkhidmatan bot dari Kuala Besut cuma dua kali sehari. Itu pun kadang ada, kadang tiada. Tempat tinggal guru-guru di Pulau Perhentian juga serba kekurangan akibat ketiadaan rumah untuk disewa. Kini semua itu dalam lipatan sejarah. Kemudahan bot ke pulau dan kembali ke darat ada sepanjang masa. Tempat tinggal guru-guru sudah selesai dengan siapnya dua blok rumah guru laksana  rumah peranginan. Semua mata pasti terpikat dengan keindahan panorama rumah guru yang menghadap pantai.
Demikian mukadimah perjumpaan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah bersama guru-guru SK Pulau Perhentian. Apa yang perlu ada dalam pemikiran guru-guru di sekolau pulau ini perlu sama dengan pemikiran guru-guru yang mengajar di sekolah-sekolah lain di seluruh negeri Terengganu. Dalam pertemuan yang merupakan sesi penutup Program Pemantauan Sekolah, beliau memberi saranan kepada semua warga guru di SK Pulau Perhentian sama ada kumpulan pengurusan ataupun guru-guru akademik supaya meletakkan kepentingan murid-murid mengatasi kepentingan lain.
Perlu diingat bahawa Pulau Perhentian bukan tempat guru-guru, penolong kanan atau guru besar ‘terbuang’. Andaian begitu perlu dilontar jauh-jauh. Berada  di sekolah ini mesti berasa ‘jatuh hati’ kepada murid-murid di sini. Bukan jatuh hati kepada perkara sampingan yang lain. Seandainya perkara ini belum terjadi, maka semua warga guru di sini perlu membuat perubahan drastik. Perbuatan mengkesampingkan tanggungjawab utama sebagai pendidik pasti mengundang padah menipu diri sendiri. Itu bermakna menghina diri sendiri yang akan mengundang penghinaan oleh orang lain. Satu hal yang amat malang kepada guru itu sendiri seterusnya kepada anak-anak didik di bawahnya.
Cabaran supaya melakukan perubahan minda dan amalan telah diberi kepada Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan dan seterusnya guru-guru akademik. Tempoh masa selama 6 bulan diberikan kepada semua guru penolong kanan supaya bersatu hati dan tanaga menyokong visi guru besar yang berhasrat membuat perubahan di SK Pulau Perhentian ini. 







Dicatat oleh En.Kamal Abullah,PP Guru,Unit Rendah yang bersama rombongan KS Pengurusan Sekolah


Monday, July 26, 2010

Panduan umum untuk pentadbir sekolah

BERIKUT ialah gambaran senarai semak untuk menjadi rujukan kepada pihak sekolah menilai aspek pelaksanaan dan pencapaian sekolah masing-masing.

1.Prestasi pelajar ditanda aras dengan penilaian dan piawaian antarabangsa. Sudahkah sekolah anda mencapai tahap antarabangsa atau masih di takuk lama? Atau anda sebenarnya tidak peduli?

2.Sistem pendidikan negara akan terus menekankan penerapan nilai dan etika yang menjadi asas penting kepada pencapaian Wawasan 2020. Adakah masalah disiplin di sekolah anda menjadi-jadi? Atau 
semakin baik?

3. Dianggarkan 10 peratus guru besar dan pengetua berprestasi rendah akan diberi latihan kemahiran pengurusan sebagai usaha untuk meningkat prestasi mereka. Bagaimana dengan prestasi anda? Anda perlu ke Institut Aminuddin Baki (IAB)?

4. Kaedah penyampaian latihan di IAB akan berubah daripada berasaskan syarahan kepada penekanan terhadap pembelajaran berdasarkan pengalaman. Kursus pendidikan dan pengurusan akan dijalankan di kampus dan secara atas talian menggunakan platform e-learning, serta dilengkapi repositori pengetahuan digital. Adakah anda mengikuti perkembangan baru ini?

5. Setiap tahun, kementerian menerima lebih 175,000 permohonan untuk menyertai profesion keguruan dan 20,000 orang ditempatkan di sekolah. Ramai pemohon tidak mempunyai sikap dan aptitud yang sesuai untuk menjadi guru. Bagaimana dengan prestasi guru lepasan maktab yang ditempatkan di sekolah anda? Adakah beliau perlu latihan susulan?

6. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula, hanya 3 peratus pemohon mempunyai purata gred terkumpul 3.5 dan ke atas daripada 4.0. Ini menunjukkan profesion keguruan bukanlah pilihan calon cemerlang. Apakah anda merasakan layak untuk lepasan guru seperti ini mengajar di sekolah anda?

7. Menarik siswazah cemerlang menyertai profesion keguruan adalah kritikal dan kerajaan akan melancarkan kempen profil tinggi untuk meningkatkan kesedaran tentang keguruan sebagai profesion yang berprestij. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

8. Kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

9. Dalam tempoh rancangan, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan - KPLI akan dilanjutkan daripada satu tahun kepada satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih. Apakah sumbangan anda kepada guru praktikum yang ditempatkan di sekolah anda?

10. Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing. Adakah anda mahu mengambil kesempatan daripada peluang ini dengan memastikan sekolah benar-benar menyumbang kepada program praktikum ini?

11. Pada masa ini, guru pelatih daripada IPG dan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dijamin pelantikan sebagai guru tanpa mengambil kira prestasi mereka. Jaminan pelantikan ini akan dihapuskan dalam tempoh rancangan. Dengan ini, hanya guru pelatih yang memperoleh pencapaian terbaik dan berkelayakan akan ditawarkan jawatan guru. Apakah peranan anda membantu melahirkan guru berkualiti?

