Monday, May 31, 2010

Detik-Detik Perhitungan Terakhir

Terkini
Pecutan Menuju Puncak Juara Mutlak.

Hari Perhitungan Akhir

Jika tidak salah perhitungan kami tepat jam 12.01 malam ini maka ruangan Ujian IQ UKM1 Permatapintar akan ditutup dan tiada lanjutan tempuh diberikan lagi.Ini bermakna hari ini adalah Hari Perhitungan Terakhir untuk negeri-negeri menambah bilangan penyertaan dan berjuangan menjadi negeri terbanyak penyertaan ujian IQ UKM1 Siri Kedua Tahun ini.

 Kedudukan terkini hari ini
Terengganu mendahulu Perak = 771.
Mampukah Terengganu kekal konsisten menjadi pendahulu,seterusnya menjadi juara sebenar.Tunggu update blog ini jam 12.01 malam nanti..

Sunday, May 30, 2010

Terkini , Terengganu Mendahului ,TAHNIAH!

Sekali lagi Terengganu mendahului.Tahniah kepada semua Pengetua,Guru Besar dan Guru-Guru Terengganu!
MARI KITA PECUT DAN MENJULANG JUARA SEBENAR !!!

Tuan Haji Ahmad bin Mahmood Tokoh Guru Terengganu 2010

Mantan Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kemaman,Tuan Haji Ahmad bin Mahmood telah diistiharkan sebagai Tokoh Guru Negeri Terengganu tahun 2010 di Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Negeri Terengganu 2010 yang berlangsung di Dewan Al-Muktafibillah Shah,Universiti Darul Iman Malaysia,Kampus KUSZA pagi ini.

Tokoh Guru Negeri Terengganu ini menerima sijil,medal emas,tafsir al-Quran,sepersalinan lengkap baju Melayu berserta wang tunai RM10,000.00 daripada Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. Kerajaan negeri telah memberi sumbangan sebahagian (RM5,000.00) bagi anugerah tersebut.

Y.A.B Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu. semasa menyampaikan ucapan perasmian melahirkan penghargaan terima kasih kepada lebih 21,000 orang guru di negeri Terengganu atas sumbangan dan dedikasi mendidik anak Terengganu dan merealisasikan hasrat negeri menjadikan Terengganu sebagai Anjung Ilmu.Beliau juga akan sentiasa berusaha dan berjanji bahawa kerajaan negeri akan  memberi sumbangan dan isentif bagi menghargai jasa dan sumbangan guru.

Menurut Menteri Besar lagi,jika UPSR Tahun 2010 menjadi juara sepuluh tahun berturut-turut kerajaan negeri akan menghantar 50 orang guru pada tahun depan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Australia.Selain dari itu,beliau berhasrat mahu bersalaman dan berjumpa semua guru mengikut daerah untuk menyatakan penghargaan terima kasih apatah lagi jika semua empat peperiksaan awan mencapai yang terbaik di peringkat negara.Beliau juga memaklumkan bahwa  kerajaan negeri telah menerima penghargaan daripada Intel kerana menjadi negeri pertama di benua Asia pelajarnya menggunakan e-book. Sehubungan dengan itu,sebanyak 800 unit e-book akan disumbangkan kepada guru bagai mempertingkatkan keupayaan dan kemahiran pengajaran-pembelajaran murid.Selain dari itu,YAB Menteri Besar juga melahirkan rasa bangga kerana pada tahun ini seorang lagi anak jati Terengganu,Pn.Hajah Ainon Jamilah bt Mohd Ali telah dianugerahi Tokoh Guru Peringkat Kebangsaan 2010.

Terdahulu Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam ucapan aluannya di majlis berkenaan menyatakan bahawa Jabatan Pelajaran Negeri sangat beruntung dan bertuah kerana  banyak program melonjakkan prestasi pendidikan negeri Terengganu mendapat sokongan padu dan kuat daripada Kerajaan Negeri Terengganu dan pelbagai pihak. Beliau melahirkan rasa terima kasih warga pendidikan kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terengganu.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010 telah dihadiri oleh 1,600 orang guru pelbagai peringkat serta jemputan khas terdiri ketua-ketua jabatan pelbagai insitusi dan agensi persekutuan dan negeri.Di samping Anugerah Tokoh Guru pelbagai Anugerah dan Hadiah yang dipertandingankan turut disampaikan oleh YAB Menteri Besar Terengganu di majlis berkenaan. Senarai penuh penerima ialah seperi di bawah;



Tokoh Guru 2010
Haji Ahmad bin Mahmood
80-7,KM.8.Binjai,
Jalan Air Puteh,
24000 Kemaman,Terengganu

Anugerah Guru Inovatif:

Augerah Guru Inovatif Sekolah Menengah
Majidah bt Muhamad
SMK Menerong,Ajil,Hulu Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah
Norma bt Mohamad
SK Tok Jembal,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Inovatif Prasekolah
Anis Salwani bt Mahmood
SK Tengku Mahmud 11,Besut,Terengganu

