Monday, November 30, 2009

Pencapaian UPSR 2009 Sekolah Kluster kita...


Tahniah kepada Guru Besar,Guru-Guru Penolong Kanan,guru-guru,para pelajar dan ibubapa murid dua sekolah kluster rendah negeri Terengganu atas pencapaian UPSR 2009.

SK Tengku Ampuan Intan,Hulu Terengganu yang mendapat taraf Sekolah Kluster Fasa 2 menduduki tangga ke 20 daripada 35 buah sekolah yang disenaraikan mencapai prestasi tinggi UPSR 2009. Sementara SK Sultan Sulaiman 1 yang baru sahaja diberi taraf Sekolah Kluster Fasa 3 menduduki tangga ke 31.

Kita semua sangat yakin pencapaian dan kedudukan ini merupakan satu peluang untuk kedua-dua sekolah ini mempertahan serta melonjakkan lagi prestasi pencapaian UPSR serta bidang kebitaraan lainnya ke peringkat sekolah berprestasi tinggi. Semua warga sekolah kluster haruslah sentiasa bersiap siaga kerana di setiap penjuru ,sekolah-sekolah lain sentiasa mencari peluang memintas gah yang dimiliki untuk menjadi juara antara juara.

Analisis UPSR 2009 di sini

Sambutan permohonan naik pangkat guru rendah menggalakkan...

Sehingga kini pihak Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) telah membuka permohonan naik pangkat kepada guru-guru rendah dan PPLD bagi tahun 2010 sebagaimana berikut:-

  • Permohonan Guru Cemerlang Gred DGA32(KUP),DGA34(KUP) DGA38(KUP) dan DG44(KUP)
  • Permohonan Pegawai / Pengelola Cemerlang Gred DGA32(KUP),DGA34(KUP) dan DGA38(KUP)
  • Permohonan Pemangkuan Gred DGA32 Hakiki Guru Penolong Kanan bagi calon DGA29 SK dan SJKC
  • Permohonan Pemangkuan Gred DGA34 Hakiki Guru Besar bagi calon DGA32 Hakiki dan DGA32(KUP) Time Base
Permohonan bagi Guru Besar Cemerlang Gred DGA38(KUP) masih belum ditawarkan. Mengikut Ketua Unit Naik Pangkat,En.Rosli bin Chik bahawa permohonan guru terutama untuk pemangkuan Gred DGA34 Hakiki amat menggalakkan. Keadaan ini mungkin berlaku kerana kesedaran para guru terutama penyandang Gred DGA32 Hakiki atau Time Base tentang peluang-peluang atau laluan kerjaya hasil dari beberapa siri penerangan kepada GPK yang telah diadakan.

Begitu juga maklumbalas yang diterima oleh Unit Rendah berhubung cadangan perakuan ke jawatan hakiki dari penyandang Gred DGA32(KUP) Time Base amat luar biasa sambutannya. Ini mungkin kerana pada tahun ini mereka pada Gred DGA32(KUP) Time Base tidak lagi diberi peluang memohon pemangkuan Gred DGA32 Hakiki untuk Penolong Kanan kerana mereka telahpun berada pada gred naik pangkat. Mereka hanya layak diperakukan ke BPSM jika calon pemangkuan DGA29 ke DGA32 tidak mencukupi untuk urusan Tahun 2010 dan jumlah yang akan diperakukan berdasarkan kekosongan yang tidak boleh diisi serta markah prestasi yang cemerlang.

Sunday, November 29, 2009

FOLDER BAHAN 2

FOLDER BAHAN








Thursday, November 26, 2009

Unit Rendah akan berpindah ke bangunan baru ....












bangunan dalam proses pembinaan



Isyaalah jika tiada aral melintang awal tahun 2010 Unit Rendah bersama Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak & Pra Sekolah dan Unit Perhubungan akan berpindah ke bangunan baru berhampiran Sektor Pendidikan Islam dan Surau Jabatan. Hanya Unit Menengah dari kerabat Sektor Pengurusan Sekolah kekal di tempat lama..

Selamat Bertugas di premis baru dengan semangat dan azam baru...

Wednesday, November 25, 2009

Kenal lebih dekat pegawai & staf Unit Rendah










En.Jelani Sulong En. Kamal Abdullah En. Mat Lin Mohd Nor

Ketua Unit Rendah PP Pengurusan Guru PP Data & ABM












En.Mat Lazim Noor En.Wahab Mohamad En.Wahab Salleh
P.Kanan Asli/Kluster P.Kanan Peng.Murid P.Kanan SJKT & Data













En.Tan Siew Theng En.Abd.Rahman Jusoh
P.Kanan SJKC Penyelia Peng.Murid













Pn.Atikah Mamat Pn.W.Rohaidawati Pn.Nursinani

Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir











Mohd Nazrul   Pn.Bibah Bibi En.Mohd Najib Muda
Pembantu Tadbir Pembantu Tadbir Pembantu Am Pejabat



























Catatan Ketua Unit

Salam untuk semua warga pendidik,

Tahniah kepada semua guru besar dan warga pendidik di semua sekolah rendah negeri Terengganu di atas pencapaian cemerlang UPSR 2009. Kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama. Kami di Unit Rendah akan sentiasa berusaha memenuhi perjawatan semua peringkat di sekolah rendah sebagaimana ABM Perjawatan yang diluluskan oleh BPSM KPM. Semua ini adalah sokongan sepakat bagi memastikan kesinambungan kecemerlangan pendidikan khususnya anak-anak Terengganu sentiasa melonjak. Kami di Unit Rendah juga akan sentiasa berusaha dari masa ke semasa membina kecekapan jaringan komunikasi dengan pengurus dan warga sekolah rendah supaya apa jua maklumat dapat disalur dengan pantas,tepat serta sebarang masalah berkaitan di bawah bidang kuasa kami dapat di atasi dengan cekap dan segera. Justru itu kita mengajak semua warga pendidikan rendah Terengganu sentiasa berkunjung ke blog Unit Rendah ini sebagai satu wahana untuk kita berkongsi ke arah keterbilangan pendidikan anak-anak kita

Wassalam
Jelani bin Sulong
Ketua Unit Rendah