12. Pelaksanaan latihan perguruan akan diperluaskan kepada universiti swasta berbanding hanya daripada IPG dan IPTA. Bagaimana anda boleh membantu meningkatkan program keguruan di sekolah anda? Adakah anda bersedia melepaskan guru melanjutkan pelajaran di bawah sistem terbuka ini?

13. Guru berijazah di sekolah menengah daripada 89.4% dalam tahun 2009 kepada 90.0% menjelang tahun 2015. Bagi sekolah rendah pula, kadar ini akan ditingkatkan daripada 28% dalam tahun 2009 kepada 60% menjelang tahun 2015. Bagaimana anda boleh membantu meningkatkan program keguruan di sekolah anda? Adakah anda bersedia melepaskan guru melanjutkan pelajaran di bawah sistem terbuka ini?

14. Melalui inisiatif Tawaran Baru, pergerakan gred yang lebih cepat berasaskan kompetensi dan prestasi akan dilaksanakan. Laluan cepat untuk kenaikan pangkat secara automatik akan diberi kepada semua guru tanpa mengira tempoh perkhidmatan dan keperluan memajukan permohonan. Sistem laluan kerjaya baru dijangka bermula pada tahun 2011 dan dilaksana sepenuhnya menjelang tahun 2015. Apakah sikap anda terhadap prestasi guru anda? Terbuka atau pilih kasih? Atau anda gentar untuk bersikap jujur?

15. Dalam tempoh rancangan, kurikulum baru untuk sekolah rendah dan menengah akan diperkenalkan. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah akan diganti dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah pada 2011 dan ini akan diikuti dengan kurikulum baru untuk sekolah menengah. Kurikulum baru berbentuk modular ini akan memberi peluang kepada setiap pelajar melalui proses pembelajaran mengikut kemampuan sendiri. Adakah anda sudah bersedia menerima kurikulum baru dan mengadakan program perubahan sikap kepada guru anda?

16. Sebagai usaha untuk membentuk pelajar yang seimbang dari segi akademik dan kesukanan, kurikulum baru ini akan menjadikan sukan sebagai satu subjek mata pelajaran bermula tahun 2011. Dasar '1Murid, 1Sukan' mewajibkan setiap pelajar mengikuti sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan. Setiap pelajar dikehendaki mengikuti aktiviti sukan pilihan masing-masing selama 90 minit seminggu bagi sekolah menengah dan 60 minit bagi sekolah rendah. Adakah anda sudah bersedia melaksanakan program yang penting ini?

Sumber : Utusan Malaysia Online

Puisi daripada Ketua Sektor Sekolah

Sunday, July 25, 2010

Perhimpunan Bulanan JPN Terengganu Kali ke 7/2010


Hari ini tiba giliran Sektor ICT dan Sektor Keutuhan dan Kaunseling menjadi tuan rumah bersama menjayakan Program Perhimpunan JPN Terengganu untuk kali yang ke tujuh pada tahun ini. Perhimpunan kali ini bertemakan "Integriti Budaya Kita"
En. Ghani Awang,Ketua Sektor Keutuhan dan Kaunseling dalam ucapan aluan perlunya setiap warga JPNT mengamalkan integriti (jujur,ikhlas,melakukan yang sepatutnya) dalam budaya dan kehidupan kita. Bagi memastikan ianya berlaku antara lain beliau menyarankan agar elakkan diri dari beban keberhutangan yang serius.

Sementara itu,En. Anuar Mohamad,PP Sektor SJQ yang mengisi ruang ulasan buku,telah mengulas buku
"Betulkan yang biasa ,Biasakan Yang Betul" karya Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir iaitu menjadi wanita pertama rakyat Malaysia dan Asia yang menawan Antartika. Antara point penting ialah:-

1.      Betulkan tabiat negatif sama ada sedar atau tidak.
2.      Jangan benci orang. Penyakit hati. Jadi hidup tidak aman. Cari kebaikan org berbanding kelemahan. Janagn nilai luaran sahaja.
3.      Beri ganjaran pada diri Sendiri.
4.      Melihat dengan Matahati.
5.      Jangan percaya dan bergantung pada tuah. Yakin kita berjaya kerana berkat doa dan usaha gigih.
6.      Jangan kerap menoleh ke belakang. Di belakang kenang sebagai pengajaran. Di hadapan sebagai realiti dan lebih berhati-hati

Seterusnya En. Razali Daud,Timbalan Pengarah Pelajaran dalam ucapan beliau menyentuh perkara-perkara berikut untuk dikongsi dan dihayati bersama :

1.      Untuik berjaya kita perlu tinggalkan bayang-bayang kita. Jika nak berjaya lupakan kelemahan yang ada di dalam diri kita.. Terus lihat matahari. Itulah goal kita dan bayang-bayang tidak pernah berada di depan sewaktu kita menoleh matahari
2.      Orang yang berjaya bangunkan kekuatan untuk kembangkan bakat yang sedia ada.
3.      Fikirkan kekuatan jangan fikirkan kelemahan.
4.      Bina akal anak.. Gunakan flash card.. Anak 6 bulan. Selepas setahun setengah anak mempunyai daya ingatan yang kuat
5.      Teori Sproitzer.. Kita kena buat sesuatu kena berulang untuk mahir dan cekap seterusnya menjadi orang berjaya
6.      John Maxwel - 6 langkah meningkat potensi diri :
a.       Beri fokus pada satu matlamat - bangun potensi diri matlamat utama.
b.      Buat penambahbaikan berterusan.
c.       Lupakan perkara yang telah lalu. Jangan tengok pada bayang tetapi tengok matahari
                                                              i.      Semalam berakhir bila berakhir malam tadi.  
                                                            ii.      Emotional Intelligent - tenang dalam segala keadaan.
d.      Fikirkan masa hadapan.
e.       Masa depan bergantung dengan apa yang kita lakukan hari ini.   
f.       Orang yg tidak melihat kehadapan sentiasa pandang ke belakang
9.      Mingguan Wanita - usaha bangunkan potensi diri
a.       Kenali/terokai  potensi diri.
b.      Engineer your life direction
c.       Enhance yor healt - tingkat diri dan bangunkan potensi diri dengan yakin.
d.      Empower your people.
e.       Enrich your life - kesihatan fizikal ,mental supaya kita boleh lakukan sesuatu dengan lebih tenang dan mudah.
f.       Enjoy your day. Nikmati kejayaan kita. Berikan ganjaran pada diri sendiri.