Anugerah Guru Pendidikan Khas Cemerlang 2010
Sa’yah binti Abu Bakar
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru Kurang Upaya Cemerlang 2010
Mohd Khairuddin bin Abdul Wahab
SMK Bukit Besar,Kuala Terengganu

Anugerah Guru  Cemerlang Sekolah Rendah
Rusmadi bin Abdullah
SK Sura ,Dungun,Terengganu


Anugerah Guru Cemerlang Sekolah Menengah
Fariza Nurbaya bt Mohamad
SMK Putra,Besut,Terengganu


Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Rendah)
SK Batu 7,Dungun,Terengganu


Anugerah Pengurusan Sekolah Cemerlang (Sekolah Menengah)
SMK Lembah Bidong,Setiu,Terengganu

Anugerah Asrama Cemerlang
SK Pasir Raja,Dungun,Terengganu


Anugerah Pengurusan Disiplin Cemerlang
SMK Belara,Kuala Terengganu

Anugerah Penerbitan Dan Majalah  Terbaik
SMK Chukai,Kemaman,Terengganu

Anugerah Pengurusan Pejabat Pelajaran Daerah Cemerlang
Pejabat Pelajaran Daerah Marang,Marang,Terengganu


Anugerah Tokoh NILAM Guru
Encik Alias bin Ismail
SMK Kuala Jenderis,Hulu Terengganu


Peraduan Menulis Artikel Pendidikan Kategori Guru:

Tempat Pertama
Pn. Hjh. Zainun bt. Mohd
SMK Tengku Lela Segara,Marang Terengganu

Tempat Kedua
Tn. Hj. Mat Husin bin Hj. Ghani
SMK Saujana,Setiu,Terengganu.

Tempat Ketiga
Pn. Nozna bt. Awang
SMK  Pengkalan Berangan,Marang,Terengganu


Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru:

Tempat Pertama
Pn. Siti Hawa bt. Ibrahim
SMK  Padang Midin,Kuala Terengganu

Tempat Kedua
Tn.Hj.Kadir bin Othman
SMK  Seri Serating,Marang,Terengganu

Tempat Ketiga
En. Nazri bin Hussein
SK. Bukit Kuang,Kemaman,Terengganu

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 30 Mei 2010 - Hari-hari penentuan

Seluruh Negara hari ini
Beza Perak dengan Terengganu = 138 sahaja
Terengganu!!! Peluang keemasan.......

Pertandingan Karaoke dan Penyampaian Hadiah Karnival Hari Guru 2010

Sebentar tadi telah berlangsung Pertandingan Karaoke dan Penyampaian Hadiah Karnival Hari Guru 2010 di Motel Desa,Kuala Terengganu.Pengarah Pelajaran Negeri dan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri turut hadir bersama 200 jemputan  bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Pertandingan Karaoke yang disertai oleh 28 peserta yang mewakili JPN Negeri,PPD dan Pusat Kokurikulum Negeri.MSKPP Negeri Terengganu telah menjadi penganjur bersama KGMB dan JPN Terengganu bagi menjayakan Karnival Hari Guru 2010.

Sambutan penyertaan acara Futsal,Pidato dan Karaoke amat menggalakkan. Karnival Hari Guru Terengganu 2010 adalah sebahagian dari acara Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010.

Pengarah Pelajaran Negeri,Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada pemenang acara Karnival Hari Guru 2010 dan Johan Takraw MSKPP Kebangsaan kepada pasukan takraw MSKPP Terengganu. Johan acara Futsal telah dimenangi okeh Pasukan Futsal,IPGM Kampus Dato' Razali.Manakala Johan Pidato telah dimenangi oleh En.Alias Ismail dari pasukan PPD Hulu Terengganu dan Johan Karaoke dimenangi oleh En.Rosli Chik juga dari pasukan PPD Hulu Terengganu...

Saturday, May 29, 2010

Raptai Hari Guru Peringkat Negeri Teregganu 2010

Hari ini telah diadakan raptai Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri 2010 di Dewan Al-Muktafibbilah Shah,Universiti Darul Iman Malaysia,Kampus KUSZA,Kuala Terengganu. Yang Berbahagia Timbalan Pe ngarah Pelajaran mewakili Pengarah Pelajaran Negeri turun padang bersama bagi memastikan segala persiapaan berjalan lancar. YAB Menteri Besar akan merasmikan sambutan itu esok. Berikut adalah gambar-gambar raptai bagi sambutan berkenaan.

Pasukan Pancaragam dari SM Sultan Mahmud
Perbarisan Hormat Guru
Upacara menaikkan bendera
Persembahan Koir Guru
Replika Batu Bersurat utuk "gimik"
Sempena dengan sambutan itu juga pada malam ini akan diadakan pertandingan koraoke dan Majlis Penyampai Hadiah Karnival Hari Guru seperti futsal dan piudato di Motel Desa. Pengarah Pelajaran Negeri dijangka hadir untuk menyampaikan hadiah kepada pemennag.

