Popular Posts
-
Sukacita dimaklumkan, bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mengadakan urusan pemangkuan bagi PPPLD gred DGA32 ke gred DGA34 (Bid...
-
Pencarian Bakat Pelajar Pintar Cerdas Saringan Peringkat Pertama Dalam Talian UKM1 ,Tahun 2011. Terbuka kepada semua Pelajar berusia 8 - 15...
-
Kepada semua Pengetua dan Guru Besar, Negeri Terengganu PELAKSANAAN PROGRAM PERMATA pintar UKM PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2012 1. S...
Thursday, December 31, 2009
Taklimat Penempatan Guru KPLI & IPT
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 11:40:00 AM 0 ulasan
Wednesday, December 30, 2009
Daerah Penempatan & Taklimat Guru Lulusan KPLI & IPT
Guru-guru lepasan KPLI dan IPT yang ditempatkan di Terengganu akan melapor diri pada 4 Januari 2010 di sekolah masing-masing akan didedahkan dengan Program Orientasi Guru Baru di peringkat sekolah masing-masing. Semua guru besar yang menerima guru MESTI melaksanakan program berkenaan sebagaimana garis panduan yang telah diedar melalui Pegawai Pelajaran Daerah masing-masing.
Bagi mengetahui daerah penempatan KPLI & IPT 4 Jan 2010 sila KLIK
Tarikh : 31 Disember 2009
Tempat: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Marang,Terengganu
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 6:56:00 AM 1 ulasan
Friday, December 25, 2009
15 RAHSIA SENYUM & TAWA
KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA".
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 12:16:00 PM 1 ulasan
Monday, December 21, 2009
Tahniah Kepada Lepasan KPLI dan IPT yang dapat posting ke Terengganu
Kami di Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,Jabatan Pelajaran Terengganu mengucapkan tahniah kepada 156 orang daripada hampir 8,000 orang lepasan KPLI dan IPT yang ditempatkan mengajar di Terengganu. Kepada anak-anak Terengganu yang dapat balik ke negeri inilah masa menyatakan kesyukuran dengan berusaha dan berazam menjadi pendidik terbilang di negeri Terengganu Anjung Ilmu. Kami mengucapkan tahniah dan syukur kepada anda kerana :-
- Semua Sekolah Rendah (SK atau SJKC) di Terengganu boleh dihubungi dengan kenderaan darat kecuali SK Pulau Perhentian,Besut dan SK Pulau Redang,Kuala Terengganu
- Semua Sekolah Rendah Terengganu dilengkapi bekalan air paip dan elektrik dua puluh empat jam hatta di sekolah orang asli
- Kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap di semua sekolah
- Kemudahan kuaters guru dan rumah penginapan
Unit Penyeliaan Sekolah Rendah juga memberi peluang kepada mana-mana dua orang guru yang berminat dan menawarkan diri untuk ditempatkan di SK Pulau Redang, Kuala Terengganu dan dua orang guru lagi di SK Pulau Perhentian,Besut.
Apa keistimewaannya ?
- Mereka yang bersetuju akan ditempatkan paling lama dua tahun dan ditukar kembali ke dalam daerah yang sama / daerah yang dipohon.Guru dari Kuala Terengganu yang ditempatkan ke Setiu belum tentu dapat masuk ke daerah Kuala Terengganu selepas dua tahun.
- Elaun Khas pedalaman RM500.00 .
- Tinggal di kuaters guru
- Perkhidmatan feri ke SK Pulau Redang - di jeti Shahbandar,Kuala Terengganu atau jeti Merang,Setiu.Tambang sehala RM20.00. Masa perjalanan lebih kurang 1 jam 30 minit atau perkhidmatan udara Subang - Pulau Redang oleh Berjaya Group
- Perkhidmatan bot laju ke SK Pulau Perhentian - di jeti Kuala Besut. Tambang sehala RM35.00.Masa perjalanan 30 minit / 45 minit
- Kedua-dua pulau adalah kawasan nelayan dan peranginan tercantik menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negeri
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 7:18:00 PM 3 ulasan
Sunday, December 20, 2009
Taklimat Semakan Perjawatan Sekolah Rendah 2010
Mulai tahun 2010 telah berlaku berapa perubahan perjawatan.Antaranya;
- Guru Penolong Kanan 1,Sekolah Gred B berada di luar norma
- Perjawatan Tahun 6 diubah nisbah dari 1.5 kepada 1.7
- Guru Besar
- Semua GPK dan GPK Petang
- Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
- Guru Pemulihan
- Guru Media/Perpustakaan
- Guru Penyelaras Bestari
- Guru Tambahan Pendidikan Islam
- Guru Bimbingan
- Guru PCSK
- Guru PTSK
- Guru JQaf
- Guru Besar
- GPK 1
- GPK 2
- GPK Petang
- Guru Bimbingan
- Guru Media/Perpustakaan
- Guru Pemulihan Khas
- Guru Penyelaras Bestari
- Guru Tambahan Pendidikan Islam
- Guru BCSK
- Guru BTSK
- Guru JQaf
- Guru Besar (SKM A dan SKM B)
- GPK2 (SKM A)
- Guru Pemulihan
- Guru JQaf
- Guru BCSK
- Guru BTSK
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 9:41:00 AM 0 ulasan
Penempatan Guru KPLI dan Pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Tahun 2010 Ke Negeri Terengganu
Seramai 156 orang guru lepasan KPLI dan Pelbagai Institusi Pengajian Tinggi (IPT) akan mula melapor diri di seluruh negeri Terengganu mulai sesi persekolahan tahun depan.
Bertarikh : 16 Disember 2009
Dasar Penempatan :
- keperluan Perjawatan dan Opsyen
- sekolah kawasan pedalaman
- sekolah luar bandar
- sekolah yang sukar untuk ditempatkan guru
- Tarikh : 31 Disember 2009
- Masa : 8.30 pagi
- Tempat : Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu (BTPN) ,Marang,Terengganu
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 2:01:00 AM 0 ulasan
Friday, December 18, 2009
100 buah Sekolah Berprestasi Tinggi Menjelang 2012
Ketua Makmal NKRA untuk Pendidikan, Datuk Noor Rezan Bapoo Hashim, berkata Kementerian Pelajaran percaya mereka boleh mencapai jumlah yang disasar itu kerana kini terdapat sekolah kluster yang turut menumpukan kepada standard kecemerlangan pembelajaran dan pengajaran.
“Kerajaan sudah mensasarkan 20 sekolah untuk diiktiraf sebagai sekolah prestasi tinggi tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas membentangkan Makmal NKRA Pendidikan bertajuk ‘Pendidikan Berkualiti dan Mampu Dimiliki oleh Semua Rakyat Malaysia’ pada Hari Terbuka Program Transformasi Kerajaan (GTP) di Pusat Konvensyen Sunway di sini, semalam.
GTP dua hari yang bermula hari ini dirasmikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.
Noor Rezan yang juga Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran berkata, tumpuan kepada sekolah prestasi tinggi antara empat teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan yang berkualiti dan mampu dimiliki dalam NKRA untuk pendidikan.
Tiga lagi bidang yang diberi tumpuan ialah prasekolah, kemahiran membaca dan mengira serta imbuhan baru untuk pengetua dan guru besar.
Beliau berkata, kerajaan mahu prasekolah menjadi aspek penting sistem pendidikan negara kerana kanak-kanak berusia empat dan lima tahun cepat mempelajari sesuatu.
“Pada masa ini kemasukan membabitkan prasekolah hanya pada tahap 67 peratus. Kerajaan mensasarkan untuk mencapai 87 peratus kemasukan dalam tempoh tiga tahun,” katanya.- Bernama
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 7:18:00 PM 0 ulasan
Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Berhijrahlah dari kealpaan kepada kesedaran
Berhijrahlah dari kebatilan kepada keimanan
Berhijrahlah dari kejahilan kepada kebijaksanaan
Berhijrahlah dari kebakhilan kepada keehsanan
Berhijrahlah dari keangkuhan kepada ketawadukkan
Berhijrahlah dari kelekaan kepada kesiapsiagaan
Berhijrahlah dari kegagalan kepada kejayaan
Berhijrahlah dari kejayaan kepada kecemerlangan
Berhijrahlah dari kecemerlangan kepada kegemilangan
Berhijrahlah dari kegemilangan kepada keterbilangan
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 10:17:00 AM 0 ulasan
Wednesday, December 16, 2009
Mesyuarat Pengurusan Pembukaan SK Padang Landak