Friday, July 23, 2010

Iklim Persekolahan

Pada 21 dan 22 Julai saya bersama Ketua Unit Rendah,En.Kamal Abdullah (PP Guru) dan En.Tan(PK SJKC) serta Cik Siti Norfaezah (Akauntan) telah melawat dan memantau beberapa buah sekolah di daerah Kemaman. Niat utama kami untuk datang meninjau dan membantu SK Sultan Ismail yang merupakan calon tunggal SBT sekolah rendah negeri Terengganu namun pasukan "penilaian Jemaah Nazir" telah mendahului kami sebelumnya.

Walaupun kami tidak sempat ke SK Sultan Ismail pada kali ini tetapi semasa kami memantau dahulu ke sekolah ini kami meletakkan sekolah ini layak dicalonkan kerana iklim persekolahan; sama ada iklim fizikal,iklim pengurusan dan iklim kemanusiaan berada tahap baik dan merangsangkan pertumbuhan kecemerlangan.Tahniah kepada Guru Besar,GPK,Guru dan warga SKSI kerana mencapai tahap ini. Semoga SKSI berjaya memenangi anugerah SBT 2010

Isu yang ingin saya kemukakan di sini ialah "Iklim Persekolahan".Saya menggunakan SKSI sebagai banchmark di mana SKSI mempunyai iklim yang seimbang dari semua aspek.
Dalam pemantauan dan tinjauan kami jarang sekolah yang kami lawati mempunyai keseimbangan iklim ini. Ketidakseimbangan iklim akan menimbul pelbagai krisis dalam organisasi dan persekolahan hingga membantutkan pencapaian sekolah.

Ada sekolah yang sangat bagus dari segi iklim fizikalnya. Landskap yang cantik dan kawasan yang bersih begitu merangsang dan menenangkan.Sayangnya iklim yang bagus itu tidak meresap dalam pengurusan dan pentadbiran.Pengurusan kewangan tidak mencapaian piawaian sebenar,sistem fail dan pengurusan aset yang berterabur,pengurusan program persekolahan cacamarba dan sebagainya. Begitu juga kebagusan iklim fizikal itu juga tidak membuahkan kemanisan dan kebagusan dalam iklim interporsonel manusia dalam sekolah. Guru tidak puashati dengan beban tugas yang banyak. Kecewa dengan prestasi.Kurang senang dengan stail pengurusan autokratik atau kebebasan melampau.Pekerja tidak ngam dengan guru....dan bermacam lagi habuk,debu,virus yang boleh mengancam iklim persekolahan dan seterusnya mampu membunuh integriti,inovasi,kreativiti,pengorbanan dan kesetiarelaan serta kecemerlangan sekolah.

Sewajarnya setiap kita baik pengurusan sekolah,guru,murid dan ibubapa perlu menjaga aset persekolahan (fizikal,manusia,sistem,budaya) agar sentiasa melonjak dan meningkat,subur meranum supaya benih insaniah kepimpinan yang kita tanam dapat kita bajai dan sirami serta tumbuh subur dalam iklim persekolahan yang kita bina dan kita jagai.Jangan sesekali kita khianati kerana kerakusan,keegoan dan kedangkalan kita.

Renungan Jumaat - 10 Kesalahan Mendidikan Anak Tanpa Kita Sedari - Bahagian 2


 ..... bersambung dari minggu lalu
6. Tidak Konsisten
Anak perlu merasa bahwa orang tua mereka berperanan. Jangan biarkan mereka  merengek sebagai senjata untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ibubapa harus tegas dan berwibawa di hadapan anak serta konsisten dalam mempertahankan keputusan dan prinsip yang dipegang


7. Mengabaikan Kata Hati
Menurut Lisa Balch, ibu dua orang anak, “lakukan saja sesuai dengan kata hatimu dan biarkan mengalir tanpa mengabaikan juga suara-suara disekitarnya yang melemahkan. Saya banyak belajar bahwa orang tua seharusnya mempunyai kepekaan yang tajam tentang sesuatu”. Memang benar kerana kata hati yang pertama terutamanya adalah bisikan kebenaran tapi seringkali hilang begitu sahaja bila dalam minda gelojak dengan logika


8. Terlalu Banyak Menonton TV
Menurut Neilsen Media Research, anak-anak Amerika yang berusia 2-11 tahun menonton 3 jam dan 22 minit siaran TV sehari. Menonton television akan membuat anak malas belajar. Orang tua cenderung membiarkan anak berlama-lamaan di depan TV sebagai satu cara alternatif agar anak-anak tidak mengganggu aktiviti atau masa santai mereka . Ibubapa sangat tidak mungkin dapat menapis  iklan negatif yang tidak mendidik anak-anak mereka


9. Segalanya Diukur Dengan Material
Menurut Louis Hodgson, ibu 4 anak dan nenek 6 cucu, “anak sekarang mempunyai banyak benda untuk dikoleksi”. Tidaklah salah memanjakan anak dengan mainan dan hiburan mewah. Tetapi yang seharusnya disadari adalah anak Anda memerlukan quality time bersama ibubapa mereka. Mereka cenderung ingin mendengar atau direct komunikasi berbanding di beri sesuatu dan diam. 