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar - Update 29 Mei 2010 - 2 hari lagi yang serba mungkin

Seluruh Negara Hari Ini

Friday, May 28, 2010

Ujian IQ UKM1 PERMATApintar - Tinggal 3 hari lagi,Kempen 1 juta capai tak ?

Ujian IQ UKM1 Siri 2 akan tamat tiga hari lagi iaitu 31 Mei 2010. Sasaran penyertaan yang diharapkan ialah 1 juta penyertaan dari pelajar Tahun 2 hingga Tingkatan 3 murid pelbagai aliran dan jenis sekolah di seluruh negara.Kalau kita ambil secara mudah setiap negeri atau wilayah  yang berjumlah 16 semuanya perlu  sekurang-kurangnya 62,000 murid lebih setiap negeri/wilayah mengambil ujian ini ( 62,000 x 16 = 992,000)

Justru itu berdasarkan tempuh masa dan kedudukan penyertaan setiap negeri terkini sasaran 1 juta  ini tidak akan tercapai. Setakat ini hanya Perak dan Terengganu sahaja yang penyertaan melebihi 41,000.Kita mungkin boleh mecari seribu alasan dan hujah bagi mencari sebab mengapa sasaran kempen ini tidak mencapai sasaran.

Sekadar berkongsi sedikit pengalaman kami di Terengganu,begitulah tanggapan umum dan awal tentang ujian ini.Kami di JPN Terengganu khususnya hanya tahu sedikit mendalam selepas diberi taklimat oleh Dr.Ros,Ketua Unit Permatapintar,KPM.Masa itu penyertaan Terengganu hanya 3,000 lebih.Tahun lepas kami diberitahu penyertaan Terengganu hanya 7,000 orang lebih.Pada hari yang sama taklimat itu pada 15 April 2010 kami memulakan gerakan.Antaranya:-
  • penubuhan pasukan khas melibatkan pegawai JPN dan PPD
  • menyebar dan menyeru sekolah,murid dan masyarakat melalui blog ini
  • update penyertaan negara dan negeri Terengganu setiap hari melalui blog
  • memaklum melalui web jabatan dan web ppd
  • menghantar makluman dan galakan kepada sekolah melalui email
  • menghubungi sekolah melalui telefon dan memperbetulkan salah faham tentang ujian ini
  • memaklumkan kepada guru dan pengurus sekolah melalui mesyuarat dan perjumpaan

Strategi berkenaan yang konsisten berserta dengan semangat besaing secara sihat serta kesedaran memberi peluang sewajarnya kepada pelajar menjadikan Terengganu pernah beberapa hari menjadi juara setelah dirampas semula oleh Perak.Walaupun sebelum tiba ke garis penamat Isnin 31 Mei 2010,jam 12.01 malam kita akan tahu siapa JUARA sebenarnya...



Ujian IQ UKM1 PERMATApintar - Update 28 Mei 2010 - Perak memburu juara sebenar !

Seluruh Negara Hari ini

Pertukaran Guru 1 Jun 2010 : Tahniah dan Terima Kasih

Sehari dua ini cerita paling hangat di kalangan para guru ialah berkaitan kelulusan pertukaran bagi mereka yang memohon untuk bertukar pada 1 Jun 2010 sama ada antara negeri ataupun antara daerah dalam negeri.

    Pihak kementerian telahpun menetapkan dasar bahawa pertukaran pada 1 Jun 2010 harus dilihat dengan teliti dan tidak boleh sewenangnya kerana kesilapan boleh menjejaskan prestasi dan pengajaran-pembelajaran murid terutama yang mengajar di kelas-kelas peperiksaan.Dalam masa yang sama kebajikan guru diambil kira.

    Justru itu pertukaran 1 Jun diberi keutamaan bagi justifikasi berikut:-
    •  kes ancaman keselamatan
    • kes kesihatan kronik
    • kes mengikut pasangan
    Manakala kes-kes lain yang bukan urgensi akan dipertimbang bagi pertukaran 1 Jan depan.

    Mesyuarat Pertukaran Guru Berpusat bagi peringkat JPN Terengganu telah diadakan pada 18 - 20 Mei di Kesedar Inn,Gua Musang,Kelantan. Yang Berbahagia En. Razali bin Daud sebagai panel penasihat turut bersama bagi memastikan urusan kelulusan pertukaran dan penempatan dibuat dengan hati-hati dengan mengambil kira pelbagai dimensi.Bagi sekolah menengah agak senang sedikit kerana kedudukan guru sekolah menengah belum mencukupi tetapi situasi sekolah rendah berbeza sedikit kerana guru sekolah rendah Terengganu sudah berada pada tahap tepu dan mencukupi.