Sekolah Kebangsaan Padang Landak yang diserahkan pada 8 Disember 2009 akan mula beroperasi secara rasmi mulai sesi persekolahan hadapan. Perkara ini telah disahkan oleh Yang Berbahagia,Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu dalam Mesyuarat Pengurusan Pembukaan SK Padang Landak di Pejabat Pelajaran Daerah Besut hari ini. Hadir sama dalam bekenaan ialah Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah,En.Salim bin Abd. Ghani,Ketua Unit Penyeliaan Sekolah Rendah,En.Jelani Sulong,pegawai-pegawai dari jabatan ,pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Besut,Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru yang akan bertugas di sekolah berkenaan.
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu telah menyampaikan surat pertukaran dan penempatan kepada Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan dan guru-guru SK Padang Landak berkuatkuasa 16 Disember 2009. Beliau menaruh keyakinan penuh bahawa SK Padang Landak akan menjadi sekolah impian ibubapa dan masyarakat dalam masa terdekat justru kemudahan yang lengkap,tempat yang strategik serta guru besar,gpk dan guru-guru berpengalaman.
Beliau berkata demikian selepas semua ahli mesyuarat melawat sekolah berkenaan. Lawatan dan tinjauan itu juga disertai sama oleh Pegawai-Pegawai JKR Besut dan kontraktor.
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 3:56:00 PM 0 ulasan
Tuesday, December 15, 2009
Visi dan Misi Pengarah Bersama Pengetua dan Guru Besar