10. Bersikap Berat Sebelah
Ramai kalangan ibubapa kadangnya bersikap pilih kasih atau membeza-bezakan di kalangan mereka atau pasangan mereka secara nyata dan zahir. Situasi ini memberi impak kepada mereka membina persepsi dan cenderung berpola untuk bersikap berat sebelah. Luangkan waktu bersama anak miniml 10 menit disela kesibukan kita. Dan pastikan anak tahu saat bersama orang tua adalah waktu yang tidak dapat dinilai akan ketinggian harganya

Tuesday, July 20, 2010

Pemimpin pendidikan perlu berani mengurus perubahan-Muhyiddin

KUALA LUMPUR 20 Julai - Pemimpin pendidikan perlu berani mengurus perubahan dalam usaha menjana modal insan yang mampu bersaing di persada global, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keengganan dan ketakutan pemimpin atau pendidik untuk menongkah arus perubahan mengakibatkan sistem pendidikan bersifat statik.

"Kualiti dan kecemerlangan hari ini tidak menjamin kualiti dan kecemerlangan pada hari esok kerana ukuran kualiti dan kecemerlangan sentiasa berubah.

"Oleh itu, pemimpin tidak seharusnya berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi organisasinya hari ini, sebaliknya perlu berani melaksanakan perubahan dan pembaharuan secara proaktif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi sempena perasmian Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17 di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highlands, dekat sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, kepimpinan seseorang tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan pencapaian yang membolehkan sistem pendidikan dinilai oleh masyarakat secara menyeluruh dari segi kuantitatif dan kualitatif.

Katanya, menjadi kebiasaan pemimpin yang ingin membuat perubahan akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan sekiranya mereka ingin mengurus perubahan secara berkesan, mereka hendaklah bersedia menghadapi cabaran itu.

"Jika enggan dan takut menongkah arus kecemerlangan, maka hasrat negara untuk menjana modal insan yang mampu bersaing di persada global hanya akan tinggal impian,"katanya.

Sehubungan itu, beliau menggariskan beberapa contoh amalan kepimpinan yang efektif dan berprestasi tinggi yang boleh merubah kebiasaan. - Bernama

Pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen pengenalan

KUALA LUMPUR 20 Julai - Kerajaan akan sentiasa memastikan penyediaan dan pelaksanaan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen dapat dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan semua kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya, tanpa mengira agama, bangsa dan lokasi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia bagi menangkis tohmahan masyarakat antarabangsa terhadap negara ini yang menyatakan bahawa Malaysia tidak memberi pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak.

"Sehingga kini, Kementerian Pelajaran telahpun mewujudkan beberapa perkongsian pintar seperti bersama Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk program pendidikan 3M KAFA; Angkatan Tentera Malaysia melalui Program Jiwa Murni di Pulau Berhala, Sandakan dan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan UNICEF.

"Justeru perkongsian pintar ini akan diperluaskan dan saya amat mengharapkan supaya agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang lain berminat untuk bersama-sama berganding bahu melaksanakan program pendidikan bagi kanak-kanak tanpa dokumen ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Noriah Mahat yang ingin tahu status dasar pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen bukan warganegara dan perancangan kementerian dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak itu bagi mengatasi masalah buta huruf dan melaksanakan pendidikan untuk semua.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kerajaan telah mewujudkan dasar-dasar baru bagi memastikan golongan kanak-kanak tanpa dokumen mendapat pendidikan sewajarnya.

Beliau berkata, kanak-kanak warganegara yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri, sebenarnya tidak menghadapi masalah untuk diterima masuk ke sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan jika memenuhi syarat yang terkandung dalam Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.1/2009 bertarikh 11 Mac 2009. - Bernama

Sunday, July 18, 2010

Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah,JPN Terengganu

Ahad,18 Julai 2010 Sektor Pengurusan Sekolah,Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu telah mengadakan mesyuarat sektor di Pusat Ko-kurikulum Negeri Terengganu. Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam,Ketua Sektor,Sektor Pengerusan Sekolah.

Mesyuarat yang bermula jam 9.30 pagi hingga lewat petang telah dihadiri oleh semua Ketua Unit,pegawai dan kakitangan dari empat unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah.Unit-unit di bawah Sektor Pengurusan Sekolah ialah Unit PraSekolah dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Unit Penyeliaan Sekolah Menengah dan Unit Perhubungan dan Pendaftaran.

Ketua Sektor dalam ucapannya menyorot tentang kemenjadian diri,cabaran dan amanah serta kebertangungjawaban terhadap apa yang dilakukan semasa kehidupan ini. Beliau mengingatkan semua anggota sektor supaya sentiasa ikhlas dan bersungguh-sungguh melaksanakan amanah rakyat dan negara.

Pelbagai isu dalam pengurusan kerja telah dibincangkan seperti isu berkaitan prestasi para ahli sektor,komunikasi,agihan tugas,kewangan,kerjasama,perpaduan,naik pangkat,audit,sasaran kerja tahunan,pengurusan pertukaran murid,talian internet dan berbagai lagi yang bersangkutan kerjabuat semua ahli Sektor Pengurusan Sekolah.