    Kami di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah mengucapkan tahniah kepada 99 orang guru yang dapat masuk ke negeri Terengganu. Bukan senang untuk masuk Terengganu. Mereka harus bersyukur kerana dapat masuk atau balik ke Terengganu. Ramai lagi rakan-rakan mereka yang berada di luar Terengganu yang ingin pulang tapi masih belum tiada peluang. Justru itu terimalah sahaja di mana mereka ditempatkan dalam negeri ini kerana semua sekolah mempunyai murid yang memerlukan khidmat guru.Kita harap pelbagai peristiwa dan ceritera pertukaran yang lepas tidak berlaku dengan terdapat segelintir tindak tanduk insan guru yang amat tidak profesional ,mementingkan diri sendiri dan bersyukur.

    Selain dari itu kita di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah juga merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada 23 orang guru yang berjaya berpindah keluar Terengganu setelah sekian lama berkhidmat di negeri ini. Jasa dan sumbangan cikgu akan dikenang dan menjadi amal jariah berpanjangaan. Kita berdoa guru-guru ini dapat menggunakan pengalaman dari Terengganu sebaik mungkin di negeri lain nanti.

    Dan kepada 53 orang guru yang dapat bertukar antara daerah,tahniah juga kita ucapkan semoga dapat memberi khidmat lebih baik di sekolah baru serta lebih dedikasi kerana mungkin berhampiran keluarga.

    Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
    Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
    Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
    Dia adalah guru mewakili seribu buku;
    Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
    Semakin bererti tugasnya kepada negara.



    Terima kasih Cikgu


    SEMAKAN KELULUSAN PERTUKARAN GURU SEKOLAH RENDAH

    1. Kelulusan antara negeri
    2. Lulus keluar Terengganu
    3. Lulus antara daerah


    Renungan Jumaat - Menjauhi EQ yang rendah


    Kajian terkini serta hasil pengalman kita mereka yang mempunyai IQ tinggi sahaja tidak cukup menjamin kejayaan dalam hidup.Antara kecerdasan lain yang memberi pengaruh besar terhadap kejayaan seseorang ialah Kecerdasan Emosi (EQ) dan Kecerdasan Spritual (SQ). Kecerdasan emosi sangat berpengaruh terhadap keberhasilan seseorang dalam kehidupan, saya sendiri mempunyai pengalaman ketika bersekolah dahulu. Ada di kalangan rakan-rakan kita yang kita kategori sebagai "orang-orang pintar" dan ada yang kita kategori sebagai"biasa-biasa”sahaja

    Setelah bertahun berlalu kadang-kadangnya kawan-kawan kita yang "biasa-biasa" saja itu , yang sangat senang dan santai  bergaul jauh lebih sukses hidup mereka dari rakan kita yang ber"IQ" tinggi. Jiran sebelah kanan saya misalnya lulusan universiti tapi biasa sahaja.Tetapi jiran saya di sebelah kiri bukan lulusan universiti tetapi adalah seorang jutawan.

    Situasi ini menggambarkan bahawa EQ atau kecerdasan emosi sangat berperanan penting terhadap apa yang akan kita capai

     Berikut ini ada beberapa ciri-ciri orang yang ber-EQ rendah dan semoga kita dapat menghindari sifat ini supaya kita dapat mencapai sukses dalam kehidupan kita.

    Ciri-ciri EQ rendah:


    Cenderung egois
    , berorientasi pada kepentingan sendiri dan kepuasan pribadi terkadang merasa puas bila mampu menghina atau mengalahkan orang lain. semakin bingung, semakin panik orang lain semakin senanglah ia. Orang-orang seperti ini biasanya menciptakan rasa kemenangan dengan membuat penderitaan atau kesulitan orang lain.

    Pendengar yang buruk, lebih suka berbicara, senangnya interpretasi dan sangat menyukai perdebatan, baginya saya selalu benar. padahal Tuhan telah mengurniakan kita satu mulut dan dua telinga sebagai bukti kalau kita diperintahkan untuk lebih banyak mendengar.

    Negatif di mata orang ramai, biasanya orang yang ber EQ rendah memiliki penilaian negatif maka hampir setiap orang dipersekitarannya tidak menyukainya.

    Melihat masalah dari pikiran,
    bukan perasaan, biasanya mereka terlalu lemah dalam menegakkan aturan, banyak hal yang tidak berasas dibahas terlalu mendalam sehingga menimbulkan konflik yang tidak perlu.

    Merasa tidak aman dan sulit menerima kesalahan diri, sulit meminta maaf secara tulus ikhlas dan sebaliknya sukar menerima kejayaan  orang lain.

    Demianlah ciri-ciri orang yang ber-EQ rendah, semoga kita dapat bermuhasabah diri kita dan menghindari sifat-sifat diatas.

    Thursday, May 27, 2010

    Mesyuarat JK Teknikal Keciciran Bil 1/2010

    Salinan penuh surat klik di sini

    Senarai Calon Pemangkuan DGA29 ke DGA32 Hakiki telah habis

    Pada tahun 2010, JPN Terengganu telah menerima senarai pemangkuan DGA29 ke gred DGA32 untuk mengisi jawatan Guru Penolong Kanan daripada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,KPM seramai 44 orang calon SK dan 3 orang calon SJKC. Mereka ini telah diluluskan pemangkuan oleh BPSM daripada 78 permohonan yang dikemukakan pada tahun 2009.