"Kejayaan pendidikan Terengganu yang kita capai dalam pelbagai bidang adalah hasil usaha kita bersama. Mari bersama-sama kita raikan. Mari kita berterima kasih kepada YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Terengganu,KPM,ibubapa dan semua pihak yang memberi sumbangan ke arah kejayaan kita ini. Mari kita berterima kasih kepada murid-murid kita",demikian antara ucapan Yang Berbahagia Tuan Haji Ariffin bin Haji Embong,Pengarah Pelajaran Terengganu di Majlis Visi dan Misi Pengarah Bersama Pengetua dan Guru Besar Negeri Terengganu. Majlis berkenaan telah diadakan di Terengganu Equestrian Resort (TER) yang turut dihadiri Yang Berbahgia,En.Razali bin Daud,Timbalan Pengarah Pelajaran Terengganu,Ketua-Ketua Sektor,Pegawai-Pegawai Pelajaran Daerah,Pengetua dan Guru Besar seluruh negeri.

Majlis berkenaan bukan sahaja mengimbau kejayaan Pendidikan Terengganu dalam pelbagai bidang tahun 2009 tetapi juga turut menyorot beberapa aspek kekuatan yang mampu dijana,strategi berkesan dan sasaran tepat supaya semua pihak sentiasa "Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan Terengganu" kekal menjadi Juara bagi Tahun 2010. "Beberapa negeri membina slogan untuk "memintas Terengganu" terutama dalam Pencapaian UPSR yang kita mengekalkan kejuaraan sembilan tahun berturut-turut.Ini menjadi cabaran kepada kita untuk terus melonjakkan lagi prestasi kita " tambah Pengarah Jabatan Pelajaran Terengganu.
Link download program di TER:
Ucap Visi & Misi Pengarah
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 4:16:00 PM 0 ulasan
Wednesday, December 9, 2009
SK Padang Landak akan dibuka tahun depan

Tahun 2010 jumlah sekolah kebangsaan ialah 345 buah apabila SK Padang Landak,Besut akan menjadi ahli terbaharu. Sementara sekolah rendah pendidikan khas tetap dua buah. Ini semua menjadikan jumlah sekolah rendah 347 buah.
Mesyuarat penyerahan telah diadakan pada 8 Disember 2009 antara JKR,JPN,PPD Besut dan kontraktor terbabit. SK Padang Landak terdiri dari 24 bilik darjah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan moden antara rekabentuk yang menarik dan tercanggih. Kos keseluruhan sekolah ini hampir RM12 juta.Ini adalah peluang pendidikan terbaik untuk masyarakat setempat yang disediakan kerajaan melalui peruntukan dana khas.
Satu mesyuarat penyelarasan akan diadakan pada 16 Disember 2009 di Pejabat Pendidikan Daerah Besut antara wakil Sektor Pengurusan Sekolah,Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan,PPD Besut,Guru Besar,GPK dan guru-guru SK.Padang Landak. Selepas itu satu latihan penyelenggaraan alatan makanikal akan dilaksanakan antara pihak sekolah,JKR dan PPD Besut.
Selamat bertugas kepada Guru Besar,GPK dan guru-guru serta kakitangan sekolah Padang Landak. Anda semualah pencorak kegemilangan pendidikan sekolah ini.
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 6:36:00 AM 1 ulasan
Sunday, December 6, 2009
Manual Prosedur Kerja Pengurusan Murid