Penetapan Tarikh dan Pusat Ujian UKM2 bagi Negeri Terengganu


Guru Besar/Pengetua
Sekolah seperti dalam edaran.

PENETAPAN TARIKH DAN PUSAT UJIAN UKM2
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2.            Sehubungan itu,  dilampirkan senarai nama murid yang layak untuk menduduki Ujian UKM2 di sekolah tuan/puan.  Jabatan Pelajaran Negeri memohon pihak tuan/puan untuk memaklumkan ibubapa dan murid tersebut berkaitan perkara ini.  Berikut adalah perkara-perkara yang perlu dimaklumkan:
                i-             Ibubapa perlu menghantar sendiri murid ke pusat ujian.
                ii-            Murid hanya perlu membawa kad pengenalan diri (MYKAD/MYKID/sijil lahir)
                iii-           Murid perlu hadir ke pusat ujian tepat pada masa yang ditetapkan.
iv-           Bagi murid berumur 8 tahun beragama Islam perlu diiringi ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali kerana mereka akan ditemuduga semasa ujian UKM2 sedang berjalan.
v-            Murid berumur 8 tahun beragama Islam akan menduduki ujian bertulis USIM1 sejurus selepas ujian UKM2 selesai.
vi-           Segala perbelanjaan ke pusat ujian adalah dibawah tanggungjawab ibubapa.
Sekian, terima kasih.
Ujian UKM2 bermula 6 Julai - 8 Ogos 2010 . Bagi mengetahui Tarikh dan Pusat-Pusat Ujian UKM2 bagi Negeri Terengganu sila KLIK

Saturday, July 17, 2010

Amalkan empat teras untuk capai kejayaan

BESUT 15 Julai - Seramai 702 murid dari 11 buah sekolah rendah dalam kawasan Dewan Undangan negeri Jerteh menerima e-Book sumbangan kerajaan negeri di sini semalam.

Ia suatu detik menggembirakan bagi mereka dengan menerima alat bantu pembelajaran yang membolehkan meneroka alam pendidikan dengan kemudahan teknologi maklumat di peringkat awal usia.

Pengagihan e-Book bagi murid tahun lima itu dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Jerteh, Datuk Seri Idris Jusoh di Dewan Majlis Daerah Besut yang turut dihadiri oleh Pegawai Pelajaran Daerah Besut, Baharuddin Ibrahim.

Berucap pada majlis itu Idris berkata, pemberian kerajaan negeri itu harus diterima dengan rasa syukur kerana ia berteraskan usaha untuk terus mengangkat kecemerlangan akademik anak bangsa.
Katanya, komputer dan internet beliau berkata, boleh memberikan manfaat yang besar jika pelajar dapat menggunakannya dengan cara yang betul.

"Cuma elakkan terlalu asyik dengan laman sosial seperti Facebook dan Tweeter yang mungkin akan melalaikan para pelajar dan mengganggu pembelajaran mereka," katanya.

Idris yang juga Pengerusi Mara berkata, empat aspek yang diberi nama 'i-buk' saling berkait antara satu sama lain dan perlu ada dalam diri setiap pelajar.

''Ia berkait dengan ilmu, berdikari, usaha dan kreativiti merupakan antara aspek utama yang perlu diamal dan menjadi budaya di kalangan pelajar jika mereka inginkan kejayaan sebenar dalam bidang pelajaran dan kehidupan," katanya.

Katanya, bermula dengan ilmu setiap pelajar perlu cintakan ilmu dan bukannya bersikap belajar sambil lewa kerana hasilnya nanti tidak akan membawa apa-apa makna kepada mereka.

"Sikap berdikari pula penting kerana jika seseorang pelajar sentiasa mengharapkan bantuan dan perhatian daripada orang lain khususnya kerajaan mereka akan menempuh kekecewaan, "katanya.

Dua aspek lagi iaitu usaha dan kreativiti akan menjadikan pelajar lebih mantap dan mampu menghadapi cabaran untuk meraih kejayaan di samping mempunyai rasa bersyukur di atas segala pemberian.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Friday, July 16, 2010

Renungan Jumaat - 10 Kesalahan Mendidikan Anak Tanpa Kita Sedari - Bahagian 1

1. Kurang Pengawasan

Menurut Professor Robert Billingham, Human Development and Family Studies – University Indiana, “Anak terlalu banyak bergaul dalam lingkungan luar keluarga, dan itu adalah tragedi yang seharusnya diperhatikan oleh orang tua”. Sebagai ibubapa kita perlu sentiasa mengawasinya , misalnya bila anak anda berada di sekolah, buat kunjungan mengejut secara berkala. Bila anda mempunyai masa terhad untuk mengunjungi buat pilihan sekolah lain yang memberi ruang waktu untuk anda mengunjunginya. Jangan biarkan anak anda bersendirian. Anak anda sentiasa memerlukan perhatian anda.

2. Gagal Mendengarkan

Menurut psikolog Charles Fay, Ph.D. “Banyak orang tua terlalu ghairah memberikan perhatian – cenderung mengabaikan apa yang anak mereka cakapkan”, contohnya Aisyah pulang dengan mata yang lembam, umumnya orang tua terus membuat pelbagai andaian hal tersebut secara berlebihan, seperti mengagak si anak terkena bola, atau berkelahi dengan temannya. Faktanya,orang tua tidak tahu apa yang terjadi hingga anak sendirilah yang menceritakannya. Oleh itu,sediakan diri kita untuk sentiasa mendengar apa yang mereka luah dan ceritakan.