    Semua calon pemangkuan DGA32 hakiki ini telah habis ditawarkan pada 16 Mei 2010. Daripada 44 calon SK 9 menolak tawaran.Manakala 3 calon SJKC menerimanya. Penolakan kepada tawaran dikenalpasti di mana ada calon tidak yakin menjawat jawatan GPK dan tidak sanggup bertukar dari sekolah asal. Terkini tiga kekosongan GPK di daerah Hulu Terengganu tidak dapat diisi kerana ketiadaan calon.

    Walau bagaimanapun JPN Terengganu telah mengambil langkah mengatasi keperluan pengisian GPK hingga akhir tahun ini dengan memperakukan seramai 109 orang calon guru DGA32 (KUP) Time Base kepada BPSM pada 5 April 2010. Calon-calon ini telah memenuhi kreteria yang ditetapkan dan disenarai oleh pihak sekolah masing-masing pada akhir tahun 2009. Mereka kemudian dipilih oleh panel di peringkat PPD masing-masing dan seterusnya disaring peringkat panel JPN dan diperakukan oleh Unit Naik Pangkat JPN Terengganu ke BPSM.

    BPSM akan menyusun mengikut rangking keutamaan berasaskan prestasi tiga tahun dan merperakukan untuk kelulusan penawaran kepada mereka yang tersenarai.Kekosongan jawatan GPK hingga 31 Disember 2010 di sekitar 28 jawatan sahaja. Ini bermakna tidak semua dari 109 orang akan dapat ditawarkan jawatan GPK kerana tempoh lakusah senarai hingga 31 Disember 2010. Kita tidak tahu berapa ramaikah daripada 109 calon yang akan diluluskan oleh BPSM tetapi yang pasti hingga 31 Disember 2010 kita mempunyai calon GPK yang mencukupi.

    Apa yang penting dan perlu difahami bahawa mereka yang berada pada gred DGA32(KUP) Time base masih berpeluang mengisi jawatan pentadbir jika mereka menunjukkan prestasi yang cemerlang.Kedua,mereka juga pada DGA32(KUP) Time base sebenar telah berada dalam gred jawatan naik pangkat oleh itu bila mereka ditawarkan ke jawatan hakiki GPK atas gred yang sama gaji mereka tidak berubah seperti mereka yang berada pada gred  DGA29 ke gred DGA32 haiki. Mereka pada gred DGA32(KUP) Time Base apabila menerima jawatan hakiki GPK pada gred yang sama akan menerima Elaun GPK sebanyak RM60.00 sebulan.

    Walaupun dari segi mata gaji tidak berubah tetapi perubahan taraf jawatan dari Guru Penolong ke Guru Penolong Kanan besar maknanya. Jawatan GPK adalah jawatan hakiki dan jawatan hakiki berkiat rapat dengan 'kuasa" serta peluang diberi "keutamaan" dalam prinsip baru naik pangkat untuk laluan naik pangkat ke gred hakiki lebih tinggi. Justru itu apabila nama anda telah disenarai dan layak untuk ditawarkan ,janganlah pula menolak kerana sedikit alasan kerana jika anda menolak anda munafik kepada diri sendiri dan anda menganiayai rakan-rakan anda yang sangat berminat tetapi tidak tersenarai atau tersenarai tapi tidak sempat ditawarkan.

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 27 Mei 2010 - Perak Meluru,Terengganu Memburu!!


    Seluruh Negara

    Wednesday, May 26, 2010

    Update Terkini ,Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Perak di depan !!!

    PERAK MENDAHULUI,TAHNIAH YEOP TAPI TERENGGANU TIDAK DUDUK DIAM

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 26 Mei 2010 - Terengganu mesti laju,Perak memburu

    Hanya tinggal 5 hari lagi . Kita sangat berharap pengurus sekolah,guru dan para pelajar yang masih belum mengambil ujian ini dapat mencari ruang mengambilnya walaupunn dalam masa yang sama semua sekolah kita di Terengganu sedang mengadakan OTI sekarang ini.Kita yakin atas semangat kental Terengganu Boleh kita boleh mengatasinya dengan mudah berasaskan "Halangan adalah Peluang".!!!

    Seluruh Negara Hari Ini

    TAHNIAH TERENGGANU KERANA TELAH MENCECAH LEBIH 40,000 PENYERTAAN

    Tuesday, May 25, 2010

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 25 Mei 2010 - Terengganu teruskan pecutan saujana melampaui zaman

    Seluruh Negara

    Monday, May 24, 2010

    Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010

    Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Terengganu 2010 akan diadakan di Universiti Darul Iman Malaysia,Kampus KUSZA,Kuala Terengganu pada jam 8.30 pagi,30 Mei 2010 hari Ahad depan.Segala persiapan mengenainya sedang giat dilaksanakan terutama oleh tuan rumah sambutan tahun ini,PPD Kuala Terengganu.