Unit Rendah di bawah Pengurusan Murid sedang menyediakan Manual Prosedur Kerja,Pelaksanaan Pengurusan Murid Pendidikan Wajib Di Peringkat Sekolah Rendah. Menurut En.Wahab Mohamad,Penyelia Kanan,Pengurusan Murid,Unit Rendah,Jabatan Pelajaran Negeri manual ini akan diedar ke semua sekolah rendah negeri Terengganu pada awal tahun depan. Manual ini menurut beliau sebagai perincian proses kerja dari Garis Panduan Pelaksanaan Pendidikan Wajib yang telah diedar serta telah ditaklimatkan kepada semua Guru Penolong Kanan HEM pada Tahun 2009.Beliau berharap dengan terbitnya dua panduan ini pihak sekolah akan dapat mengurus dan melaksanakan Pendidikan Wajib dengan kemas,teratur serta mengikut panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain itu,beliau juga berharap tiada satu sekolah pun yang melanggar akta dan dikenakan tindakan.
Pihak jabatan melalui Unit Rendah dan Unit Perhubungan akan sentiasa memantau berhubung dengan pengurusan murid warga negara dan bukan warga negara dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap keingkaran pihak sekolah mematuhi arahan terutama setelah dua manual ini dikeluarkan,tegas beliau.
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 9:44:00 AM 0 ulasan
Friday, December 4, 2009
Mesyuarat Post Mortem & Pelarasan eG-Tukar 2009
Admistrator eG-Tukar Unit Rendah,JPN Terengganu
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 10:03:00 AM 0 ulasan
Thursday, December 3, 2009
Mesyuarat Sekolah Kluster
Kehadiran: Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster KPM
Pegawai Meja Jabatan Pelajaran Negeri
Pengetua dan Guru Besar SKK

Selain daripada bermesyuarat peserta juga dapat berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan dari SKK yang diberikan peluang
Tan Sri Dato'Seri Wira Dr.Haji Abd.Rahman bin Arshad
Pengerusi Penasihat Panel Sekolah Kluster
menyampaikan pebentangan kejayaan mereka dalam pelbagai bidang niche area.Selain dari itu 120 Pengetua dan Guru Besar SKK juga didedahkan tentang perkembangan hala tuju pendidikan masa depan terutama tentang Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang juga diurusetiakan oleh BPSBPSK serta peluang untuk mereka menggapai ke tahap SBT. Menjelang tahun 2012 sebanyak 100 buah sekolah SBT akan diujudkan. Pencalonan SBT akan bermula tahun 2010.

Pengarah BPSBPSK,Puan Ashah binti Samah juga melahirkan rasa bangga kerana SKK telah mencapai pelbagai kejayaan cemerlang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan sewajarnya asas kejayaan ini wajar diperkukuhkan untuk mengapai taraf sekolah SBT.
Senarai Sekolah Kluster Kecemerlangan Terengganu Fasa 1 hingga Fasa 3
- SMK Sultan Sulaiman,Kuala Terengganu
- SMKA Sheikh Abdul Malek,Kuala Terengganu
- SMK Tengku Mahmud,Besut,Terengganu
- SM Sains Sultan Mahmud,Kuala Terengganu
- SK Tengku Ampuan Intan,Kuala Terengganu
- SK Sultan Sulaiman 1,Kuala Terengganu
- En. Shamsudin bin Ismail - Penolong Pengarah,Projek Khas/SBP/Kluster
- En. Mat Lazim bin Noor - Penyelia Kanan,Projek Khas/Asli/Kluster
Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 11:31:00 AM 0 ulasan
Tuesday, December 1, 2009
Kohort Umur Persekolahan Rendah Tahun 2010

KOHORT KEMASUKAN TAHUN 1
DARI TAHUN 2010 - 2015

Dicatat oleh USR BLOGGER TEAM di 4:24:00 PM 0 ulasan
