3. Terlalu Mengongkong

Menurut Billingham, orang tua seharusnya membiarkan anak melakukan kesalahan, biarkan anak belajar dari kesalahan agar tidak terulang kesalahan yang sama. Bantulah anak untuk mengatasi masalahnya sendiri.Melalui pengalamian pembelajaran ini,anak-anak akan memperolehi pengalaman serta mempelajari nilai-nilai untuk hidup

4. Terlalu Berlebihan

Menurut Judy Haire, “banyak orang tua menghabiskan 100 km per jam mengeringkan rambut, dari pada meluangkan 1 jam bersama anak mereka”. Anak-anak perlukan ruang dan masa kita untuk mereka. Sebab itu ada orang berkata tanda sayang ibubapa kepada anak-anak ialah dengan memberikan masa kita untuk mereka.

5. Bertengkar Dihadapan Anak

Menurut psikiater Sara B. Miller, Ph.D., perilaku yang paling berpengaruh merosakkan anak adalah “bertengkar” dihadapan mereka. Saat orang tua bertengkar di depan anak mereka, khususnya anak lelaki, maka hasilnya adalah seorang calon pemuda dewasa yang tidak sensitif yang tidak dapat berhubungan dengan wanita secara sihat. Orang tua seharusnya menghangatkan diskusi di antara mereka, tanpa anak-anak di sekitar mereka.Adalah sesuatu yang wajar bila orang tua berbeza pendapat tetapi jangan sampai jadi pertengkaran. Jangan ciptakan perasaan tidak aman dan ketakutan pada anak.

......./ bersambung minggu hadapan

Thursday, July 15, 2010

100,000 lepasan SPM tidak melanjutkan pelajaran setiap tahun

KUALA LUMPUR 14 Julai - Kira-kira 100,000 pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 'tercicir' daripada melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi setiap tahun, kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Menurut beliau, 'keciciran' itu berlaku disebabkan oleh beberapa faktor seperti tidak lulus dalam SPM, lulus tetapi keputusan kurang baik dan tidak minat untuk belajar, selain kurang bernasib baik.

"Setiap tahun, kira-kira 100,000 pelajar SPM terkeluar daripada sistem pendidikan negara. Terkeluar dalam konteks ini adalah berhenti belajar setakat umur itu (17 tahun) dan memasuki pasaran kerja tanpa apa-apa kemahiran," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Program Pengukuhan Kolej Komuniti di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Menyedari perkara itu, Mohamed Khaled berkata, kerajaan melalui Kolej Komuniti memberi peluang kedua kepada golongan tersebut apabila memperkenalkan program latihan jangka pendek.
Beliau berkata, latihan bersifat modular yang terkandung dalam program pengukuhan institusi itu dengan kos pengajian hanya RM10 sebulan.

"Melalui inisiatif ini, sijil kemahiran yang diiktiraf pada tahap Sijil Kemahiran Malaysia dua dan tiga boleh diperolehi dalam masa antara tiga hingga enam bulan sahaja, berbanding tempoh pengajian dua tahun sebelum ini.

"Pengambilan akan dibuat setiap tiga bulan dan ia terbuka kepada semua rakyat Malaysia tidak kira umur dan pengambilan pertama seramai 25,000 orang pelajar telah bermula semalam," jelasnya.

Ditanya berapa ramai jumlah tenaga kerja yang tidak berkemahiran mampu dikurang melalui program Kolej Komuniti itu, beliau tidak dapat menjelaskan tetapi memberitahu institusi itu mampu menyediakan 80,000 peluang pengajian setiap tahun.

Terdahulu, ketika berucap Mohamed Khaled berkata, penawaran program jangka pendek yang berasaskan kerja sebenar itu akan menjimatkan masa pelajar dan hanya memberi pengkhususan kepada bidang tertentu.
Katanya, di peringkat permulaan, terdapat 47 jenis kursus modular ditawarkan yang merangkumi sembilan sektor antaranya Servis Penyejukan dan Penyaman Udara, Akuakultur, Servis Kenderaan Ringan, Pemasangan Elektrik, Penyelenggaraan Bangunan dan Menyelenggara dan Membaiki Bot.

Sumber: Utusan Malaysia Online

Ibu bapa kena jadi contoh terbaik



Terapi kemahiran seperti membaca perlu untuk anak-anak yang sedang membesar. - Gambar hiasan.



Kanak-kanak dilahirkan dengan fitrah suci dan polos, maka ibu bapa merekalah yang menjadi pencorak kepada kehidupan masa depan anak-anak.

Menurut Pakar Kaunseling dan Pensyarah Kanan Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan, Profesor Madya Dr. Saedah A. Ghani, ibu bapa berperanan penting dalam menunjuk hala yang betul untuk kehidupan anak-anak.

Katanya, anak-anak sekarang memerlukan bimbingan dan galakkan bagi mendapatkan seberapa banyak ilmu yang ada.

Ilmu dan pelajaran memang penting untuk hidup dan membangunkan diri mereka sendiri, malah anak-anak yang mempunyai ilmu lebih berkeyakinan diri.

''Jangan memberikan banyak tekanan kepada anak-anak dalam keinginan mereka untuk belajar yang menyebabkan mereka akan menjadi tertekan, stres dan murung.

''Galakkan anak-anak belajar kerana mereka suka untuk belajar dan mengaut ilmu yang banyak dan bukannya mereka belajar kerana pentingnya untuk lulus dalam peperiksaan,'' jelasnya.