    YAB Dato' Haji Ahmad bin Said,Menteri Besar Terengganu dijangka akan hadir merasmikan Sambutan Perayaan Hari Guru pada tahun ini yang bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa"

    Sebentar tadi Mesyuarat JK Induk Perayaan Hari Guru Negeri kali terakhir telah mengkelaraikan segala masalah yang timbul berkaitan perayaan ini. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar dan "on the track". Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu yakin bahawa segala aktiviti dan apa yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Beliau juga meminta PPD dan Urusetia Hari Guru Negeri menghantar surat penghargaan terima kasih kepada semua guru yang memberi sumbangan kepada Tabung Hari Guru.

    Sehubungan sempena sambutan ini juga,satu aktiviti derma darah dan ujian darah telah diadakan di lobi dan kefeteria Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu. Sambutan daripada warga JPNT sangat menggalakkan. Selain aktiviti berkenaan pelbagai aktiviti lain lagi telah dan akan dilaksanakan. Antaranya:-

    • Sembahyang Hajat dan Bacaan Yasin - 13 Mei 2010 di Masjid Wakaf Tembusu,Kuala Terenggan
    • Gotong Royong Perdana di semua sekolah pada 15 Mei 2010
    • Derma Darah Hari Guru pada 24 Mei 2010 di JPN Terengganu
    • Wawancara Pengarah Pelajaran Negeri dengan Terengganu FM
    • Peraduan Menulis Cerita Kanak-Kanak Kategori Guru
    • Peraduan Menulis Artikal Pendidikan Kategori Guru
    • Anugerah Tokoh Guru Negeri
    • Pelbagai Anugerah - Guru dan Sekolah
    • Karnival Hari Guru - Pertandingan Futsal,Pidato dan Karaoke - anjuran bersama MSKPP Terengganu pada 27 hingga 29 Mei 2010


    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 24 Mei 2010 - Pecut Terengganu Pecut !!

    Seluruh Negara

    Sunday, May 23, 2010

    Yehhhh !!! Terengganu JUARA

    Tepat jam 1.35 tengahari , Terengganu telah muncul JUARA negeri paling ramai menyertai Ujian IQ UKM1 PERMATApintar. Tahniah kepada semua guru dann pelajar negeri Terengganu atas semangat kental dan usaha gigih untuk menjadi JUARA. Apapun kita ada 8 hari lagi. Macam-macam boleh terjadi. Misi kita adalah mempertahankan kejuaraan ini dalam masa 8 hari agar dipuncaknya kitalah akan kekal sebagai Juara sebenar.Mari kita terus mara dan pecutkan ...biar kita tinggalkan jauh mereka di belakang. Tahniah Terengganu.Bumi Terengganu bertuah memiliki warga yang bersemangat kental seperti kalian.

    TERENGGANU PENDAHULU ! TAHNIAH

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update Terkini 2


    Hanya tinggal 36 lagi untuk Terengganu menjadi JUARA

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- UpdateTerkini

    Beza untuk jadi juara hanya : 610 sahahja

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 23 Mei 2010 - Hari kita akan jadi JUARA

    Hari ini adalah hari untuk kita gerakkan seluruh strategi dan kekuatan kita merampas kedudukan JUARA daripada negeri Perak.Beza antara kita Terengganu (36,508) dengan Perak (37,681) hanyalah 1,173 sahaja.Kita amat yakin jika momentum dan pecutan minggu lepas dapat dikekal untuk 2,000 ke atas hari ini kita dah tentu kita boleh atasi Perak kerana hari ni kita bersekolah dan Perak bercuti. Oleh itu mari kita lakukan.Terengganu !! Terengganu Boleh !!

    Seluruh Negara

    Negeri Terengganu

    Saturday, May 22, 2010

    Pasca Hari Guru 2010 - Penduduk kampung anjur Hari Guru


    PENDUDUK Kampung Undang membawa bunga manggar dan pulut kuning
    mengiringi guru-guru ketika 
    menyambut Hari Guru di SK Undang, Kuala Terengganu, semalam. 
    KUALA TERENGGANU 20 Mei - Lazimnya majlis sambutan Hari Guru dianjurkan oleh guru sendiri, namun berbeza pula dengan senario di Sekolah Kebangsaan (SK) Undang dekat sini hari ini yang mempunyai cara tersendiri dalam menjayakan majlis seumpama itu.

    Ini kerana, majlis sambutan di sekolah tersebut merupakan hasil kreativiti dan inisiatif penduduk kampung menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) kampung berkenaan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut.

    Pada majlis sederhana tetapi penuh bermakna itu, seramai 30 orang guru dan Guru Besar, Mokhtar Daud diraikan bersama-sama lebih 300 orang murid dari peringkat pra sekolah sehingga tahun enam.

    Malah secara gimik, Mokhtar turut disuap pulut kuning oleh Pengerusi JKK Kampung Undang merangkap Pengerusi PIBG sekolah berkenaan, Mohamad Hamzah sambil disaksikan para jemputan termasuk guru.
    Turut hadir, wakil Pengarah Pelajaran Terengganu, Russlin Mohamad dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Payong, Zaidi Muda.

    Mohamad ketika ditemui berkata, idea mengadakan sambutan itu mula tercetus sejak Januari lalu sebelum perkara itu dibincang dan diputuskan dalam mesyuarat JKK dan PIBG sekolah.

    Menurutnya, usaha itu bertujuan membalas budi para guru sekolah berkenaan atas pengorbanan, jasa serta sumbangan mereka selama ini yang berjaya melahirkan anak-anak Kampung Undang yang cemerlang dalam pelajaran.

    Sumber  : Utusan Online


    Friday, May 21, 2010

    Renungan Jumaat - Guru Yang Paling Saya Hormati

    Kita masih dalam suasana Menyambut Hari Guru. Oleh itu dalam ruangan Renungan Jumaat kali ini saya perturunkan satu petikan karangan seorang murid yang menggambarkan sifat dan watak seorang guru yang diingini murid, yang saya ambil dari http://cikgusoo.tripod.com. Sama-samalah kita hayatinya....

    Saya adalah murid darjah 6B. Ramai guru yang mengajar kami. Di antara guru-guru ini, guru yang paling saya hormati ialah Cikgu Soo.

    Cikgu Soo adalah seorang guru lelaki yang berumur lebih kurang 25 tahun. Dia mengajar kami Bahasa Melayu. Dia tidak pernah menunjukkan muka garang di dalam bilik darjah.

    Dia mengajar kami dengan penuh sabar. Oleh sebab itu semua murid berminat dalam pelajaran Bahasa Melayu.

    Apabila kami menghadapi masalah dalam pelajaran, Cikgu Soo akan menolong kami tanpa sebarang rungutan. Dia tidak pernah mendenda murid yang lemah dalam pelajaran.

    Sebaliknya, dia akan menasihatkan murid yang lemah itu supaya belajar dengan bersungguh-sungguh. Di bawah bimbingan Cikgu Soo, kami mendapat markah yang baik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

    Semua murid sayang dan hormat kepada Cikgu Soo, sebab dia adalah seorang guru yang peramah dan bertimbangrasa.

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar - Update 21 Mei 2010 - Beza kita dengan Perak hanya 840 sahaja

    Harapan untuk memintas Perak dan menduduki tempat pertama Ujian IQ UKM1 sangat jelas dan terserlah JIKA semua pihak (sekolah,murid,ibubapa dan masyarakat) Terengganu kuat semangat dan keazaman untuk menjadi JUARA. Banyak strategi yang boleh dibuat. Dalam cuti hujung minggu camni bagi anak-anak yang ada internet di rumah,dekat cybercafe dan ada e- book  bolehlah manafaatkan bagi yang belum ambil ujian.Ibubapa perlu sokong.Teruskan perjuangan kita,kekalkan pecutan dan semarakan semangat Terengganu Boleh !!!!!!

    Seluruh Negara

    Negeri Terengganu

    Thursday, May 20, 2010

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar - Update 20 Mei 2010

    Seluruh Negara

    Negeri Terengganu

    Wednesday, May 19, 2010

    Pasca Hari Guru 2010 - Guru sejati tidak harapkan ganjaran, insentif

    SELAIN mengumumkan kenaikan pangkat seramai 15,320 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan 9,969 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma Bukan Siswazah (PPPLD) bermula April lalu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika melancarkan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan Ahad lalu turut menawarkan wang ganjaran sehingga RM7,500 setiap seorang guru jika berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran.

    Menurut beliau, wang ganjaran tersebut merupakan 'tawaran baru' kepada golongan pendidik supaya mengutamakan pencapaian dan keberhasilan sekolah masing-masing.

    Bagi pihak guru, apa jua bentuk insentif yang telah dan akan diberi kepada warga pendidik perlulah dilihat sebagai penghargaan yang tinggi daripada pihak kerajaan atas bakti yang dicurah. Guru sejati sebenarnya tidak pernah mengharapkan insentif semata-mata kerana tanggungjawab dan amanah yang dipikul tidak dapat diukur dengan nilaian ringgit yang diterima.

    Justeru, bukan sekadar menerima imbuhan dan intentif, semua insan bergelar guru perlulah menjelmakan ketekunan sebagai pendidik cemerlang dengan iltizam yang lebih tinggi sejajar dengan penghargaan yang diberikan kerajaan.

    Keprihatinan pihak kerajaan terhadap usaha pembinaan modal insan ini sewajarnya diambil kesempatan oleh seluruh warga pendidik untuk bermuhasabah dengan amanah berat yang dipikul bagi melunaskan keilmuan pendidikan yang diterima.

    Sesekali renung dan hayatilah hakikat diri kita sebagai 'cikgu' mengikut beberapa peranan berikut:
    Pertamanya, guru sebagai muaddib dan pembimbing: Guru bertanggungjawab menyelia dan mengawal disiplin, penyubur sifat terpuji dan mementingkan kerohanian anak-anak didik sendiri.