Tambahnya, ibu bapa harus beringat, jangan sesekali mengukur standard kehidupan mereka dan anak-anak sebagaimana anak-anak orang lain. Ukur dahulu kebolehan anak-anak mereka kerana untuk memenuhi kehidupan bukannya perlu menandingi orang lain.

''Kita nampak anak-anak orang lain berjaya. Sebagai ibu bapa kita pun mahu juga anak kita itu berjaya.
''Jangan marahkan anak sekiranya anak-anak tidak lulus periksa sekiranya mereka itu sudah berusaha, tetapi akan marah sekiranya tidak lulus periksa kerana mereka tidak berusaha,'' katanya.

Katanya, beri anak-anak tanggungjawab yang mereka boleh pikul seperti berusaha dan berjaya dalam pelajaran untuk kehidupan mereka sendiri pada masa depan dengan mesej yang jelas.

Malangnya, sekarang ibu bapa memberi mesej yang lain terhadap anak-anak mereka yang mengatakan mereka akan berasa malu sekiranya anak-anak ini tidak lulus periksa mahupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Dalam pada itu Saedah menambah, sekiranya mahu melihat anak-anak itu berubah dari segi psikologi, ibu dan bapa mereka perlu diubah terlebih dahulu.

''Anak-anak yang berumur di bawah 12 tahun hanya mempunyai 3/4 sel neuron berbanding kita . Ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara matang seperti kita yang dewasa.

''Justeru untuk memberi bimbingan, ibu bapa perlulah tahu selok-belok untuk membimbing anak-anak,'' katanya.

Saedah berkata, anak-anak yang mempunyai masalah perlu dibimbing secara kaunseling kepada ibu bapa.
Dalam soal ini mereka perlu diberikan latihan secara terapi. Kanak-kanak yang mempunyai masalah psikologi boleh dibimbing menerusi terapi bercerita, drama, melukis dan sebagainya.

''Ini dinamakan pendidikan psiko yang membantu mereka menerusi kemahiran pendidikan terapi.
cara-cara bimbingan kaunseling kanak-kanak secara terapi, bercerita, melukis dan sebagainya.
Dalam pada itu Saedah turut menegaskan ibu bapa yang berminat untuk mendapatkan sesi kaunselor bagi terapi anak-anak mereka boleh mendapatkan perkhidmatan itu di Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) setiap daerah.

Beliau juga turut memberi cadangan kepada pihak sekolah agar memberi modul melatih secara terapi seperti drama, melukis, bercerita dan sebagainya kepada kanak-kanak sekolah dan remaja.

''Saya menyeru kepada Kementerian Pendidikan untuk membina modul seperti dilakukan JKM untuk membantu kanak-kanak dan remaja secara kemahiran terapi.

''Setakat ini apa yang ada di sekolah hanyalah kaunselor yang efektif untuk kaunseling mereka yang dewasa secara individu tetapi tidak terlatih dalam bidang terapi untuk kanak-kanak,'' jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia Online

Tuesday, July 13, 2010

Mesyuarat Pengurusan Data Murid Pendidikan Wajib Bil 3/2010

Mulai 13 hingga 15 Julai 2010, Unit Penyeliaan Sekolah Rendah (Pengurusan Murid) telah mengadakan mesyuarat berkaitan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu. Semua pegawai Pengurusan Murid dan Penyelia Kanan Pengurusan Sekolah PPD hadir sama bagi menyelaras Kutipan Data Pendidikan Wajib pada 31 Julai 2010 yang meliputi:
  1. Data murid cicir mengikut tahun dan kaum
  2. Data murid cicir (murid Asli dan Penan)
  3. Data murid masuk awal mengikut kaum
  4. Data murid Home Schooling
  5. Data murid tangguh Tahun 1
  6. Data murid Bukan Warganegara
  7. Data murid Malaysia As My Second Home
  8. Data murid lewat mendaftar
  9. Data murid tiada surat lahir
En. Jelani Sulong,Ketua Unit Rendah dalam ucaputama menegaskan supaya semua kerja-kerja pengurusan data murid pendidikan wajib dapat dilaksanakan dengan tepat, teliti , cekap dan selaras dengan pihak yang terlibat supaya untuk  Jabatan dan KPM dapat menggunakan data yang ada  keesahan dan kebolehpercayaan.

Beliau juga menyentuh mengenai pertukaran aliran murid,permohonan murid dari sekolah swasta,kemasukan murid tanpa sijil lahir,penempatan murid Tahun 1,2011,pengesahan permohonan penempatan Tahun 1,2011,perubahan proses pertukaran murid dan keciciran murid.Informasi serta perubahan telah dibincang dan sebahagiannya ada disiarkan dalam blog Unit Rendah.

Beliau berharap semua kanak-kanak berhak berada di sekolah mengikut kohort umur masing-masing. Semua pegawai mesti mengurus murid dengan betul dan mengikut peraturan yang sedia ada agar mereka mendapatkan hak mereka yang sepatutnya.

Lawatan dan Pemantauan SK Pulau Redang oleh Ketua Sektor Sekolah

Sektor Pengurusan Sekolah JPNT diketuai oleh Ketua Sektor, YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam, telah mengadakan Program Pemantauan Pengurusan Sekolah bertempat di SK Pulau Redang, Kuala Terengganu pada 12 Julai 2010. Turut menyertainya ialah Ketua Unit Sekolah Rendah dan dua orang pegawai dari unit yang sama.