    Kedua, guru sebagai idola para pelajar: Guru perlu sentiasa bertingkah laku sopan, bersifat intelek, ini kerana pada mata masyarakat, guru sebenarnya dianggap golongan cendekiawan yang berkemampuan membawa reformasi mental dalam kehidupan seharian.

    Ketiga, guru sebagai pelajar: Guru perlu sentiasa peka dan bersedia mereformasi diri pada alaf ini dan akan datang. Pelbagai disiplin ilmu bantu perlu diterokai dengan melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, bukan setakat meningkatkan profesionalisme kerja, tetapi juga untuk mempelbagaikan metod dan kreativiti di bilik darjah.

    Keempat, guru sebagai rakan sejawat: Hubungan sesama guru adalah adalah dalam konteks suatu rumpun keluarga di bawah satu bumbung ilmu. Sebagai akar dan umbi yang saling bertaut, kerjaya seorang pendidikan tidak seharusnya diselaputi syak wasangka, pentingkan diri sendiri, pesimis atau saling salah menyalahkan antara satu sama lain.

    Kelima, guru sebagai penunjuk pandu: Masyarakat meletakkan harapan tinggi kepada golongan guru bagi memberi didikan semaksimum mungkin kepada anak-anak mereka. Potensi diri seseorang yang telah memilih kerjaya sebagai seorang guru sebenarnya mampu menjelmakan hasrat murni tersebut tetapi perlulah dilampir dengan dengan keikhlasan dan iltizam yang ampuh.

    Dan keenam, guru sebagai manusia biasa: Sanjungan dan tingginya harapan seluruh komuniti masyarakat terhadap guru tetap tidak dapat merubah hakikat diri bahawa guru juga adalah manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan atau keterlanjuran.

    Justeru, tidak timbul soal insentif yang diberi menjadi sebagai daya tarikan kerana seluruh warga pendidik sewajarnya memiliki sifat 'kerja guru dikelek, tetapi kerja-kerja sampingan lain pula dijunjung'.
    Sekiranya disertakan sifat jujur dan ikhlas, visi dan misi pendidikan negara pasti akan dapat dijayakan dengan cemerlang. Keutuhan peribadi, luas pengetahuan, kreatif dan berkemahiran, bijak berkominukasi, kerja berkualiti dan prestasi yang tidak pernah statik akan menjadikan seluruh warga guru Malaysia sebagai pendidik cemerlang walaupun tanpa pemberian pelbagai bentuk insentif dan ganjaran.

    Sumber : Utusan Online

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar - Update 19 Mei 2010 - Pintas Terengganu Pintas

    Tahniah ! hanya dengan satu hari kita sudah pintas Kelantan dan Johor. Now misi kita ialah untuk memintas Perak.Jom..pintas Terengganu pintas.Terengganu Boleh !!!

    Seluruh Negara

    Negeri Terengganu

    Tuesday, May 18, 2010

    Tahniah TERENGGANU ! Kita di tempat ke 2 sekarang! Yeah !!!!

    Seluruh Negara Terkini

    Yes ! Kita ditempat ke 2 sekarang. Tahniah Terengganu. Misi kita dalam 13 hari ni mengapai
    tempat pertama. Terengganu Boleh !!!!

    Ujian IQ UKM1 PERMATApintar- Update 18 Mei 2010 - Mari Kita pintas Kelantan dan Johor

    "Hendak seribu daya,mahu seribu cara"Begitulah petua untuk berjaya pada hari ini. "Seribu dalih dah tak masuk book " kata orang Terengganu. Apapun "cara" itu mestilah "halal" bukan khianat.Oleh itu kita menyeru kepada seluruh warga pendidikan Terengganu khususnya dan masyarakat Terengganu amnya dalam masa 13 hari sahaja lagi mari kita pintas sekurang-kurangnya Kelantan dan Johor ataupun payah-payah sangat kita gomo nombor 1. Gane wei, boleh ke dok.Ganu kite boleh !!!b Boleh!! jom.....

    Seluruh Negara

    Negeri Terengganu

    Monday, May 17, 2010

    Hari Guru 2010 - Tokoh Kepimpinan dan Tokoh Guru 2010

    Profesor Datuk Dr Ibrahim Bajunid (tiga, kiri) dinobatkan sebagai penerima anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan 2010 pada majlis pelancaran perayaan hari Guru ke-39 peringkat kebangsaan di Kuantan, hari ini. Beliau dipilih berdasrkan sumbangannya sebagai perunding dalam membuat dasar kerajaan, sektor swasta dan badan bukan kerajaan (NGO). Turut menerima anugerah pada majlis itu Ainun Jamilah Mohd Ali (kiri) Awang Mohamad (dua, kiri) Datuk Chuang Keng Kuang (dua, kanan) dan Encharang Agas (diwakili anak, kiri). - Foto BERNAMA