Semasa sesi penutup program pemantauan ini, YM Tengku Anuar bin Tengku Dalam, sengaja meminta pihak pengurusan sekolah melibatkan semua guru. Beliau menyatakan tujuan utama kedatangan beliau ke sekolah ini untuk melihat dari dekat dam mendapat gambaran tepat tentang guru-guru dan pengurusan sekolah dari semua aspek. Beliau cuba mengelak daripada tersalah membuat andaian yang boleh disimpulkan sebagai “jahat khabar daripada rupa”. Iaitu memperihalkan tentang sesuatu lebih buruk dan lebih teruk daripada hal atau keadaan yang sebenar.

Di awal ucapannya juga, YM Tengku Anuar menegaskan bahawa kumpulan guru yang mengajar di SK Pulau Redang ini BUKAN kalangan guru-guru yang terpinggir. Persepsi itu sama sekali tidak tepat kerana pihak Jabatan Pelajaran Negeri tidak pernah merestui istilah ini digunakan. Malah penempatan guru-guru mengambil kira keperluan opsyen dan perjawatan yang diluluskan. Beliau member penekanan perkara ini supaya tidak wujud persepsi negatif di kalangan guru-guru di SK Pulau Redang.

Seterusnya beliau menyampaikan pesanan yang amat penting kepada semua guru supaya sengaja mewujudkan CABARAN dalam kerja utama mereka. Cabaran yang dimaksudkan ialah sentiasa memikirkan apa yang patut dibuat bagi meningkatkan amalan pedagogi dan pendragogi di bilik darjah. Hasil daripada pemikiran yang berterusan ini perlu diikuti dengan perancangan yang mengharuskan peningkatan boleh berlaku.



Gaya pemikiran begini perlu disuburkan di kalangan guru-guru kerana merekalah pejuang sebenar di medan pendidikan. Hanya guru-guru yang berfikiran sentiasa ingin memajukan murid-murid selayaknya digelar pejuang tulen.

Paling penting bagi seseorang guru ialah memahami dengan sejelas-jelasnya MATLAMAT pembelajaran setiap mata pelajaran yang diamanahkan kepada mereka. Andai tidak berapa jelas, atau sudah kian lama dilupai, maka seseorang guru itu WAJIB membaca dan menelitinya semula. Ini kerana setiap mata pelajaran telah digarapkan objektif yang berbeza-beza mengikut umur murid-murid.

Bagi menjadikan pengajaran guru berkesan, guru perlu menguasai secara menyeluruh sesuatu mata pelajaran yang diajarnya. Ini sudah tentu menuntut pengolahan strategi pengajaran yang berkesan yang akan menzahirkan ‘The Art of Teaching’ sebagai medium kepada tahap ‘The great teacher inspire’, sebagaimana selalu disebut-sebut oleh Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu. Itu panduan sebenar untuk menjadi seorang guru yang ‘hebat’.

Saturday, July 10, 2010

Pencalonan Sekolah SBT

PERHATIAN KEPADA PENGETUA / GURU BESAR

1. Borang Pencalonan Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
    boleh diakses melalui Portal NKRA-Pendidikan mulai 2 Julai 2010.

2 Semua sekolah dalam Band Satu (1) , kecuali yang telah diiktiraf sebagai
   SBT, WAJIB mengisi Borang Pencalonan tersebut menerusi Portal NKRA-Pendidikan

3 Sekolah diluar Band Satu (1) boleh melihat borang tersebut untuk
   mengenalpasti perkara-perkara yang diambilkira untuk penilaian pengiktirafan SBT.

4 Pihak sekolah dikehendaki menyediakan SEMUA DOKUMEN berkaitan dengan
   MAKLUMAT yang diberi dalam Borang Pencalonan untuk memudahkan urusan
   pemantauan dan penilaian.

5 Dokumentasi yang TIDAK LENGKAP akan menjejaskan proses penilaian.

6 Tarikh tutup pencalonan di Portal NKRA-Pendidikan untuk pengiktirafan
   SBT adalah 15 JULAI 2010 jam 12 malam.


Sebahagian email yang kami terima daripada Pn.Chithra Adiyodi BPSBPSK :-
  • BPSBPSKakan mengadakan suatu taklimat mengikut zon berkaitan pencalonan SBT Kohort Ke 2 kepada semua sekolah dalam Band 1. Tarikh dan tempat akan dimaklumkan.
  • CONTOH PROFIL SEKOLAH boleh didownload di sini untuk dijadikan PANDUAN kepada sekolah (seperti Lampiran di bawah) dalam penyediaan DOKUMEN-DOKUMEN tersebut 

TAKLIMAT PENCALONAN SBT 2010 BAGI TERENGGANU DAN KELANTAN (TERKINI)
Tarikh         :12 Julai 2010 (Isnin)
Masa          : 9.00 pagi
Tempat:       SM Sains KualaTerengganu,Jalan Pasir Panjang,
                     Kuala Terengganu
Peserta      : GPK Pentadbiran (GPK1/GPK Kurikulum) Senarai Sekolah Band 1
Pemberi Taklimat : Pegawai BPSBPSK


SENARAI SEKOLAH BAND 1
TERENGGANU
BIL
KOD SEKOLAH
NAMA SEKOLAH
1
TFT0001
SM IMTIAZ BESUT
2
TEA6086
SMK LEMBAH BIDONG
3
TEA3122
SMS KUALA TERENGGANU
4
TEA1038
SMS DUNGUN
5
TEE3105
SMS SULTAN MAHMUD
6
TBA2047
SK RANTAU PETRONAS
7
TBB0061
SK TENGKU MAHMUD
8
TBA5049
SK SERI BERANG
9
TBB5038
SK TENGKU AMPUAN INTAN
10
TBB2024
SK SULTAN ISMAIL